Baju raya 2016 | entri terbaru dari aku. Alhamdulillah... Tema baju raya 2016 kami dah ada. Dah beli dah pun... Cuma baju encik suami je...

Baju Raya 2016

/
0 Comments

Baju raya 2016 | entri terbaru dari aku. Alhamdulillah... Tema baju raya 2016 kami dah ada. Dah beli dah pun... Cuma baju encik suami jelah yang belum. Kami yang perempuan aku dah belikan. Tema raya ni kain songket untuk kain dan kain kosong untuk baju. Tapi tak start buat lagi. Ingat nak try buat sendiri raya ni... Setakat nak jahit baju sendiri dan anak-anak insyaAllah boleh. Tapi tak plan lagi nak buat stail baju apa.

Sumber gambar trend baju batwing atau kelawar adalah daripada fb

Ada jugak usha fb dan image google stail terbaru baju raya kanak-kanak untuk tahun 2016. Semalam adik tag aku contoh baju raya untuk kanak-kanak yang tengah hot trending sekarang di fb. Trend batwing a.k.a baju kelawar. Siap tag bagi gambar lagi... Bagaimana nak gunting dan jahit baju kelawar.

Mesti comel budak pakaikan. Di kepala dah terbayang dah pun kalau Alia dan Ain pakai. Haha... Memandangkan baju tersebut menjadi viral sekarang ni. Insya Allah nak jugak buat sorang satu untuk Alia dan Ain. Hehe... Baju aku pulak... Buat baju kurung je kot. Dah tua-tua nak pakai stail batwing... Rasanya macam tak sesuai, nak-nak aku jenis yang tak suka sangat dengan kepelbagaian stail...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: