Sinopsis Ahli Mesyuarat Tingkap, Slot Iris Terbaru | Based on info yang aku baca dari laman Infotaip, ia merupakan sebuah drama komedi dan dikatakan mula disiarkan pada 22 Mac 2016. Adakah ia drama yang akan menggantikan anak ke-5 yang sedang ditayangkan sekarang ni?. Selain itu... Drama tersebut juga menampilkan gandingan tiga pelakon popular iaitu Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Al Hadad sebagai watak utama. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Azrel Ismail, Mia Ahmad, Lufya Omar, Idris Khan dan ramai lagi.

WATAK PELAKON DALAM AHLI MESYUARAT TINGKAP
Rita Rudaini sebagai Zai
Izreen Azminda sebagai Ju
Sherry Alhadad sebagai Ira
Azrel Ismail sebagai Azmel
Kuna Muzani sebagai Datin Bobo

SINOPSIS AHLI MESYUARAT TINGKAP
Based on sumber, drama Ahli mesyuarat tingkap mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang sering berkumpul dan berjumpa di kafe milik Datin Bobo (Kuna) jika terdapat sebarang masalah yang ingin dibincangkan.

Pertemuan mereka itu sering menarik perhatian orang sekeliling ekoran aksi mereka yang dianggap keterlaluan walaupun membabitkan masalah kecil. Ia sesuai dengan ‘tagline’ mereka, ‘tak ‘over’ tak sah’.

Pada masa sama, Ju dan Ira menaruh hati terhadap anak teruna Datin Bobo iaitu Azmel (Azrel Ismail). Kedua-dua mereka saling berahsia perkara itu sehingga masing-masing memasang misi untuk menambat hati Azmel.

GAMBAR PELAKON DALAM AHLI MESYUARAT TINGKAP


Sumber : myinfotaip.com