Novel Akadku Yang Terakhir bakal diadaptasi dalam drama | akan datang, tu based on info yang aku dapat daripada facebook Drama/Filem Ad...

Novel Akadku Yang Terakhir Bakal Diadaptasi Dalam Drama Akan Datang

/
0 Comments

Novel Akadku Yang Terakhir bakal diadaptasi dalam drama | akan datang, tu based on info yang aku dapat daripada facebook Drama/Filem Adaptasi Novel semalam. Adakah "Akadku Yang Terakhir" menjadi pengganti kepada drama uda dan dara?. Tu sekadar ramalan aku je based on clue di facebook, di mana drama tersebut akan ditayangkan di Astro Prima.

Sumber daripada FB

PELAKON DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR KARYA ACIK LANA
Berdasarkan sumber fb jugak, antara para pelakon yang bakal membintangi akadku yang terakhir adalah Tiz Zaqyah dan Amar Baharin. Based on reviews para pembaca novel akadku yang terakhir pulak... Rata-rata mereka mengatakan ia sangat menarik. Tapi, sejauh mana tarikannya setelah diadaptasi ke dalam drama. Kenalah tunggu masa tayangannya nanti.

SINOPSIS AKADKU YANG TERAKHIR
Berdasarkan info di kakinovel, novel akadku yang terakhir mengisahkan tentang tugas sebagai seorang pakar psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania! Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa? "kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, betapa agung dan tulus kasih sayangmu, kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku...."



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: