Idea DIY Kad Ucapan | Memandangkan tinggal beberapa hari lagi untuk sambutan hari guru. Aku teringin nak buat sendiri kad ucapan hari gu...

Idea DIY Kad Ucapan

/
0 Comments

Idea DIY Kad Ucapan | Memandangkan tinggal beberapa hari lagi untuk sambutan hari guru. Aku teringin nak buat sendiri kad ucapan hari guru buat encik suami. Apalagi... Bila Alia dan Ain tidur. Itulah peluang dan ruang untuk aku update blog dan bekarya. Hehe...

Before memulakan projek untuk membuat kad ucapan sendiri. First step kena cari idea dulu. Seperti biasa... Mencari di google adalah amalan aku. Banyak jugak idea DIY kad ucapan yang aku jumpa... Termasuklah yang berbentuk craft. Antara contoh DIY kad yang aku berkenan adalah seperti berikut:-

Sumber gambar kad ucapan adalah daripada google image

Just idea je... Nanti sendiri buat kenalah dekorasi yang berlainan. Hehe... Sambil search DIY kad ucapan... Sambil tu jugak layan ABPBH 29. Sempat jugak taip keputusan penuh ABPBH kali ni. Antaranya, ialah:-

Artis baharu wanita popular - Mira Filzah
Artis baharu lelaki popular - Sufi
Penyanyi wanita popular - Adira
Penyanyi lelaki popular - Aizat
Penyampai radio popular - Dj Lin
Artis versatil popular - Ifa Raziah
Artis kolaborasi popular - Wings
Artis komedi popular - Abam
Pengacara tv popular - Neelofa
Artis trending popular (online) - Ayda Jebat
Pelakon tv wanita popular - Emma Maembong
Pelakon tv lelaki popular - Sharnaaz Ahmad
Anugerah pencapaian sepanjang hayat - Fauziah Ahmad Daud
Pelakon filem wanita popular - Nur Fathia
Pelakon filem lelaki popular - Sharnaaz Ahmad
Bintang Paling Popular - Neelofa

Tapi kan... Walaupun ada 4 hos, ABPBH 2016 kali ni pada aku still hambar... Nasib baik ada penyanyi otai... Liza Hanim pun ada. Masih hebat suara Liza Hanim ooo...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: