Back to Top

30 March 2016

Drama Terbaru Jasmine Slot Zehra TV3

11:06:00 PM 1 Comments

Drama Terbaru Jasmine slot Zehra TV3 | Dengan tagline " Mampukah hatinya bercinta kembali? ", 'Jasmine' drama yang menemui penonton pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di slot Zehra TV3... bermula malam ni dengan episod 1. Not badlah ceritanya... Dan, Antara pelakon yang menjayakan, Aqasha, Nelydia Senrose, Gambit Saifullah, Puteri Aisyah dan Shakilla Khoriri.

Sumber gambar drama Jasmine adalah daripada google image

Lagu Tema/OST/Latar Jasmine TV3
Sejati - Faizal Tahir

Sinopsis Jasmine TV3
Jasmine dan Ryan adalah sepasang kekasih. Tina pula mempunyai perasaan kepada Ryan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat mereka berpisah.

Segalanya telah berubah apabila Jasmine mengandung dan Ryan enggan bertanggungjawab. Lagi malang, Ryan menyuruh Jasmine untuk menggugurkan kandungannya. Jasmine kecewa dan membawa diri ke Australia dan nekad untuk membesarkan bayinya di sana.

Tina mengambil peluang ini untuk rapat dengan Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan telah sedar dan berjanji untuk berubah menjadi lelaki yang baik kepada Jasmine.

Pada masa yang sama, Jasmine bertemu Khalif dan jatuh cinta. Siapakah yang akan Jasmine pilih pada akhirnya?

Sumber : Myinfotaip.com

28 March 2016

Drama Terbaru Suami Tanpa Cinta

6:45:00 AM 0 Comments

Drama Terbaru Suami Tanpa Cinta | akan menggantikan drama bersiri Aku Bukan Bimbo semestinya di Astro Ria. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Berdasarkan promo di tv... episod 1 Suami tanpa cinta akan mula ditayangkan pada 4 April 2016. Mean, this week adalah minggu akhir untuk drama Aku Bukan Bimbo. Pelakon utama adalah Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman (Aid), Heroin pulak ialah Janna Nick sebagai Ain Syifa, Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand dan Afzan A.Rahman. Selain itu, berdasarkan info di laman kepalabergetar2u... Suami tanpa cinta mempunyai 16 episod. So ia akan bersiaran selama sebulan.


LAGU TEMA/OST SUAMI TANPA CINTA
Mungkin Saja - Janna Nick
Lagu/Lirik: Kuncidemak

SINOPSIS SUAMI TANPA CINTA
Dramai ini mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?

26 March 2016

Taufu Fa Paling Mudah

3:30:00 PM 0 Comments

Taufu Fa Paling mudah | aku rasa, sebabnya bahan just 2 kotak air soya. Aku guna jenama yeo's. Sebungkus agar-agar tali dan satu mug air. Dan untuk manisan kat atas aku guna 'gula apong'. Kalau di semenanjung rasanya disebut gula melaka. Tak silap aku tengok resepi di fb. Tetiba rasa ingin mencuba. Al-maklumlah, tak pernah merasa... Sedap ke tidak kenalah try buat. Dapatlah 15 bekas.



Nak membuatnya amatlah mudah. First step kena masakkan agar-agar tali dulu dengan 1 mug air. Then, masukkan soya. Dah nampak pekat. Tapiskan dan masukkan ke dalam bekas. Dah sejuk, masukkan pulak gula apong. Okla rasanya bila dimakan sejuk-sejuk. Bagi yang first time makan macam aku memang tak maju sangat... Tapi macam adik bongsu aku... Sampai 6 bekas dia habiskan. Dia kata... Macam ala-ala 'kuih takir'. Pulak dah... Haha...

Apa-apa pun, puas hati sebab percubaan pertama membuat taufu fa menjadi. Hehe... Lepas ni, bolehlah repeat buat.

19 March 2016

Minggu Ke-8 Maharaja Lawak Mega 2016

12:12:00 AM 1 Comments

Minggu Ke-8 Maharaja Lawak Mega 2016 | dengan tema bebas. Alhamdulillah, berkesempatan jugak tengok di rumah mertua. Untuk minggu ke-8 MLM 2016, pada aku agak hambar... Hanya ejen bocey sebagai pemula dan LOL sebagai penamat saja yang menarik dan memang patut dapat 5 ha...

Sumber gambar MLM2016 daripada google image

Walaubagaimana pun, berikut adalah senarai ejen yang berjaya ke minggu yang ke-8, iaitu :-

Putih - Mamak & Ali
Enjen - Raja Azri, Acong & Yuss
Bora - Mamat, Yan & Isa
Rayza - Rayza Mukmin (solo)
SayWho - Vicha, Bocil & Agus
Joras - Shuk, Rahim & Joey
Lol - Angah, Tauke & Ajak
Bocey - Fad, Abam & Achey

Untuk minggu ke-8 MLM, pemenang man of the match ialah Mamat dari ejen bora. Then yang tersenarai three bottom adalah Ejen Rayza, Putih dan Enjen. Walaupun mereka adalah 3 ejen yang mendapat markah terendah. Namun, tiada penyingkiran untuk minggu yang ke-8 MLM.

Harap-harap next week punya performance... Lebih menyerlah.

12 March 2016

Minggu Ke-7 Maharaja Lawak Mega 2016

12:42:00 AM 0 Comments

Minggu Ke-7 Maharaja Lawak Mega 2016 | Semestinya peminat setia ejen Bocey tak mau ketinggalan. Malam ni special sikit. Siap beli burger telur lagi sorang satu dengan jiran depan rumah. Huhu...

Sumber gambar MLM 2016 adalah daripada google image

Minggu ke tujuh punya tema adalah muzikal dan 9 ejen yang bertanding untuk minggu ke-7 adalah seperti berikut:-

Putih - Mamak & Ali
Enjen - Raja Azri, Acong & Yuss
Bora - Mamat, Yan & Isa
Cham - Along & Azrul
Rayza - Rayza Mukmin (solo)
SayWho - Vicha, Bocil & Agus
Joras - Shuk, Rahim & Joey
Lol - Angah, Tauke & Ajak
Bocey - Fad, Abam & Achey

Then, ejen yang tersenarai dalam bottom three adalah ejen Enjen, Cham dan Putih. Manakala untuk man of the match MLM2016 Minggu ke-7 pulak disandang oleh Isa dari ejen Bora. Akhir sekali, ejen yang tersingkir untuk minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega MLM 2016 adalah ejen Cham. Dah jangka dah pun...

For this week, takde yang lawak sangat kecuali ejen Joraz. Pembukaan persembahan yang sangat happening... Nak-nak watak Joe dan Rahim. Subhanallah... Nakal sungguh lawak dorang. Sabar jelah. Even aku minat Bocey... Tapi, untuk minggu ni... Group Joraz memang terbaik. Enjoy habis.

11 March 2016

Sinopsis Cerekarama Lamar TV3

8:41:00 PM 0 Comments

Sinopsis Cerekarama Lamar TV3 | Semalam tengok promo cerekarama terbaru selepas Anak ibu buangan ibu. Still drama bersempena DFKL. Telemovie terbaru lamar... Actually, based on promo adalah sebuah cerita lakonan Shukri Yahaya dan Nadia Brian yang mengisahkan tentang Fara iaitu pengurus di lamar.com, sebuah agensi yang membantu orang untuk melamar atau meluahkan rasa cinta bagi mereka yang sukar untuk meluahkan perasaan. Apakah yang berlaku? Adakah lamar.com wujud disebabkan Fara juga antara mereka yang sedang mencari jodoh. Hurmm... Tu berdasarkan info yang aku baca dari laman kepalabergetar2u. Then, selain Shukri Yahaya dan Nadia Brian, terdapat pelakon lain seperti Ika Nabella, Raja Ema, Mustaqim dan Nizam Ijam yang turut mewarnai jalan cerita lamar. Lastly, lagu tema untuk lamar pula adalah berjudul boleh belah... Nyanyian Nana Sheme.

Sumber gambar cerekarama Lamar adalah daripada laman kepalabergetar2u

Menarik atau tak cerekarama Lamat? Kenalah saksikan sendiri nanti pada Sabtu, 12 Mac 2016, jam 9 malam dan semestinya di tv3. Selamat berhujung minggu yer :)

09 March 2016

Anugerah Dendam Yang Terindah Astro Ria

2:12:00 PM 0 Comments

Anugerah dendam yang terindah di Astro Ria | drama yang bakal bersiaran di Astro Ria, 12 Mac 2016 nanti jam 10 malam. Based on survey yang aku buat di google, ternyata ia pernah ditayangkan iaitu tanggal 25 Julai 2013 di Astro First 480. Siapa yang melanggan Astro First tu... Mesti dah pernah tengok right. Macam aku... Even ceritanya dah lama, seriously... Tak tengok lagi.

Sumber gambar anugerah dendam yang terindah adalah daripada google image

Semalam tengok promo di tv. Rata-rata yang berlakon dalam anugerah dendam yang terindah adalah pelakon dalam telemovie Adam & Hawa... Drama yang pernah trending suatu ketika dulu. Biasalah aku, kalau tak search di google... Memang tak tau. Ingatkan sambungan cerita Adam & Hawa 2... Rupanya... Bukan. Tapi ada jugak yang kata novel dekatnya cinta adalah kesinambungan kepada drama Adam dan Hawa 1. Kalaulah nanti novel dekatnya cinta diadaptasi ke dalam drama akan datang. Tak Sabar nak tengok Adam dan Hawa ada baby. Tak silap dalam novel dekatnya cinta... Baby dorang girl bernama Arissa. Haha... Sampai ke situ pulak cerita aku. Padahal... Ceritanya pasal anugerah dendam yang terindah je pun kan.

Ok! Insya Allah, kalau berpeluang nanti nak jugak tengok. Tak silap anugerah dendam terindah bersiaran selama 2 jam. Huhu...

SINOPSIS ANUGERAH DENDAM TERINDAH ASTRO RIA
Based on apa yang aku google, drama anugerah dendam terindah mengisahkan pasangan kekasih yang bercinta sejak zaman sekolah. Mereka berjanji untuk berkahwin. Azman(Aaron) terkilan bila ibunya banyak beri perhatian kepada adiknya Aril(Amar Baharin).Azman membawa diri ke Australia setelah kekasihnya ditunangkan kepada adiknya Aril.

Suatu hari, Izatul yang hamil,datang mencari Azman supaya menjenguk ibunya yang sakit lumpuh.Satu demi satu rahsia terbongkar? Kenapa Izatul berkahwin dengan Aril? Ada yang kata... Aril merogol Izatul. Betul ke? Hurmmm... Kalau ada masa boleh tengok weekend nanti ^_<.

05 March 2016

Minggu Ke-6 Maharaja Lawak Mega 2016

2:39:00 AM 1 Comments

Minggu Ke-6 Maharaja Lawak Mega 2016 | Tema minggu ni adalah majlis. Kebetulan esok kami ada majlis kenduri arwah mak long. So, ramailah family kat rumah. Serupa tengok wayang dah dengan lampu tertutup... gelak ketawa sesama, membuatkan Alia turut serta menonton MLM untuk minggu yang ke-6. Semestinya group Bocey mencuri perhatian dia. Biasalah, ejen favourate kami 3 beranak.

Sumber gambar Ejen Bos terkeluar minggu 6 MLM2016 adalah daripada google image

Ada group lawak dan ada jugak group yang lansung tak lawak. Ingatkan Cham terkeluar minggu ni bila tengok tersenarai dalam bottom three. Rupanya tidak. SayWho pun sama... Last week pun tersenarai dalam bottom 3. Alih-alih, ejen bos yang terdiri daripada Abu, Ajo dan Ezad Lazim pulak yang terkeluar pada minggu ke-6 MLM 2016.

Then, yang tak sangkanya pulak... This week ada 2 ejen yang dapat 5 HA dari juri iaitu Rayza (solo) dan ejen Enjen. Wajarkah? Hurmmmm...

Apa-apa pun, man of the match untuk minggu ke-6 telah pun bertukar tangan setelah dua minggu Abam Bocey memenanginya. So, untuk this week Rahim Joras pulak yang diberi Man of the Match.

Setelah ejen Bos terkeluar pada minggu ke-6 MLM 2016. Maka, tinggal lagi 9 ejen yang bakal berentap pada minggu ke-7 MLM 2016 next week. Berikut adalah senarai 9 ejen lawak Minggu 7 MLM2016:-

Putih - Mamak & Ali
Enjen - Raja Azri, Acong & Yuss
Bora - Mamat, Yan & Isa
Cham - Along & Azrul
Rayza - Rayza Mukmin (solo)
SayWho - Vicha, Bocil & Agus
Joras - Shuk, Rahim & Joey
Lol - Angah, Tauke & Ajak
Bocey - Fad, Abam & Achey

04 March 2016

Novel Akadku Yang Terakhir Bakal Diadaptasi Dalam Drama Akan Datang

8:03:00 AM 0 Comments

Novel Akadku Yang Terakhir bakal diadaptasi dalam drama | akan datang, tu based on info yang aku dapat daripada facebook Drama/Filem Adaptasi Novel semalam. Adakah "Akadku Yang Terakhir" menjadi pengganti kepada drama uda dan dara?. Tu sekadar ramalan aku je based on clue di facebook, di mana drama tersebut akan ditayangkan di Astro Prima.

Sumber daripada FB

PELAKON DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR KARYA ACIK LANA
Berdasarkan sumber fb jugak, antara para pelakon yang bakal membintangi akadku yang terakhir adalah Tiz Zaqyah dan Amar Baharin. Based on reviews para pembaca novel akadku yang terakhir pulak... Rata-rata mereka mengatakan ia sangat menarik. Tapi, sejauh mana tarikannya setelah diadaptasi ke dalam drama. Kenalah tunggu masa tayangannya nanti.

SINOPSIS AKADKU YANG TERAKHIR
Berdasarkan info di kakinovel, novel akadku yang terakhir mengisahkan tentang tugas sebagai seorang pakar psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania! Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa? "kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, betapa agung dan tulus kasih sayangmu, kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku...."

02 March 2016

Sinopsis Ahli Mesyuarat Tingkap, Slot Iris Terbaru

4:22:00 PM 1 Comments

Sinopsis Ahli Mesyuarat Tingkap, Slot Iris Terbaru | Based on info yang aku baca dari laman Infotaip, ia merupakan sebuah drama komedi dan dikatakan mula disiarkan pada 22 Mac 2016. Adakah ia drama yang akan menggantikan anak ke-5 yang sedang ditayangkan sekarang ni?. Selain itu... Drama tersebut juga menampilkan gandingan tiga pelakon popular iaitu Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Al Hadad sebagai watak utama. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Azrel Ismail, Mia Ahmad, Lufya Omar, Idris Khan dan ramai lagi.

WATAK PELAKON DALAM AHLI MESYUARAT TINGKAP
Rita Rudaini sebagai Zai
Izreen Azminda sebagai Ju
Sherry Alhadad sebagai Ira
Azrel Ismail sebagai Azmel
Kuna Muzani sebagai Datin Bobo

SINOPSIS AHLI MESYUARAT TINGKAP
Based on sumber, drama Ahli mesyuarat tingkap mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang sering berkumpul dan berjumpa di kafe milik Datin Bobo (Kuna) jika terdapat sebarang masalah yang ingin dibincangkan.

Pertemuan mereka itu sering menarik perhatian orang sekeliling ekoran aksi mereka yang dianggap keterlaluan walaupun membabitkan masalah kecil. Ia sesuai dengan ‘tagline’ mereka, ‘tak ‘over’ tak sah’.

Pada masa sama, Ju dan Ira menaruh hati terhadap anak teruna Datin Bobo iaitu Azmel (Azrel Ismail). Kedua-dua mereka saling berahsia perkara itu sehingga masing-masing memasang misi untuk menambat hati Azmel.

GAMBAR PELAKON DALAM AHLI MESYUARAT TINGKAP


Sumber : myinfotaip.com

Fenomena Aiskrim Sumi/Jelly Masih Berbaki

10:30:00 AM 0 Comments

Fenomena aiskrim Sumi/jelly masih berbaki | walaupun sekadar makanan. viralnya tetap menjadi bualan dan carian di media sosial. Semenjak aku berkongsi pendapat mengenai aiskrim sumi/jelly diviralkan di media sosial DI SINI. Asyik ada yang mencari resepi bagaimana nak buat aiskrim sumi... Tu berdasarkan statistik di akaun Nuffnang aku. Kalau beginilah keadaannya... Boleh habis stok sumi/jelly dan plastik aiskrim di pasaran dibuatnya. Haha...


Lepas tu, Lupa nak screenshot... Ada jugak tau yang cari harga aiskrim sumi/jelly. Ni mesti kes nak buat bisnes. Maklumlah benda viral... Confirm laris. Betul tak? Pada akulah... Sekarang barang harga dah naik. Kena kira betul-betul dulu bajet bahan untuk buat aiskrim sumi/jelly... Barulah boleh tetapkan harga. Mungkin boleh letak harga 50 sen ke RM1 sebatang kot. Tu sekadar cadanganlah yer.

Hati Ayam Masak Kicap

7:25:00 AM 1 Comments

Hati ayam masak kicap | mudah dan sedap haruslah dicatat. Bila teringin tak perlu nak google. Just... Search je di blog sendiri. Actually, resepi ni asli dari my mom... Dan cara masak hati ayam yang paling aku suka.

RESEPI HATI AYAM MASAK KICAP
Nak buat hati ayam masak kicap. Biasanya, bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

Gambar Resepi Hati Ayam Masak Kicap Mudah 

10 batang sayur kacang yang dipotong + 500gram hati ayam + 100gram halia + Cili ikut kepedasan yang diingini + 7 ulas bawang merah + 7 ulas bawang putih + sedkit gula + sedikit kunyit + kicap + minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya pulak. First, tumbuk halia, bawang dan cili sehingga halus. Gorengkan hati ayam. Then, gaulkan ayam dengan kunyit dan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan kicap. Panaskan minyak dan masukkan hati ayam yang telah digaulkan. Apabila hampir masak. Masukkan sayur kacang. Tunggu beberapa minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Alhamdulillah... Rezeki dinner semalam cukup mengenyangkan. Lama tak merasa hati ayam... Sekali boleh habis nasi sepinggan. Haha... Tak sangka, my mom pun kata sedap.

01 March 2016

DIY Tempat Letak Handphone

1:44:00 PM 1 Comments

DIY Tempat letak handphone | ketika dicaj, satu idea kreatif yang aku tengok kawan-kawan fb share. Apalagi, tetiba kerajinan datang di kala Ain tidur. 3 bekas losyen Johnson baby yang aku simpan akhirnya berubah menjadi bekas tempat meletak handphone.


Bahan yang aku guna untuk buat pun semua ada kat rumah. Lansung tak keluarkan modal.

gam + bekas losyen + aksesori free gift biskut tak silap.

Alhamdulillah... Tak sampai setengah jam dah siap. Semuanya berkat pertolongan Kak Alia. Aku letakkan gam. Dia pulak tolong letakkan aksesori. Sangat menarik. Kak Alia siap puji dan mintak satu pulak tu... Haha...

Sinopsis Anak Ibu Buangan Ibu

10:30:00 AM 0 Comments

Sinopsis anak ibu buangan ibu | cerekarama terbaru tv3 yang mana bakal bersiaran Sabtu ni, 5 Mac 2016 semestinya jam 9 malam berdasarkan info yang terdapat di blog Yumida. Selain itu, antara pelakon yang membintangi anak ibu buangan ibu adalah Johan Asa'ari, Fattah Amin dan Jannah Nick.

Sumber gambar cerekarama Anak Ibu Buangan Ibu adalah daripada blog Yumida

SINOPSIS CEREKARAMA ANAK IBU BUANGAN IBU TV3
Based on apa yang terdapat di blog Yumida, cerekarama anak ibu buangan ibu mengisahkan tentang Hanim dan Roslan mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Putri Aisyah. Kehidupan mereka semuanya tampak indah belaka sehinggalah sikap Putri berubah apabila menginjak remaja. Putri sangat degil dan nakal. Adakah kenakalan Putri menyebabkan dia dibuang daripada keluarga? Adakah kedegilan Putri hilang disebabkan kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya? Hurmmm... Nak tahu kesinambungan ceritanya kenalah tengok nanti di tv3, sabtu, 5 Mac 2016... Semestinya jam 9 malam. Have a nice day :)

Bingka Tepung Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap

7:35:00 AM 0 Comments

Bingka tepung sukatan cawan mudah dan sedap | resepi terbaru yang harus diletakkan di sini untuk rujukan di hari mendatang. Tak perlulah nak banyak kali google. Senang cerita, bila teringin nak buat... Just search je di blog sendiri. Betul tak?

RESEPI BINGKA TEPUNG GANDUM SUKATAN CAWAN
Untuk membuat bingka tepung gandum tersebut, amatlah mudah. Just guna cawan je untuk sukatan bahan.


1 gelas tepung + 1 gelas santan + sebiji telur + sedikit perasa pandan + 2 sudu mentega + 1/2 gelas gula if tak nak manis sangat + Biji bijan

Cara membuatnya pulak. Pukul semua bahan dan bakar lebih kurang 40 minit. Tu kalau bakar di atas dapur gas cara aku. Kalau guna oven... Just agak-agak 30 minit kot. Yang penting kena check selalu supaya masaknya nampak cantik. Bila hampir masak... Taburkan biji bijan di atasnya.

Kalau keluarga lapansembilansepuluh orang macam kami. Aku doublekan semua bahan. Alhamdulillah... Rezeki breakfast pagi ni sungguh sedap. Seriously!. Kalau sendiri tak puji, Siapa lagi nak puji kan. Hahaha....