Aktiviti hujung minggu Alia | Rasanya dah lama tak bercerita pasal Alia. Bukan tak nak, cuma kekadang takde idea nak taip. Semalam punya...

Aktiviti Hujung Minggu Alia

/
2 Comments

Aktiviti hujung minggu Alia | Rasanya dah lama tak bercerita pasal Alia. Bukan tak nak, cuma kekadang takde idea nak taip. Semalam punya kisah. Dah lama buku latihan menulis abjad tersadai di atas rak buku. Buku tersebut aku beli di kedai 100%, Debak dengan harga yang cukup murah... Hanya RM1.80 je. Sekali-sekala beli apa salahnya kan untuk tarik minat anak-anak agar dia teruja. Walaupun hakikatnya boleh download dari internet dan print je kan.


Budak umur tigaempat tahun mana fokus bab-bab belajar. Kalau fokus pun... Setengah jam pertama je. Kemudian, jam seterusnya banyak masa dia habiskan ikut suka hati dia je. Jadi, nak ajar pun ikut mood dorang baru boleh. Tapi, setakat ni Alia ok je bab-bab nak belajar... Cuma aku je banyak sangat kekangan. Walaupun begitu, kena jugak ambik masa ajar dia walaupun sekejap. Sekurang-kurangnya ada jugak bekalan Alia bila dah mula bersekolah nanti.

Ajar menulis abjad pun... Cuma sekadar untuk melatih jari-jemari Alia untuk menulis. Taklah nanti, masuk sekolah tahun depan masih kekok nak menulis. Sekurang-kurangnya meringankan beban cikgu untuk mengajar dia menulis. Insya Allah, aku percaya... Belakang pisau pun, kalau selalu diasah... Pasti tajam. Inikan budak... Otak tengah berkembang kan.



ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. betul fiza yg penting ajar anak pegang pensil dengan betul.nama pun budam bukan boleh fokus..janji dia nak belajar..muni pun suka belikan buku camni.Afia tak mula lagi dengan garis dot2 ni..br dok biasakan dia mengaler conteng2

    ReplyDelete
  2. Sama ngan Delisha.. sebelom masuk sekolah, Zura ajar dia biasakan pegang pensel. dah masuk sekolah nampak dia selesa nak menulis.

    ReplyDelete