Drama Terbaru Jasmine slot Zehra TV3 | Dengan tagline " Mampukah hatinya bercinta kembali? ", 'Jasmine' drama yang menemui penonton pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di slot Zehra TV3... bermula malam ni dengan episod 1. Not badlah ceritanya... Dan, Antara pelakon yang menjayakan, Aqasha, Nelydia Senrose, Gambit Saifullah, Puteri Aisyah dan Shakilla Khoriri.

Sumber gambar drama Jasmine adalah daripada google image

Lagu Tema/OST/Latar Jasmine TV3
Sejati - Faizal Tahir

Sinopsis Jasmine TV3
Jasmine dan Ryan adalah sepasang kekasih. Tina pula mempunyai perasaan kepada Ryan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat mereka berpisah.

Segalanya telah berubah apabila Jasmine mengandung dan Ryan enggan bertanggungjawab. Lagi malang, Ryan menyuruh Jasmine untuk menggugurkan kandungannya. Jasmine kecewa dan membawa diri ke Australia dan nekad untuk membesarkan bayinya di sana.

Tina mengambil peluang ini untuk rapat dengan Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan telah sedar dan berjanji untuk berubah menjadi lelaki yang baik kepada Jasmine.

Pada masa yang sama, Jasmine bertemu Khalif dan jatuh cinta. Siapakah yang akan Jasmine pilih pada akhirnya?

Sumber : Myinfotaip.com