Sinopsis drama Married tapi benci | haruslah dicari. Why? Semalam tak menyempat nak tengok. Tapi, alhamdulillah, lepas subuh pagi tadi.....

Sinopsis Drama Married Tapi Benci

/
0 Comments

Sinopsis drama Married tapi benci | haruslah dicari. Why? Semalam tak menyempat nak tengok. Tapi, alhamdulillah, lepas subuh pagi tadi... tengok jugak online DI SINI episod 1 Married Tapi Benci. Based on episod 1, tak dapat nak komen sangat... Biasalah first episode... Memperkenalkan watak. Heroin dia pelakon baru iaitu Azira Shafinaz.

Sumber gambar Married Tapi Benci adalah daripada blog EDtv


SINOPSIS DRAMA MARRIED TAPI BENCI
Based on sinopsis yang aku baca di blog EDtv, married tapi benci mengisahkan tentang kamal (Syafiq Kyle) iaitu seorang pemuda kacak digilai ramai yang juga merupakan seorang pelumba sukan basikal ekstrim. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina (Azira Shafinaz) dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat. Tambahan lagi, Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Disebalik sikap Rina sebegitu, sebenarnya terselit satu rahsia. Kenapa Rina kasar dan benci kepada lelaki adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya. Rina pula semakin rapat dengan Daniel, musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel yang hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal berasa bersalah. Namun, takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital, Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah benar Rina yang membuat dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibubapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun dah berkahwin, Kamal dan Rina masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang di antara mereka. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan pelbagai tipu muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati. Berjayakah Daniel meruntuhkan rumahtangga Rina dan Kamal?

Saksikan Married tapi benci lakonan Syafiq Kyle sebagai hero dan Azira Shafinaz sebagai heroin dalam slot lestary, yang menggantikan drama cinta teruna kimchi di tv3, setiap Rabu sehingga Jumaat, jam 9 malam. Menurut info, drama married tapi benci bukanlah drama adaptasi novel. Selain itu, ia mempunyai 13 episod. Juga turut dibintangi oleh para pelakon lain seperti Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Badrul Muhayat, Nor Albaniah, Cat Farish dan ramai lagi. Lastly, drama tersebut juga boleh diikuti di www.tonton.com.my. Sekian.

Wassalam.

Sumber : Blog EDtv



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: