Ayam tiga rasa | Menu utama bento encik suami semalam. Alhamdulillah, puas hati dapat sediakan bekal untuk encik suami... Sebab, encik ...

Ayam Tiga Rasa

/
0 Comments

Ayam tiga rasa | Menu utama bento encik suami semalam. Alhamdulillah, puas hati dapat sediakan bekal untuk encik suami... Sebab, encik suami awal-awal dah bagitau yang semalam dia balik lewat... Disebabkan ada kerja nak buat. Jadinya kenalah sediakan menu berat untuk dibawak ke sekolah.

Biasalah aku, suka benau buat resepi sendiri... Tapi yang pasti tak pernah mengecewakan. Kalau tak mana mungkin 2 drumstick licin hubby makan. Tu tandanya sedaplah tu kot. Haha...

Nak buat ayam tiga rasa gaya aku amatlah mudah. Pertama, Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-


Ayam + bawang merah + bawang putih + halia + bawang besar + cili ikut kepedasan yang diingini + kicap Adabi + Sos cili + sedikit gula + Minyak untuk menumis

Nak membuatnya pulak, pertama... Ayam kenalah digoreng terlebih dahulu. Lepas tu... Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili. Kemudian tumiskan sehingga naik bau. Masukkan sos, kicap dan sedikit gula. Untuk kelihatan menarik potong bawang besar sebagai hiasan

Tapi... Tetap jugak berterabur hiasannya dalam bekas. Haha... Takpelah haihh... Janji sedap.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: