Mochi rupanya | Begitulah cerita orang jakun. Pertama kali makan kuih yang aku rasa pelik tapi sedap. Al-maklumlah, seperti yang pernah...

Mochi Rupanya

/
1 Comments

Mochi rupanya | Begitulah cerita orang jakun. Pertama kali makan kuih yang aku rasa pelik tapi sedap. Al-maklumlah, seperti yang pernah aku war-warkan sebelum ni... Memang jarang membeli makanan di luar. So, itu adalah antara salah satu keburukannya. Huhu...

Sumber gambar mochi daripada google image

Apa itu Mochi?. Actually Mochi adalah sejenis onde-onde orang Jepun yang diperbuat daripada tepung pulut. Nak dijadikan cerita. Last weeks, encik suami balik kerja singgahlah di kedai bakery. Ternampak mochi berinti peanut, teruslah membeli. 6 biji sebesar syiling RM0.50 dijual dengan harga RM4.80. Mula-mula tengok, macam tak sedap. Sekali makan... Terus nak lagi.

Tak puas dengan itu aku siap google mencari resepi. Tak jumpa. Mana nak jumpa kalau guna keywords... Kuih macam kuaci, tapi bukan kuaci. Haha...

Tapi rezeki aku... Ada jugak member fb share resepi. Apalagi... Aku terus copy paste resepinya laju-laju. Nanti ada ruang dan waktu... Nak jugak mencuba.

InsyaAllah kalau percubaannya menjadi... Akan aku kongsikan di sini.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. owhhh mochi namanya muni pun tak pernah makan fiza oii.hehehe

    ReplyDelete