Genap setahun 4 bulan | ataupun 16 bulan. Alhamdulillah... Harini 19 April, umur Nur Ain Haziqah puteri kedua kami genap 16 bulan. Baga...

Genap Setahun 4 Bulan

/
0 Comments

Genap setahun 4 bulan | ataupun 16 bulan. Alhamdulillah... Harini 19 April, umur Nur Ain Haziqah puteri kedua kami genap 16 bulan. Bagaikan mimpi, melihat begitu pantas masa berlalu sehinggakan seperti tak percaya Nur Ain dah pun boleh berjalan.


Kini, Nur Ain dalam proses belajar bercakap. Banyak perkataan yang dia boleh sebut dengan betul tanpa pelat mahupun sebutan di hujung perkataan. Nampak seperti Nur Ain boleh bercakap seawal usianya setahun 4 bulan. Mula menyambung dua patah perkataan juga kebolehan terbaru yang Nur Ain capai. Sebagai contoh, mana ayah Nur Ain? Pasti dia akan jawab ayah kerja.

Memandangkan Nur Ain dah banyak memahami apa yang kita cakap. Tahu situasi kencing atau berak macam mana. Aku mula mengajarnya untuk cerai diapers ataupun lampin. Untuk permulaan, masih menggunakan pampers. Namun, setiap 15 minit pertama... Aku akan menanyakan. Ain berak ke tak... Kencing ke tak. Untuk lebih mudah... Berak aku bahasakan ek...ek. Kalau kencing pulak kemeh. Jangan harap anak terus pandai ok. Macam Ain sekarang... Dia dah boleh bagitau dah... Bila berak. Tapi tula... Dah berak, baru bagitau... Ek... Ek... Mak Cuci. Part kencing... Masih lagi bermasalah. Tapi no hal. Perlahan-lahan... Nanti bolehlah tu kan. Dah biasa nanti... Lama-lama pasti berjaya. Usaha tangga kejayaan... Hehe...

Namun begitu, bukan mudah sebenarnya nak ajar anak free diapers mahupun potty training. Semuanya kena bersabar. Jangan paksa anak... Kalau tak nanti dorang memberontak. Kang susah pulak nak latih.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: