Guna Petronas Syntium untuk Alza | Dapat premium free gift set bowl & Spoon yang 12 pieces . Alhamdulillah... Last two weeks , e...

Guna Petronas Syntium Untuk Alza

/
0 Comments

Guna Petronas Syntium untuk Alza | Dapat premium free gift set bowl & Spoon yang 12 pieces. Alhamdulillah... Last two weeks, encik suami tukar minyak hitam di port biasa dia. Seperti kebiasaan, petronas syntium jenama pilihan dari dulu sampailah sekarang. Banyak jugak free gift yang kami kumpul... Payung, tuala, baju, botol air... Sehinggalah terbaru dapat mangkuk untuk sup. Paling banyak dapat bekas air. Sampaikan... Adik-beradik mintak sorang satu. Encik suami mana pernah ketinggalan service kereta... Minyak hitam kena tukar ikut jadual katanya. Aku yang zero knowledge tentang kereta... Mengiakan sahaja apa katanya.


Walaupun begitu, sejak kereta adik problem tak boleh nak start haritu... Aku pun siap google untuk cari cara nak selesaikannya. So, walaupun kata zero knowledge pasal kereta... Zaman dah canggih... Kenalah tambah ilmu di dada... Nak-nak sekarang... Maklumat di hujung jari... Kenalah klik dengan bijak. Ada jugak search pasal minyak hitam. Alang-alang dah search mengenainya... Nak jugak share di blog sendiri... Nanti boleh rujuk lagi.

Berdasarkan laman bengkelautomatif, kenapa minyak hitam perlu ditukar?Ini jawapannya... Di mana, Minyak enjin mempunyai kelikatan masing-masing mengikut gred yang mana tugas minyak ini adalah sebagai pelincir bagi komponen yang bergerak dalam sesebuah enjin seperti piston, crankshaft, connecting rod, camshaft dan lain-lain. Apabila enjin dihidupkan maka minyak enjin akan turut mengalir sebagai pelinciran di antara komponen dalaman enjin. Semakin lama enjin berpusing atau kereta bergerak jauh maka tahap kelikatan minyak enjin akan menurun. Ini kerana pelinciran minyak mengalir di antara komponen akan berkeadaan panas dan dalam kata lain ia terbakar serta mengubah sifat dari likat kepada kurang likat dan warnanya minyak juga berubah dari kuning ke hitam.

Jika minyak enjin terus digunakan tanpa diganti baru selepas perjalanan kereta 5,000KM maka kelikatan minyak ke tahap menurun dan semakin lama ia menjadi tidak likat langsung. Jika minyak tidak lagi likat maka ia boleh mengakibatkan kerosakan ke atas komponen enjin seperti berlaku kehausan yang teruk dan enjin menjadi cepat panas semasa beroperasi. Kehausan komponen yang paling ketara ialah kerosakan terhadap piston ring menjadi haus, kesannya enjin mengeluarkan asap putih yang banyak dan minyak enjin cepat kurang kerana minyak enjin telah naik melalui piston ring yang haus ke dalam ruang pembakaran enjin serta ia turut terbakar semasa lejang kuasa dan asap ekzos yang keluar juga menjadi putih berkepul-kepul dan berbau minyak enjin terbakar.

So, pendek kata... Minyak hitam kenalah ditukar mengikut jadual agar kereta tahan lama. Bak kata encik suami. Kereta kalau dijaga dengan elok... Insya Allah, boleh berbakti lebih lama. Sebelum ni aku ingatkan nak tukar minyak hitam boleh suka hati... Kalau nak boleh tukar... Kalau tak, boleh delay. Rupanya kena ikut jadual. That why, tiap kali tukar minyak... Tauke kedai akan tukar sticker berapa km perjalanan, minyak perlu tukar. Selalunya sticker tersebut dilekat di cermin belah dalam kereta. Senang... Pemandu boleh sentiasa tengok dan ingat. Tu baru pasal minyak... Belum lagi komponen lain seperti enjin dan ekzos.

Lain masa... Lain siaran, Insya Allah ada masa dan keperluan... Akan aku sambung cerita bab kereta lagi yer...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: