Cara buat Nugget ayam sendiri | Keinginan itu tetiba timbul dalam beberapa bulan ni... Apabila melihatkan Alia dan Ain yang begitu suka makan nugget yang dibeli di pasaraya. Tapi still sindrom malas menguasai diri... Yang hanya ada kekuatan untuk copy and paste resepi. Takpe nak... Insya Allah, kekuatan untuk membuatnya pasti ada...

Tapi... Before fikirkan cara membuatnya. Kenalah tahu dulu macam mana nak buat serbuk roti atau dalam bahasa omputehnya breadcrumbs... Iaitu bahagian luar nuggetnya sih. Nama pun serbuk roti... Sah-sahla bahan utamanya adalah roti atau bread right. Sangat mudah rupanya nak buat breadcrumbs. Tengok gambar pun... Pejam mata je boleh buat... Haha...

Sumber gambar adalah daripada laman ayambrand

Cara mudah buat serbuk roti atau breadcrumbs
Pertama... Bakar roti. Bila dah masak... potong kecik-kecik. Then kisarkan. Tu je... Tapi kalau takde pengisar... Boleh je tumbuk guna lesung batu. Amaaaat mudah. Tu cerita pasal cara nak buat breadcrumbs. Infonya aku dapat daripada laman ayambrands.

Kemudian, untuk membuat nugget ayam paling mudah tapi sedap... Aku tertarik dengan resepi nuget ayam yang dikongsikan oleh blog Juwitafariz .

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nugget ayam
400g isi ayam
4 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil garam
100g okara/breadcrumbs
2 sudu besar tepung gandum
Jika suka boleh letak 2 sudu kecil baking powder.

untuk kulitnya, guna sebiji telur dan breadcrumb


Cara-cara untuk membuat nugget
Masukkan isi ayam ke dalam pengisar. Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain.
Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.

Buat bentuk yang dikehendaki, adunan agak lembik sedikit , jadi caranya golekkan didalam tepung atau golekkan didalam bread crumb dan bentukkan.kemudian celup dalam telur dan salut dengan breadcrumb lagi sekali.

Kemudian goreng dengan minyak penuh.

Pun nampak mudahkan cara nak buat nugget ayam sendiri. Nak tahu mudah ke tidak, insya Allah... Nanti nak try this resepi.