Kegatalan pada telinga | Dah dua hari Nur Ain asyik menggaru telinganya... Berdarah pulak tu. Tapi pada bahagian luar. Semalam masa teng...

Kegatalan pada Telinga

/
1 Comments

Kegatalan pada telinga | Dah dua hari Nur Ain asyik menggaru telinganya... Berdarah pulak tu. Tapi pada bahagian luar. Semalam masa tengok drama dia semanis honey... Aku bagitaulah kat adik... Yang dok menunggu tempat posting... Sampai sekarang tak tau keputusannya.

Dia pun check la telinga Ain... Takde alat nak check. Tengok-tengok gitu jela. Tapi... Seriously... Disebabkan selalu kena garu. Nampak telinga Ain sedikit berair. Adik suspek ada jangkitan. Before melarat sampai bernanah dan demam... Adik cadangkan bawak je Ain ke klinik.

Balik dari mengajar, dah siap lunch semua... Klinik pun bukak pukul 2.30 petang. So, kami berempat pun bergerak ke klinik sekitar jam 3 petang. Si kakak tak nak tinggal dengan nenek. Before encik suami turun kerja lagi pagi tadi... Alia dah bagitau ayahnya nak ikut ke klinik. Mana boleh tinggal. Even... Masa monthly checkup waktu mengandungkan Ain dulu pun dia ikut.


Sampai di klinik, seperti kebiasaan... Klinik Spaoh lengang belah petang. Sampai-sampai je... Nur Ain orang kedua akan dipanggil. So, tak lamalah menunggu... Aku dan Ain pun masuk... Encik suami dan Alia pun masuk sekali. Setelah diperiksa... Alhamdulillah... Luka bahagian luar je dan tiada sebarang jangkitan. Jadinya... Kami hanya dibekalkan sirap panadol dan ubat sapu je... Disebabkan cuaca mendung, kami terus balik ke rumah je.

Alhamdulillah... Nasib baik takde apa-apa. Hati ibu mana tak risau kan.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. asslmkm kak.. lamanya tak singgah sini..
    dah besar si adk ain ni.. :)

    mujur takde apa2 yang serius. betul kak.. ibu mna yang tak risau dengan anak..

    ReplyDelete