Sinopsis Mama Sado | drama terbaru menerusi slot skrin di 9, TV9 yang akan bersiaran pada 29 Februari 2016, Isnin bermula jam 8.30 malam... Based on apa yang tertera di Berita Harian bertarikh 13 Februari 2016, dalam ruangan pilihan menarik tv.

Sumber gambar drama mama sado daripada google

Telefilem mama sado dikatakan bergenre komedi dan antara para pelakon yang membintanginya adalah seperti Didi Alias, Miera Leyana, Ben Amir, Isma Danial dan Enot.

SINOPSIS DRAMA MAMA SADO SKRIN TV9
Based on apa yang terdapat di dada akhbar BH, drama Mama Sado mengisahkan tentang Andra Raina malu mengaku wanita yang berperwatakan seorang lelaki adalah ibunya, Shamsiah. Sungguhpun Shamsiah gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia ialah seorang ibu yang baik dan penyayang.

Andra memperkenalkan Idris, teman lelakinya kepada Shamsiah dan mereka mempunyai keserasian apabila sering berbual mengenai motosikal berkuasa tinggi. Ibu Idris bagaimana pun, tidak gemar dengan perubahan yang berlaku kepada anak lelakinya itu.

Andra melarikan diri kerana tertekan dengan apa yang terjadi. Shamsiah mulai akur, tidak selamanya dia patut berterusan sebegitu. Dia mula berubah menjadi wanita feminin. Andra lega dengan perubahan ibunya, namun menyedari Shamsiah tidak lagi seceria dulu.

Menjelang hari perkahwinan Andra dan Idris, Shamsiah resah menunggu apabila Andra tak kunjung tiba. Dia dikejutkan dengan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Andra dan Idris disusuli paluan kompang untuk memeriahkan majlis mereka.

Huhu... Mesti Didie Alias yang melakonkan watak mama sado kan? Jalan cerita macam menarik. Based on sinopsis, ceritanya seperti takde komedi. Bagaimana dan apakah yang dikatakan lawak dalam drama mama sado. Kenalah saksikan sendiri di slot skrin tv9 pada 29 Februari nanti jam 8.30 malam.

ok :)