Anugerah dendam yang terindah di Astro Ria | drama yang bakal bersiaran di Astro Ria, 12 Mac 2016 nanti jam 10 malam. Based on survey yang aku buat di google, ternyata ia pernah ditayangkan iaitu tanggal 25 Julai 2013 di Astro First 480. Siapa yang melanggan Astro First tu... Mesti dah pernah tengok right. Macam aku... Even ceritanya dah lama, seriously... Tak tengok lagi.

Sumber gambar anugerah dendam yang terindah adalah daripada google image

Semalam tengok promo di tv. Rata-rata yang berlakon dalam anugerah dendam yang terindah adalah pelakon dalam telemovie Adam & Hawa... Drama yang pernah trending suatu ketika dulu. Biasalah aku, kalau tak search di google... Memang tak tau. Ingatkan sambungan cerita Adam & Hawa 2... Rupanya... Bukan. Tapi ada jugak yang kata novel dekatnya cinta adalah kesinambungan kepada drama Adam dan Hawa 1. Kalaulah nanti novel dekatnya cinta diadaptasi ke dalam drama akan datang. Tak Sabar nak tengok Adam dan Hawa ada baby. Tak silap dalam novel dekatnya cinta... Baby dorang girl bernama Arissa. Haha... Sampai ke situ pulak cerita aku. Padahal... Ceritanya pasal anugerah dendam yang terindah je pun kan.

Ok! Insya Allah, kalau berpeluang nanti nak jugak tengok. Tak silap anugerah dendam terindah bersiaran selama 2 jam. Huhu...

SINOPSIS ANUGERAH DENDAM TERINDAH ASTRO RIA
Based on apa yang aku google, drama anugerah dendam terindah mengisahkan pasangan kekasih yang bercinta sejak zaman sekolah. Mereka berjanji untuk berkahwin. Azman(Aaron) terkilan bila ibunya banyak beri perhatian kepada adiknya Aril(Amar Baharin).Azman membawa diri ke Australia setelah kekasihnya ditunangkan kepada adiknya Aril.

Suatu hari, Izatul yang hamil,datang mencari Azman supaya menjenguk ibunya yang sakit lumpuh.Satu demi satu rahsia terbongkar? Kenapa Izatul berkahwin dengan Aril? Ada yang kata... Aril merogol Izatul. Betul ke? Hurmmm... Kalau ada masa boleh tengok weekend nanti ^_<.