31 May 2016

Lambaian Ramadan


Lambaian ramadan | kian terasa. Next week, Insya Allah kita akan mula berpuasa. Kemudian, bercakap pasal ramadan. Semalam tengok satu promo drama bertajuk lambaian ramadan. Mula bersiaran malam ni jam 10 malam... Tak silap gantikan drama demi cinta Ain di slot Samarinda tv3... Siapa minat slot samarinda, bolehlah tengok nanti... Lepas terawih.

Sumber gambar drama lambaian ramadan adalah daripada laman kbergetar

Berdasarkan info dari laman kbergetar, lambaian ramadan merupakan drama bersiri 13 episod dan pelakon utama dalam drama lambaian ramadan terdiri daripada Adi Putra, Siti Elizad dan Puteri Balqis.

Kemudian... Berdasarkan Sinopsis Lambaian Ramadan yang terdapat di laman kbergetar, Drama tersebut mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam lakonan Adi Putra dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam.

Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik. Apakah kesudahannya?

Kenalah tengok sendiri nanti yer:) Selamat menonton...

No comments:

Post a Comment