Ayam panggang pemanggang ajaib | Alhamdulillah... Semenjak ada pemanggang ajaib... Aku selalu buat ayam panggang... Dan untuk lunch har...


Ayam panggang pemanggang ajaib | Alhamdulillah... Semenjak ada pemanggang ajaib... Aku selalu buat ayam panggang... Dan untuk lunch harini, semalam dah plan nak buat ayam panggang... So, dari semalam dah buat perapan ayam... Dan simpan dalam peti sejuk.


Nak buat ayam panggang sedap... Tips dari bonda, kena perap ayam dengan bahan-bahan seperti cili boh, madu, gula melaka, bawang merah, bawang putih, halia dan stok ayam semalaman... Barulah dapat menghasilkan ayam panggang yang lembut dan sedap.

Encik suami yang kononnya tak nak makan tengahari... Akhirnya... Nafsu makannya tertewas. Huhu... Asyik aku saja dipersalahkannya... Hehe... Apa tak nyer... Suami nak diet. Isteri pulak lansung tak membantu... Kasi makan lagi ada. Sabo jelah...

Yang bestnya... Aku sibuk buat ayam panggang. Encik suami dah siap dengan pencicah. Wauuu... Terbaik punya. Terharu bila suami turut membantu. Thanks sayang :)... Tapi sayang... Lupa pulak nak snap pencicah ayam panggang.

Bila jiran datang bertandang | Lebih-lebih lagi ada anak ikut sekali. Apalagi... Kemain suka Alia dan Ain. Mulalah bawak mainan dorang ...


Bila jiran datang bertandang | Lebih-lebih lagi ada anak ikut sekali. Apalagi... Kemain suka Alia dan Ain. Mulalah bawak mainan dorang keluar. Maka tak terganggulah proses perbualan orang tua-tua. Tapi, bersabarlah wahai hati... Habis semua mainan bersepah. Nak marah... Memang tak logik... Budak kan... Tapi biasanya, Alia dah boleh diharap... Lepas main, pasti Alia tolong kemaskan... Walaupun hakikatnya... Aku pun ikut sama mengemas sekali. Tips dari aku... Nak bagi anak rajin tolong buat kerja rumah... Kita kenalah tunjuk teladan yang baik... Kemudian, kena sama-sama buat... Barulah dorang enjoy. Insya Allah :)


Di kampung, jiran nak datang rumah tak kira masa. itulah kebiasaan masyarakat kampung... Perhatian! mungkin kampung aku je kot. Kekadang... Jam 7 pagi dah ada... Kami belum sempat breakfast lagi... Jiran ada yang dah datang... Ko nak halau... Memang tak senonohla lagaknya. Pastu... Bersembang bukannya sekejap... Kekadang tu... Datang jam 7 pagi... 10 pagi baru balik. Apa kes?

Itulah hakikat antara corak kehidupan di kampung. Walaupun masyarakatnya rapat antara satu sama lain. Tapi ada jugak silapnya... Salah satunya tentang adab bertandang ke rumah jiran. Pada aku... Biarlah ikut kesesuaian waktu. Tak lah nanti mendatangkan ketidakselesaan kepada tuan punya rumah. Lainlah kalau ada keperluan yang mendesak untuk datang... Itu lain ceritalah kan...

Lambaian ramadan | kian terasa. Next week , Insya Allah kita akan mula berpuasa. Kemudian, bercakap pasal ramadan. Semalam tengok satu ...


Lambaian ramadan | kian terasa. Next week, Insya Allah kita akan mula berpuasa. Kemudian, bercakap pasal ramadan. Semalam tengok satu promo drama bertajuk lambaian ramadan. Mula bersiaran malam ni jam 10 malam... Tak silap gantikan drama demi cinta Ain di slot Samarinda tv3... Siapa minat slot samarinda, bolehlah tengok nanti... Lepas terawih.

Sumber gambar drama lambaian ramadan adalah daripada laman kbergetar

Berdasarkan info dari laman kbergetar, lambaian ramadan merupakan drama bersiri 13 episod dan pelakon utama dalam drama lambaian ramadan terdiri daripada Adi Putra, Siti Elizad dan Puteri Balqis.

Kemudian... Berdasarkan Sinopsis Lambaian Ramadan yang terdapat di laman kbergetar, Drama tersebut mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam lakonan Adi Putra dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam.

Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik. Apakah kesudahannya?

Kenalah tengok sendiri nanti yer:) Selamat menonton...

Bila anak rajin membantu | terutamanya melibatkan kerja-kerja rumah. Tips mudah bagi aku... Biarkan saja mereka melakukannya mengikut k...


Bila anak rajin membantu | terutamanya melibatkan kerja-kerja rumah. Tips mudah bagi aku... Biarkan saja mereka melakukannya mengikut kehendak dan keselesaan dorang... Walaupun hakikatnya, hasil kerja mereka totally tidak menepati kehendak kita. Apa yang penting... Setiap apa yang mereka lakukan, haruslah dipantau dan dihargai... Dorang pasti seronok.

Tapi kan... Aku percaya, kalau dah hari-hari anak dah terbiasa nak tolong kita tanpa paksaan... Dan hari-hari berlatih. Tak mustahil budak umur 4 tahun boleh lipat kain dengan kemas... If kita tunjukkan dengan sabar cara melipat kain yang betul.


Itulah yang aku cuba lakukan terhadap Alia... Bermula dengan melipat baju sendiri dan adik Ain apa salahnya. Berlatih dan berlatih... Pasti boleh. Betul tak?

Insya Allah :)

U Mobile Project Iphone | 2 cpuv untuk penghujung bulan Mei pihak Nuffnang berikan untuk iklan di blog aku. Alhamdulillah... Rezeki or...


U Mobile Project Iphone | 2 cpuv untuk penghujung bulan Mei pihak Nuffnang berikan untuk iklan di blog aku. Alhamdulillah... Rezeki orang nak bagi... Kita terima dengan hati yang terbuka. Tiada riak di hati... Hanya entri sekadar pembakar semangat untuk meneruskan hobi berblog.


Alhamdulillah... Terima kasih ye pihak Nuffnang.

Episod 18 Mr Boss Miss Stalker | Semalam punya episod hampir ke kemuncak. Ada 2 episod lagi... Last episod pada 4 Jun nanti. Semalam.....


Episod 18 Mr Boss Miss Stalker | Semalam punya episod hampir ke kemuncak. Ada 2 episod lagi... Last episod pada 4 Jun nanti. Semalam... Kisah curang Iszham dengan Ria terbongkar dan menyebabkan Linda kemalangan. Tapi macam tak bestla plotnya... Dia tahu melalui orang lain... Kan best kalau kantoi depan-depan dengan aksi gaya perempuan bergaduh. Baru sentap... Biar jadi teladan buat penonton... Akibat berlaku curang... Kan!!!

Sumber info daripada blig EDtv

Hakikatnya... Sepandai-pandai tupai melompat... Akhirnya jatuh ke tanah jua. Then... Memang dah agak dah... Yang bunuh ayah Liza adalah Izudin. Tapi kan... Hariz marah tak... Kalau nanti Sara cerita perkara sebenarnya... Yang dia Stalk Hariz...

Hurmmm... Tipikal cerita melayu... Confirm happy ending. Cuma suka nak tengok bagaimana sesuatu cerita itu diolah... Dan menjadi atau tidak keserasian hero dan heroin dalam sesuatu drama tu. Ok lah drama mr boss miss stalker. Dengar cerita daripada beberapa buah blog... Drama terbaru di slot dahlia next week... Yang gantikan mr boss miss stalker adalah drama Mr. Tanda soal. Best ke tidak... Kenalah tengok next week.

Serunding halia | Sangat sedap bila dimakan dengan bubur nasi. Hurmmm... Apalagi... Tetiba mengidam nak makan. Seawal pagi dah kupas kul...


Serunding halia | Sangat sedap bila dimakan dengan bubur nasi. Hurmmm... Apalagi... Tetiba mengidam nak makan. Seawal pagi dah kupas kulit halia dan bawang putih. Dah siap kupas... Start pulak dengan kopek ikan bilis... perut ikan bilis kena buang dulu... Tak suka bila nampak hitam-hitam dalam masakan.


Dah siap semua. Nak buat serunding halia. First things, tumbuk halia hingga lumat... Kemudian perah buang air halia. Tumbuk bawang putih. Kemudian, tumbuk ikan bilis jugak. Terakhir sekali... Goreng semua bahan hingga garing.

Huhu... Semua kata sedap. Tak sampai 15 minit... Licin pinggan. Bubur seperiuk pun sama. Haha. Alhamdulillah... Rezeki breakfast pagi tadi sungguh mengenyangkan. Siap mak request suruh buat serunding halia lagi. Insya Allah... Esok lusa boleh buat balik.

Sinopsis Assalamualaikum cinta | berdasarkan info dilaman kbergetar, drama assalamualaikum cinta mengisahkan tentang kerana pertaruhan ...


Sinopsis Assalamualaikum cinta | berdasarkan info dilaman kbergetar, drama assalamualaikum cinta mengisahkan tentang kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Sumber info drama assalamualaikum cinta adalah daripada fb filem/drama adaptasi novel

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau… Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” – Emma Harlini
“Aku pelik… Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal
Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” – Rykal Safuan
“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf. Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.
Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harlini
“Nasib baik negara ni ada undang-undang… Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana… Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.
Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?

Pada yang minat slot drama di astro ria, setiap jam 10 malam, Isnin hingga Khamis... Bolehlah tengok nanti. Tak silap drama assalamualaikum cinta menggantikan drama dia semanis honey yang dah pun tamat dengan episod akhir semalam. Selamat menonton yer :)

Baju raya Ain dah siap | Alhamdulillah, semuanya nenek dia yang buatkan. Mula-mula haritu plan nak buat baju batwing yang orang dok vir...


Baju raya Ain dah siap | Alhamdulillah, semuanya nenek dia yang buatkan. Mula-mula haritu plan nak buat baju batwing yang orang dok viral di fb. Malas nak carik kain lain... Lagi pulak, kain Alia dan Ain banyak yang lebih... Jadinya kena tukar rancangan. Tak elok membazir.


Biasalah... Di fb banyak idea baju raya untuk baby dan kanak-kanak. Tertarik pulak dengan stail baju paplum tak berlengan. Nampak cute. Apalagi... Terus tukar plan. Yang Alia pulak... Ikut stail baju aku. Insya Allah, siap nanti aku update.

Sumber stail baju raya kanak-kanak adalah daripada fb

Hehe... Abaikan muka Ain yang serabai tu yer. Lewat bangun pagi tadi jam sepuluh... Terus kena try baju dengan nenek dia. Nasib baik dia bagi kerjasama... Yang tak menahan tu... Sampai tak mau bukak balik. Haha...

Lastly, baju Ain dah siap... Cuma nak kena tambah reben je lagi kat baju. Cantik tak?

CPUV Volkswagen Vento | Alhamdulillah... Satu lagi buffered earning gandaan 3 melekat harini di blog selepas cpuv Watsons February Pr...


CPUV Volkswagen Vento | Alhamdulillah... Satu lagi buffered earning gandaan 3 melekat harini di blog selepas cpuv Watsons February Promo semalam. Hurmm... Banyak jugak iklan pasal volkswagen kali ni ek. Berpatutan dengan harga, kereta volkswagen amatlah elegan... Nak-nak yang color hitam. Fuh! Memang nampak mewah si pemiliknya. Bilalah nak naik kereta volkswagen yer?. Huhu...


Tak dapat naik kereta volkswagen... Dapat berkongsi iklan jadilah. Bolehlah cuci mata. Hehe... Apa-apa pun, thanks Nuffnang kerana berterusan memberi iklan untuk blog ni.

Entri kali ni sekadar catatan... Buat pembakar semangat aku untuk berterusan berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta.

Wallahu'alam :-)

Download jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2016 | adalah suatu kemestian bila ramadhan menjelang tiba... Dah tak perlu dah nak print b...


Download jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2016 | adalah suatu kemestian bila ramadhan menjelang tiba... Dah tak perlu dah nak print bagai. Just download and save je dalam memory handphone. Bila-bila masa boleh refer. So, tak perlulah nak membazir kertas right.

Namun, kebiasaannya jugak... Di kampung kami, setiap surau akan bagi jadual waktu imsak dan berbuka untuk setiap rumah... Walaupun terpampang kat dinding... Jarangla nak tengok. Selalu tengok kat handphone je. Dah terbiasa kan... Bila ada gajet... Semua benda nak save dalam handphone. Betul tak? Hehe...

Kepada orang Sarawak, di sini aku nak kongsikan Url atau link untuk memuatnaik jadual waktu imsak dan berbuka puasa 1437H/2016M bagi negeri Sarawak sebagai rujukan kita bersama.


http://www.islam.gov.my/images/documents/Waktu_Imsak_dan_Berbuka_Puasa_1437H-Sarawak.pdf

Sumber jadual adalah daripada jabatan agama Islam.

Watsons atau guardian? | dua kedai yang hampir sama susunannya. Menjual barangan ala-ala farmasi pun ia. Serba-serbi tentang kesihatan m...


Watsons atau guardian? | dua kedai yang hampir sama susunannya. Menjual barangan ala-ala farmasi pun ia. Serba-serbi tentang kesihatan mahupun kecantikan tubuh badan dijual di kedua-dua kedai tersebut.


Tapi, aku kalau balik menziarahi ibu mertua di Kuching... Lebih prefer kedai watsons. Alasannya... Barang yang dijual disusun rapi. Senang untuk aku yang semestinya sentiasa nak cepat dalam urusan membeli.


Selain itu... Watsons jugak selalu buat promosi. Terbaru, aku dapat cpuv lagi... Alhamdulillah, rezeki dari iklan watsons nampaknya... Juga berkaitan promo watsons. I like it's. Hehe... Thanks Nuffnang, kerana suka beriklan di sini.

Juara clever girl akhir musim pertama 2016 | dimenangi oleh Fatin dari Kelantan. Biodata Fatin Juara Clever Girl 2016 Berdasarkan in...


Juara clever girl akhir musim pertama 2016 | dimenangi oleh Fatin dari Kelantan.

Biodata Fatin Juara Clever Girl 2016
Berdasarkan info yang aku dapat dari blog Yumida, berikut adalah biodata ringkas juara clever girl musim pertama 2016.

Sumber gambar Fatin juara clever girl akhir musim pertama 2016 adalah daripada blog Yumida

Nama penuh Fatin: Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha Umur: 28 tahun
Asal: Kelantan
Pekerjaan: Peguam

Ikuti perkembangan Fatin di laman sosial: Instagram Fatin Clever Girl Malaysia: @fatin_clevergirlmy
Facebook Fatin Clever Girl Malaysia: Fatin Clever Girl MY

Sempat jugak tengok... Memang sengit la persaingan antara Arina dan Fatin. Tapi, nasib menyebelahi Fatin... Akhirnya Fatin dinobatkan sebagai juara clever girl musim pertama 2016 dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang berjumlah RM100, 000.

Tahniah buat Fatin :)

Meh sandar pada aku | satu lagi drama adaptasi novel yang akan ditayangkan di slot Dahlia, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jam 7 malam,...


Meh sandar pada aku | satu lagi drama adaptasi novel yang akan ditayangkan di slot Dahlia, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jam 7 malam, semestinya di tv3. Adakah drama meh sandar pada aku ditayangkan selepas drama Mr Boss Miss Stalker yang hanya tinggal 5 episod lagi, di mana episod akhir Mr boss miss stalker akan ditayangkan pada 4 Jun 2016. Sama-sama kita tunggu dan lihat ok ^_<.

Sumber gambar pelakon meh sandar pada aku adalah daripada fb Filem/Drama adaptasi novel

Berdasarkan beberapa sinopsis meh sandar pada aku... Ia mengisahkan tentang Orang kata tak kenal maka tak cinta.Tapi dah kenal menyakitkan hati pulak. Macam mana tu? Afnan Tasneem dipertemukan dengan penyelia yang menjengkelkan- Dr Syed Nadhan. Kegagalan perkahwinan papa dan mamanya benar-benar memberi kesan pada Syed Nadhan.

Kehadiran Afnan sebagai pelajar praktikalnya benar-benar memeningkan kepalanya. Afnan selalu meluahkan perasaan tak puas hati tentang penyelianya kepada Adam Naufal. Adam tahu Dr Syed menyukai Afnan dan dia sengaja menimbulkan rasa cemburu Dr Syed. Namun, Afnan menyangka Adam menyintainya. Keadaan berubah bila Mama Afnan bakal berkahwin dengan Papa Dr Syed. Keadaan bertambah rumit bila Afnan mengetahui Adam bakal berkahwin. Dr Syed pula bertunang dengan dr Aleesya dan Afnan akan dijodohkan dengan Aamir, Kecewa dengan berita perkahwinan Adam, Dr Syed muncul dan memujuk sebagai abang. Namun, takdir menentukan segalanya.

Kematian mama Afnan dan papa Syed membuatkan Dr Syed berasa bertanggungjawab melindungi Afnan dan mengahwininya. Dia memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya. Berita ini mengejutkan Aleesya hingga terpaksa dirawat di hospital bahagia, Ini kerana, Aleesya sememangnya mencintai dr Syed sepenuh hati.

Bersama-samalah kita nantikan kemunculan drama meh sandar pada aku di kaca tv. Tapi sebelum tengok dramanya.... Boleh jugak baca bab demi bab novel online meh sandar pada aku seperti berikut untuk mengetahui perjalanan ceritanya. Rasanya... Bila didramakan nanti takdelah 100% mengikut dalam novel... Kalau ada perubahan pun... Maybe tak banyak... Kan!

Bab 1 Meh sandar pada aku
Bab 2 Meh sandar pada aku
Bab 3 Meh sandar pada aku
Bab 4 Meh sandar pada aku
Bab 5 Meh sandar pada aku
Bab 6 Meh sandar pada aku
Bab 7 Meh sandar pada aku
Bab 8 Meh sandar pada aku
Bab 9 Meh sandar pada aku
Bab 10 Meh sandar pada aku


Berdasarkan laman kepalabergetar2u, pelakon hero dan heroin drama meh sandar pada aku dipegang oleh Aliff Aziz dan Mira Filzah. Huhu... Macam best kan.

Sumber novel online meh sandar pada aku : aifabatrisya.blogspot.com

Kegatalan pada telinga | Dah dua hari Nur Ain asyik menggaru telinganya... Berdarah pulak tu. Tapi pada bahagian luar. Semalam masa teng...


Kegatalan pada telinga | Dah dua hari Nur Ain asyik menggaru telinganya... Berdarah pulak tu. Tapi pada bahagian luar. Semalam masa tengok drama dia semanis honey... Aku bagitaulah kat adik... Yang dok menunggu tempat posting... Sampai sekarang tak tau keputusannya.

Dia pun check la telinga Ain... Takde alat nak check. Tengok-tengok gitu jela. Tapi... Seriously... Disebabkan selalu kena garu. Nampak telinga Ain sedikit berair. Adik suspek ada jangkitan. Before melarat sampai bernanah dan demam... Adik cadangkan bawak je Ain ke klinik.

Balik dari mengajar, dah siap lunch semua... Klinik pun bukak pukul 2.30 petang. So, kami berempat pun bergerak ke klinik sekitar jam 3 petang. Si kakak tak nak tinggal dengan nenek. Before encik suami turun kerja lagi pagi tadi... Alia dah bagitau ayahnya nak ikut ke klinik. Mana boleh tinggal. Even... Masa monthly checkup waktu mengandungkan Ain dulu pun dia ikut.


Sampai di klinik, seperti kebiasaan... Klinik Spaoh lengang belah petang. Sampai-sampai je... Nur Ain orang kedua akan dipanggil. So, tak lamalah menunggu... Aku dan Ain pun masuk... Encik suami dan Alia pun masuk sekali. Setelah diperiksa... Alhamdulillah... Luka bahagian luar je dan tiada sebarang jangkitan. Jadinya... Kami hanya dibekalkan sirap panadol dan ubat sapu je... Disebabkan cuaca mendung, kami terus balik ke rumah je.

Alhamdulillah... Nasib baik takde apa-apa. Hati ibu mana tak risau kan.

Dove Salon Media Launch | CPUV ke-4 untuk bulan Mei 2016. Alhamdulillah, semoga rezeki berblog tak kan putus selagi minat berkongsi cer...


Dove Salon Media Launch | CPUV ke-4 untuk bulan Mei 2016. Alhamdulillah, semoga rezeki berblog tak kan putus selagi minat berkongsi cerita itu masih ada.


Baru berkesempatan update blog, semuanya disebabkan line internet celcom yang lembap gara-gara hujan lebat beberapa hari yang lepas. Nak tak nak kenalah bersabar...

Dove salon launch tentang apa ek? Actually, tak nampak lagi iklannya tertayang di blog ni. Apa-apa pun terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berterusan beriklan di blog ini.


Cara buat Nugget ayam sendiri | Keinginan itu tetiba timbul dalam beberapa bulan ni... Apabila melihatkan Alia dan Ain yang begitu suka ...


Cara buat Nugget ayam sendiri | Keinginan itu tetiba timbul dalam beberapa bulan ni... Apabila melihatkan Alia dan Ain yang begitu suka makan nugget yang dibeli di pasaraya. Tapi still sindrom malas menguasai diri... Yang hanya ada kekuatan untuk copy and paste resepi. Takpe nak... Insya Allah, kekuatan untuk membuatnya pasti ada...

Tapi... Before fikirkan cara membuatnya. Kenalah tahu dulu macam mana nak buat serbuk roti atau dalam bahasa omputehnya breadcrumbs... Iaitu bahagian luar nuggetnya sih. Nama pun serbuk roti... Sah-sahla bahan utamanya adalah roti atau bread right. Sangat mudah rupanya nak buat breadcrumbs. Tengok gambar pun... Pejam mata je boleh buat... Haha...

Sumber gambar adalah daripada laman ayambrand

Cara mudah buat serbuk roti atau breadcrumbs
Pertama... Bakar roti. Bila dah masak... potong kecik-kecik. Then kisarkan. Tu je... Tapi kalau takde pengisar... Boleh je tumbuk guna lesung batu. Amaaaat mudah. Tu cerita pasal cara nak buat breadcrumbs. Infonya aku dapat daripada laman ayambrands.

Kemudian, untuk membuat nugget ayam paling mudah tapi sedap... Aku tertarik dengan resepi nuget ayam yang dikongsikan oleh blog Juwitafariz .

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nugget ayam
400g isi ayam
4 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil garam
100g okara/breadcrumbs
2 sudu besar tepung gandum
Jika suka boleh letak 2 sudu kecil baking powder.

untuk kulitnya, guna sebiji telur dan breadcrumb


Cara-cara untuk membuat nugget
Masukkan isi ayam ke dalam pengisar. Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain.
Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.

Buat bentuk yang dikehendaki, adunan agak lembik sedikit , jadi caranya golekkan didalam tepung atau golekkan didalam bread crumb dan bentukkan.kemudian celup dalam telur dan salut dengan breadcrumb lagi sekali.

Kemudian goreng dengan minyak penuh.

Pun nampak mudahkan cara nak buat nugget ayam sendiri. Nak tahu mudah ke tidak, insya Allah... Nanti nak try this resepi.

Tak terlepas episod 11 Mr. Boss Miss Stalker | Lepas Maghrib boleh layan... Malam ni punya episod... Sangatlah Sweet . Sepertinya cinta ...


Tak terlepas episod 11 Mr. Boss Miss Stalker | Lepas Maghrib boleh layan... Malam ni punya episod... Sangatlah Sweet. Sepertinya cinta berputik di antara Hariz dan Sara... Bila mereka berdua pergi ke JB untuk selesaikan projek...

Sumber gambar adalah daripada laman seperti yang tertera pada gambar di atas

Si Ria pulak... Tak senang duduk bila dapat tahu Hariz outstation ke Johor Bahru bertemankan Sara. Yelah... Dalam episod sebelumnya kan Sara kena tampar dengan Ria... Mestilah Hariz marah right. Sudahnya... Hariz lansung tak layan panggilan telefon Ria.

Di JB, Sara dilayan baik oleh Hariz... Macam orang tengah bercinta aku tengok... Sampaikan satu masa Hariz bawak Sara Shopping di mall... Di mana rata-rata shop lot di situ menjual barangan pompuan. At last... Sampai kedai barangan perhiasan wanita... Hariz belikan sesuatu dan mintak pandangan Sara... Adakah barang itu untuk Ria atau Sara? Aku rasalah... Mesti untuk Sara. Hehe...

Time balik KL pulak... Hariz tak benarkan Sara balik sorang. So dia dan pemandunya hantarkan Sara ke rumah. Sara pelawa Hariz masuk rumah. Apalagi Hariz... Terus setuju dan kata nak tumpang solat Asar. Siap makan dan berkenalan lagi dengan family Sara.

Cerita episod 11 Mr. Boss Miss Stalker tamat dengan adegan di luar rumah. Sara hantar Hariz masuk kereta untuk balik. Hariz siap kata esok kita jumpa. Padahal Sara ingatkan cuti... Jawapan Hariz pulak ' I need U'... Wah.... Terkasima Sara dibuatnya. Then... Nak masuk kereta pulak... Siap pesan tau... Suruh Sara berehat dan bermimpikan yang indah-indah. Amboi!... Romantik oiii... Mana mungkin Hariz pembunuh.

Tak sabar nak tengok episod 12 pulak esok. Hehe...

Mamat muka selenga | satu lagi novel yang mungkin bakal diadaptasikan ke dalam drama coming soon . Itu based on apa yang aku baca di ...


Mamat muka selenga | satu lagi novel yang mungkin bakal diadaptasikan ke dalam drama coming soon. Itu based on apa yang aku baca di facebook Filem/Drama adaptasi novel. Pada yang minat baca novel... Sudah pastinya akan tertunggu-tunggu drama yang diadaptasi daripada novel yang telah dibaca right.

Sumber gambar daripada fb Drama/Filem Adaptasi Novel

Kekadang... Baca novel macam best... Tapi bila dah diadaptasi ke drama... Kekadang best, kekadang menjadi satu jalan cerita yang kurang menarik. Pada aku... Best ke tidak sesuatu drama itu bukan sahaja dipengaruhi oleh jalan ceritanya... Tapi juga pemilihan para pelakonnya... Lebih-lebih lagi watak hero dan heroin. Kalau tak kena gaya... Boleh menyebabkan sesuatu drama itu menjadi kurang menarik... Sudahnya menyebabkan jatuh merudum hits penontonnya. Betul tak?

Before novel mamat muka selenga diadaptasikan ke dalam drama. Pada yang belum baca novelnya... Di sini aku jugak ingin kongsikan url Bab 1 sehinggalah Bab 15 Mamat muka selenga untuk dibaca. Atleast... Tahu jugak sikit ceritanya.

Bab 1 Mamat Muka Selenga
Bab 2 Mamat Muka Selenga
Bab 3 Mamat Muka Selenga
Bab 4 Mamat Muka Selenga
Bab 5 Mamat Muka Selenga
Bab 6 Mamat Muka Selenga
Bab 7 Mamat Muka Selenga
Bab 8 Mamat Muka Selenga
Bab 9 Mamat Muka Selenga
Bab 10 Mamat Muka Selenga
Bab 11 Mamat Muka Selenga
Bab 12 Mamat Muka Selenga
Bab 13 Mamat Muka Selenga
Bab 14 Mamat Muka Selenga
Bab 15 Mamat Muka Selenga

Macam best je jalan ceritanya right. Namun, nak tahu best ke tidak drama daripada adaptasi novel Mamat muka selenga... Kenalah tunggu kemunculannya di kaca tv nanti. Insya Allah, nanti akan aku update lagi mengenai sinopsis dramanya... If novel Mamat muka selenga memang betul-betul akan di dramakan.

Stay tuned! Have a nice day :)

Sumber url novel Mamat Muka Selenga : tintaalieshakirana.blogspot.my

3 CPUV pada permulaan bulan Mei | Alhamdulillah rezeki anak-anak hasil daripada berblog. Bila buat entri mengenai buffered earning n...


3 CPUV pada permulaan bulan Mei | Alhamdulillah rezeki anak-anak hasil daripada berblog. Bila buat entri mengenai buffered earning ni... Ia bukan untuk menunjuk atau riak. Lansung tak terniat di hati. Tapi... Ia bagaikan memberi semangat pada aku untuk terus berkongsi cerita di sini.


Untuk dapatkan CPUV setiap bulan, di sini aku sekali lagi nak kongsikan url mengenai tips untuk dapatkan buffered earning dengan mudah.

CARA MUDAH DAPATKAN CPUV

Menulis hanya kerana minat. If ada rezeki daripada para pengiklanan... Itu adalah kelebihan yang kita dapat. Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana memberi kepercayaan untuk berterusan beriklan di sini.

Tabiat suka bukak pampers | Dah seminggu dah Ain berperangai sebegitu... Sampaikan nekwan dia kata... Mungkin Nur Ain dah ready untuk ...


Tabiat suka bukak pampers | Dah seminggu dah Ain berperangai sebegitu... Sampaikan nekwan dia kata... Mungkin Nur Ain dah ready untuk potty training. Hurmmm... Umur Nur Ain sekarang dah setahun 4 bulan atau 16 bulan. Adakah patut aku start... Potty training untuk Nur Ain seawal 16 bulan?


Nak train anak free diapers bukanlah mudah... Tapi, sukanya di sini aku nak share beberapa tips untuk ajar anak ke tandas pada usia setahun ke atas. Actually, kalau anak dah faham apa yang kita cakapkan... Dan dia pun dah boleh bercakap sikit-sikit... Takde masalah sebenarnya nak train anak free diapers... Cumanya, kenalah bertabah untuk first week. Kalau macam Alia dulu... First week memang selalu terkucil. So, sebelum huru-hara atau gagal untuk train anak ke arah free diapers... Berikut adalah beberapa tips untuk memudahkan proses potty training yang mungkin dapat membantu. Kalau Alia dulu... Tips yang aku guna pakai tersangatlah membantu. dua atau tiga minggu pasti latihan free diapers berjaya. Hati mesti kering, sabar kena banyak... Kalau tak... Tak kan berjaya punya... Tau jelah budak... Bijak memanipulasi keadaan. Tak betul dengan gaya... Bawak muka sepulohsen... Kalah kita dibuatnya...

So... First, tikar atau karpet... Kenalah terlebih dahulu digulung... Sebelum menjadi tempat anak membuang... Terutamanya pada first week potty training. Confirm! terkucil pasti ada.

Then, selalu tanya anak setiap 15 minit... Nak kencing ke... Nak berak ke... Supaya dorang sentiasa alert. Kalau macam aku... Bukan setakat tanya je... Malah setiap 15 minit aku akan bawak anak ke tandas. Kencing atau tak... Itu lain hal... Yang penting kita senantiasa mengingatkan.

Kemudian, bila anak terkucil... Janganlah dimarahi seteruk-teruknya. Sebaliknya... Terangkan perkara yang sebenar... Bahawa tiap kali nak kencing atau berak kenalah ke tandas.

Bila anak dah mula boleh ke tandas... Bagi penghargaan buat mereka. Tak kiralah penghargaan itu berbentuk material atau sekadar ciuman. Biasalah lumrah manusia. Sangat-sangat suka bila dihargai. Aku percaya... Latih dan terus berlatih pastinya berjaya. Based on pengalaman even time Alia dulu agak lambat untuk potty training iaitu pada usia 2 tahun lebih... Tapi takdelah sampai berbulan-bulan untuk train.

Terakhir sekali... Sebelum tidur malam, ajak anak ke tandas. Kemudian, pastikan tempat tidur dilapik supaya tidak berbau hancing.

Memandangkan Ain selalu sangat bukak pampers... Aku akan cuba ajar dia berlatih untuk ke tandas. Semoga potty training Ain berjaya :)

DIY kad ucapan hari guru | Bukan tak nak beli. Rasanya melambak kad ucapan di pasaraya right . Cumanya... Untuk kali ni aku ingin buat ...


DIY kad ucapan hari guru | Bukan tak nak beli. Rasanya melambak kad ucapan di pasaraya right. Cumanya... Untuk kali ni aku ingin buat sendiri dengan pertolongan anakanda Alia dan Ain... Walaupun pada dasarnya Ain pegi bawak lari gam... Sampaikan berkejaran sana sini.


Huhu... Yang banyak bantu... Si kakak Alia. Tolong gam dan kutip lebihan kertas. Puas hati... Itu yang perlu... Walaupun taklah secantik mana.


Apa-apa pun... Selamat hari guru sayang. Semoga terus sukses dan berkhidmat dengan jujur demi mencapai cita-cita untuk mendidik anak bangsa.

Sambal belacan cili hijau | Salah satu jenis sambal belacan yang aku suka. Bila Alia dan Ain dah tidur... Seperti biasa, kalau takde ke...


Sambal belacan cili hijau | Salah satu jenis sambal belacan yang aku suka. Bila Alia dan Ain dah tidur... Seperti biasa, kalau takde kerja nak buat... Selalunya aku akan cari resepi yang terlintas di otak menggunakan kuasa google.

Apalagi... Terjumpa satu resepi sambal belacan ala padang yang menarik minatku untuk mencuba. First step... Kenalah copy and paste resepinya di blog sendiri. Nanti nak try... Just search saja di blog sendiri.

Sumber gambar sambal belacan cili adalah daripada mstar

Kredit : Mstar
Bahan-bahan untuk sambal belacan cili hijau:
100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato - dipotong dadu Ikan bilis

Cara-cara untuk membuat sambal belacan cili hijau:
Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.

Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.

Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.

Angkat dan hidang.

Sangat mudah right. Kalau bulan puasa... Biasanya waktu sahur... Selera nak makan tu kurang. Makan pun nak menu yang simple je. Nanti bulan puasa... Bolehlah buatkan sambal belacan cili hijau ni... Tentu sedap makan dengan ikan kering dan nasi panas... Terliur pulak bila difikirkan. Huhu...

Banyak episod dah ketinggalan | Satu lagi entri dari aku tentang drama menggantikan suami tanpa cinta.. Iaitu Dia Semanis Honey . Sejak...


Banyak episod dah ketinggalan | Satu lagi entri dari aku tentang drama menggantikan suami tanpa cinta.. Iaitu Dia Semanis Honey. Sejak PRU ke-11 Sarawak dan Isu mangsa helikopter hilang di Sebuyau menjadi trending di tv. Aku lansung tak tengok pun drama dia semanis honey... Top-top tadi masa adik layan siaran ulangannya di astro ria. Aku pun tengok sekali. Adik kata best... Huhu.

Sumber info gambar dan link url novel dia semanis honey adalah daripada blog dunia cik akak

Ni nak kena marathon balik tengok dari episod 1 nampaknya. Tapi sebelum tu... Biasanya aku baca novel online dulu... Sebabnya line macam siput sedut... Macam mana nak tengok ceritanya online... So, alang-alang dah baca... Nak jugak share url novel online dia semanis honey di sini... Chapter by chapter.

Bab 1 Dia semanis honey
Bab 2 Dia semanis honey
Bab 3 Dia semanis honey
Bab 4 Dia semanis honey

Bab 5 Dia semanis honey
Bab 6 Dia semanis honey
Bab 7 Dia semanis honey
Bab 8 Dia semanis honey

Bab 9 Dia semanis honey
Bab 10 Dia semanis honey

Bab 11 Dia semanis honey

Tu antara jalan ceritanya... Tak sabar nak tunggu episod akhir dia semanis honey.

Udang masak kicap bersos | merupakan antara menu kesukaan Nur Qalesya Alia... So, kenalah update resepinya di sini. Bila dah besar nanti...


Udang masak kicap bersos | merupakan antara menu kesukaan Nur Qalesya Alia... So, kenalah update resepinya di sini. Bila dah besar nanti, if blog ni masih wujud... Dapatlah rujuk. Bolehlah kakak masak sendiri menu kesukaan dia. Hehe...


Nak masak udang kicap bersos amatlah mudah. Bahan yang diperlukan pun sedikit.... Iaitu udang, bawang merah, bawang putih, halia, sos dan kicap. Bahan-bahan agak-agaklah yer. Cara membuatnya pulak. First step... Kisarkan halia dan bawang. Tumiskan sehingga naik bau... Masukkan udang, sos dan kicap... Dan tunggu udang bertukar warna... Masaklah tu. Itulah petua nak tau udang dah masak ke belum. If kepedasan sos tidak menepati selera... Boleh hiriskan cili di dalamnya. Sangat mudah... Semudah satu campur satu. Hehe...

Encik suami siap tambah nasi lagi... Lama tak merasa udang masak kicap bersos katanya. Alhamdulillah... Rezeki untuk lunch semalam yang cukup mengenyangkan.

Idea DIY Kad Ucapan | Memandangkan tinggal beberapa hari lagi untuk sambutan hari guru. Aku teringin nak buat sendiri kad ucapan hari gu...


Idea DIY Kad Ucapan | Memandangkan tinggal beberapa hari lagi untuk sambutan hari guru. Aku teringin nak buat sendiri kad ucapan hari guru buat encik suami. Apalagi... Bila Alia dan Ain tidur. Itulah peluang dan ruang untuk aku update blog dan bekarya. Hehe...

Before memulakan projek untuk membuat kad ucapan sendiri. First step kena cari idea dulu. Seperti biasa... Mencari di google adalah amalan aku. Banyak jugak idea DIY kad ucapan yang aku jumpa... Termasuklah yang berbentuk craft. Antara contoh DIY kad yang aku berkenan adalah seperti berikut:-

Sumber gambar kad ucapan adalah daripada google image

Just idea je... Nanti sendiri buat kenalah dekorasi yang berlainan. Hehe... Sambil search DIY kad ucapan... Sambil tu jugak layan ABPBH 29. Sempat jugak taip keputusan penuh ABPBH kali ni. Antaranya, ialah:-

Artis baharu wanita popular - Mira Filzah
Artis baharu lelaki popular - Sufi
Penyanyi wanita popular - Adira
Penyanyi lelaki popular - Aizat
Penyampai radio popular - Dj Lin
Artis versatil popular - Ifa Raziah
Artis kolaborasi popular - Wings
Artis komedi popular - Abam
Pengacara tv popular - Neelofa
Artis trending popular (online) - Ayda Jebat
Pelakon tv wanita popular - Emma Maembong
Pelakon tv lelaki popular - Sharnaaz Ahmad
Anugerah pencapaian sepanjang hayat - Fauziah Ahmad Daud
Pelakon filem wanita popular - Nur Fathia
Pelakon filem lelaki popular - Sharnaaz Ahmad
Bintang Paling Popular - Neelofa

Tapi kan... Walaupun ada 4 hos, ABPBH 2016 kali ni pada aku still hambar... Nasib baik ada penyanyi otai... Liza Hanim pun ada. Masih hebat suara Liza Hanim ooo...

Tahniah buat team Adenan | atas kemenangan 72 kerusi untuk Barisan Nasional, 3 untuk PKR dan 7 kerusi untuk DAP. Bagi kawasan N.37, Dat...


Tahniah buat team Adenan | atas kemenangan 72 kerusi untuk Barisan Nasional, 3 untuk PKR dan 7 kerusi untuk DAP. Bagi kawasan N.37, Datuk Seri Douglas Unggah telah memenangi kerusi BN dan menang mejoriti mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat PKR, Noel Changgai Bucking.

Sumber gambar parti BN adalah daripada laman seperti yang tertera di dalam gambar di atas

Huhu... Last keputusan PRU yang ditunggu semalam adalah dari Marudi. Pagi ni baru tahu keputusannya... Mengantuk sangat dah semalam. Hanya sempat tengok tok Nan angkat sumpah je semalam. Tilawah Al-quran pun skip... Padahal dah beberapa malam dah mengikuti perkembangan tilawah Al-quran. Tak tengok lagi keputusan tilawah semalam. Ada yang kata johan qari dimenangi oleh Malaysia. Betul ke tidak. Nanti nak tengok balik videonya.

Hakikatnya, untuk PRU ni dah dijangka BN menang banyak kerusi. Why? Rakyat ingin melihat adakah manifesto 5 tahun akan datang dikotakan. If tidak... Next PRU lain pulak jadinya... Tau jelah masyarakat sekarang. Semuanya inginkan kemudahan dan keselesaan hidup... Sudahnya pemimpin yang kena pening kepala untuk fikirkan masalah rakyat.

Apa-apa pun tahniah buat BN.

Mata Hati Ibu Skrin tv9 | merupakan telefilem istimewa bersempena hari ibu lakonan pelakon berpengalaman Norlia Ghani bergandingan denga...


Mata Hati Ibu Skrin tv9 | merupakan telefilem istimewa bersempena hari ibu lakonan pelakon berpengalaman Norlia Ghani bergandingan dengan Mustaqim Bahadon dan Riz Amin menerusi slot Skrin Di 9 pada 9 Mei (Isnin) ini, jam 8.30 malam. Telemovie Terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Khir Rahman, skrip pula oleh Wahida Rosdi turut dibantu oleh barisan pelakon seperti Shajiry, Abby Nour dan Acap (BMB).

Sumber gambar dan info adalah berdasarkan info yang terdapat pada laman  seperti yang tertera pada gambar para pelakon Mata Hati Ibu

SINOPSIS MATA HATI IBU TV9
Mata Hati Ibu berkisarkan mengenai Embun (Norlia Ghani), yang ditakdirkan buta keturunan semasa usianya 40 tahun. Suami Embun, Salim telah meninggalkan Embun bersama anaknya Aris (Mustaqim Bahadon) dan Rizal (Riz Amin), anak angkat yang dibela sejak kecil lagi.

Salim tidak dapat menerima kenyataan Embun menjadi buta. Embun yang membesarkan Aris dan Rizal dalam keadaan matanya buta. Selepas Aris dan Rizal meningkat dewasa, Aris terus diburu oleh kata-kata ayahnya bahawa nasib Aris juga akan sama dengan nasib Embun, buta keturunan.

Aris takut dan dalam diam Aris mengumpul kekayaan untuk masa depannya dan masa depan Embun dengan cara haram tanpa pengetahuan Embun ataupun Rizal. Aris nekad membawa Embun tinggal bersama-samanya di Kuala Lumpur dan Rizal merasa tersisih kerana sedar dirinya cuma anak angkat yang menumpang kasih Embun.

Embun terus tinggal bersama Aris dan lama kelamaan Embun dapat merasakan Aris membuat pekerjaan yang salah namun Embun memendam rasa tersebut. Embun pulang semula ke kampung apabila ditinggalkan Aris keseorangan di rumah kerana Aris cedera dan diburu polis.

Aris mula insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan dengan bantuan Rizal, namun Aris diburu pula oleh konco-konco lamanya sehingga ke kampung. Demi keselamatan Embun dan Rizal, Aris terpaksa lakukan kerja terakhir yang diarahkan oleh ketua kumpulannya dengan membohongi Embun.

Aris tidak mahu Embun turut terlibat dengan kegiatan jahat atau diapa-apakan oleh konco-konconya. Demi menjaga hati Embun, Aris dan Rizal berpakat membohongi Embun namun dalam diam Embun tahu segala perbuatan yang telah dilakukan oleh Aris.

Hati seorang ibu itu seringkali benar dengan perasaannya meskipun dia buta. Embun hanya mampu berdoa untuk Aris dan mengharapkan agar Aris sedar atas dosa-dosa yang telah dilakukannya.

Apakah kesudahan nasib Aris? Sama-sama saksikannya dalam telefilem Mata Hati Ibu yang menyentuh hati Isnin ini di TV9. Insya Allah... Jika ada masa, bolehlah tengok.

Happy weekend semua :)

Mengundi di DUN N.37 Bukit Saban | Alhamdulillah, selepas makan tengahari kami bergerak ke tempat mengundi iaitu di Sekolah Menengah Keb...


Mengundi di DUN N.37 Bukit Saban | Alhamdulillah, selepas makan tengahari kami bergerak ke tempat mengundi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh. Nasib kami baik... Waktu kami sampai orang tak ramai. So, tak sampai 15 minit aku, abang, emak dan adik selesai menunaikan kewajipan mengundi. Manakala ayah pulak... Seawal jam 9 pagi dah pergi. Semangat punya pasal. Encik suami pulak... Balik dari mengajar semalam terus pecut balik ke Kuching. Dia still mengundi di DUN Muara Tuang. Maybe next PRU kot dia akan tukar tempat mengundi. Insya Allah, petang ni dia balik semula kepangkuan kami anak beranak. Hehe...


Bagi PRU Ke-11 ni, DUN N.37 Bukit Saban menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional BN, Datuk Seri Douglas Unggah Embas dengan calon Parti Keadilan Rakyat PKR, Noel Changgai Bucking. Rasa-rasa siapa yang bakal menang?

Huhu... Seperti dapat dijangka dah kemenangan itu milik siapa. Siapa dekat di hati rakyat pasti akan menang. Apa-apa pun kenalah tunggu keputusannya malam nanti.

Guna Petronas Syntium untuk Alza | Dapat premium free gift set bowl & Spoon yang 12 pieces . Alhamdulillah... Last two weeks , e...


Guna Petronas Syntium untuk Alza | Dapat premium free gift set bowl & Spoon yang 12 pieces. Alhamdulillah... Last two weeks, encik suami tukar minyak hitam di port biasa dia. Seperti kebiasaan, petronas syntium jenama pilihan dari dulu sampailah sekarang. Banyak jugak free gift yang kami kumpul... Payung, tuala, baju, botol air... Sehinggalah terbaru dapat mangkuk untuk sup. Paling banyak dapat bekas air. Sampaikan... Adik-beradik mintak sorang satu. Encik suami mana pernah ketinggalan service kereta... Minyak hitam kena tukar ikut jadual katanya. Aku yang zero knowledge tentang kereta... Mengiakan sahaja apa katanya.


Walaupun begitu, sejak kereta adik problem tak boleh nak start haritu... Aku pun siap google untuk cari cara nak selesaikannya. So, walaupun kata zero knowledge pasal kereta... Zaman dah canggih... Kenalah tambah ilmu di dada... Nak-nak sekarang... Maklumat di hujung jari... Kenalah klik dengan bijak. Ada jugak search pasal minyak hitam. Alang-alang dah search mengenainya... Nak jugak share di blog sendiri... Nanti boleh rujuk lagi.

Berdasarkan laman bengkelautomatif, kenapa minyak hitam perlu ditukar?Ini jawapannya... Di mana, Minyak enjin mempunyai kelikatan masing-masing mengikut gred yang mana tugas minyak ini adalah sebagai pelincir bagi komponen yang bergerak dalam sesebuah enjin seperti piston, crankshaft, connecting rod, camshaft dan lain-lain. Apabila enjin dihidupkan maka minyak enjin akan turut mengalir sebagai pelinciran di antara komponen dalaman enjin. Semakin lama enjin berpusing atau kereta bergerak jauh maka tahap kelikatan minyak enjin akan menurun. Ini kerana pelinciran minyak mengalir di antara komponen akan berkeadaan panas dan dalam kata lain ia terbakar serta mengubah sifat dari likat kepada kurang likat dan warnanya minyak juga berubah dari kuning ke hitam.

Jika minyak enjin terus digunakan tanpa diganti baru selepas perjalanan kereta 5,000KM maka kelikatan minyak ke tahap menurun dan semakin lama ia menjadi tidak likat langsung. Jika minyak tidak lagi likat maka ia boleh mengakibatkan kerosakan ke atas komponen enjin seperti berlaku kehausan yang teruk dan enjin menjadi cepat panas semasa beroperasi. Kehausan komponen yang paling ketara ialah kerosakan terhadap piston ring menjadi haus, kesannya enjin mengeluarkan asap putih yang banyak dan minyak enjin cepat kurang kerana minyak enjin telah naik melalui piston ring yang haus ke dalam ruang pembakaran enjin serta ia turut terbakar semasa lejang kuasa dan asap ekzos yang keluar juga menjadi putih berkepul-kepul dan berbau minyak enjin terbakar.

So, pendek kata... Minyak hitam kenalah ditukar mengikut jadual agar kereta tahan lama. Bak kata encik suami. Kereta kalau dijaga dengan elok... Insya Allah, boleh berbakti lebih lama. Sebelum ni aku ingatkan nak tukar minyak hitam boleh suka hati... Kalau nak boleh tukar... Kalau tak, boleh delay. Rupanya kena ikut jadual. That why, tiap kali tukar minyak... Tauke kedai akan tukar sticker berapa km perjalanan, minyak perlu tukar. Selalunya sticker tersebut dilekat di cermin belah dalam kereta. Senang... Pemandu boleh sentiasa tengok dan ingat. Tu baru pasal minyak... Belum lagi komponen lain seperti enjin dan ekzos.

Lain masa... Lain siaran, Insya Allah ada masa dan keperluan... Akan aku sambung cerita bab kereta lagi yer...

Drama Seindah Takdir Cinta | Terbaru akan datang di Slot Akasia terbitan Zeel Production. Drama ini bakal bersiaran pada 25 Mei 2016, s...


Drama Seindah Takdir Cinta | Terbaru akan datang di Slot Akasia terbitan Zeel Production. Drama ini bakal bersiaran pada 25 Mei 2016, selepas drama Duda Terlajak Laris.

Sumber gambar drama seindah takdir cinta adalah daripada laman seperti yang tertera pada gambar

Drama adaptasi novel karya Kamsiah Abu ini akan bersiaran selama 28 episod dan diarahkan oleh Zul Huzaimy.

Pelakon Dalam Seindah Takdir Cinta
Antara para pelakon yang membintangi drama seindah takdir cinta adalah seperti Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Redza Rosli, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Lagu Tema OST Seindah Takdir Cinta
Berdasarkan info dari laman kepalabergetar2u, Lagu Terbaik Bagimu oleh Siti Nurhaliza dipilih menjadi lagu tema OST bagi drama seindah takdir cinta.

Sinopsis Novel Seindah Takdir Cinta
Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

Jangan lupa saksikan drama Seindah Takdir Cinta ini setiap hari Isnin hingga Khamis di Slot Akasia, Saluran 103, TV3. Baca sinopsis, macam menarik kan? Menarik atau tidak setelah diadaptasi... Semuanya bergantung kepada para pelakonan yang membawakan watak. Selalunya... Kalau pelakon yang terkenal... Dramanya pasti tidak mengecewakan.

Tapi... Untuk slot akasia, aku jarang tengok sepenuhnya. Ada saja keperluan yang nak kena buat. Huhu... Tapi kalau ceritanya menarik, terlayan jugak aku. Tengoklah nanti bagaimana... Menarik ke tidak seindah takdir cinta.

Akhir sekali, pada yang nak baca online novel seindah takdir cinta, di sini aku sertakan link di mana kita boleh baca bab 1, bab 2, bab 3, bab 4 dan seterusnya sehinggalah bab 28 seindah takdir cinta... Iaitu hanya di

ILHAM KARANGKRAF

Dapat bateri handphone baru | Alhamdulillah, dapat gaji bulan April... Hubby terus belikan aku bateri handphone samsung note 1 yang b...


Dapat bateri handphone baru | Alhamdulillah, dapat gaji bulan April... Hubby terus belikan aku bateri handphone samsung note 1 yang baru... Dengan harga RM59.90. Tapi... Selepas penawaran dengan tauke kedai, dapatlah dengan harga RM40. Seperti pernah aku katakan di entri sebelum ni DI SINI, dah 3 tahun bateri tak bertukar... Jadinya, tetiba buat hal... Nak atau tidak kenalah tukar.


Before guna, tauke kedai siap bagitau lagi... Kena charge 8 jam dulu... Baru bateri yang baru boleh guna. Kemudian, nak jaga bateri supaya tahan lama... Hubby jugak sempat tanya sama itu apek jual bateri. Hehe...

Menurut tauke kedai... Kenapa bateri cepat kembung? Salah satu sebabnya... Selalu sangat overcharged. So far, 3 tahun penggunaan rasanya tak pernahlah overcharged. Tapi... Sejak aktif berblog... Menggunakan handphone, aku sering charge handphone tak penuh... Terus guna. Then, bila dah bateri tinggal 12% aku terus charge... Sampai tak tunggu pun handphone betul-betul habis bateri. Bukan tu je... Bila sindrom rajin datang... Sambil charge pun sempat jugak update blog. Sungguh bahaya... Bukan bahaya je... Tabiat sebegitu jugak menyebabkan bateri handphone cepat rosak... Tapi, sejak kebelakangan ni je aku sering charge sambil update.

Bila dah dengar berita di tv tentang ada yang meninggal dek kerana menggunakan handphone sambil charging. Aku terus taubat. Huhu... Seriau pulak aku dengar.

Sifat meniru teserlah | sesuai dengan umur dan perkembangannya sekarang. Apa saja yang kita lakukan... Dia pun nak tiru. Fasa yang amat ...


Sifat meniru teserlah | sesuai dengan umur dan perkembangannya sekarang. Apa saja yang kita lakukan... Dia pun nak tiru. Fasa yang amat sesuai untuk diajar sesuatu ilmu yang baru. Namun, tidaklah ilmu yang berunsur berat.


Setiap petang, bila encik suami ajak jalan-jalan ambik angin petang. Bila melihat aku menggayakan tudung. Nur Ain pasti mintak dipakaikan tudung jugak. Walaupun pada usia setahun 4 bulan bukanlah suatu umur yang wajib untuk bertudung... Namun, aku turuti kehendak Nur Ain.

Yelah... Kekadang ada masyarakat yang memandang sinis bila mana melihat budak setahun lebih bertudung... Dah kata... Kalau yer pun nak ajar anak bertudung... tunggulah dah sekolah... Budak kecik tu... Kan panas. Si ibu pulak dipersalahkan. Kecaman yang aku sendiri pernah dengar. Huhu...

Pada aku... Nak didik anak biarlah seawal yang mungkin. Bukan aku paksa pun Nur Ain untuk bertudung. Tapi dia sendiri yang nak. Padahal... Tak sampai sejam pun dia pakai dah bukak. At least dia cuba untuk pakai. Aku percaya... Kalau dah setiap hari dia cuba untuk pakai... Tak mustahil satu hari nanti dah terbiasa. So, tak perlulah nak sound selalu untuk bertudung kan... Biarlah anak lakukan apa yang ingin mereka lakukan. Berikan kebebasan pada mereka. Tapi... Kebebasan perlulah ada pemantauan.

Sekian kisah Nur Ain yang suka sangat nak bertudung. Semoga Nur Ain menjadi anak yang solehah buat ayah dan mak. Aamiin...