Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016 | Lansung aku tak tengok. Baring depan tv sambil tunggu MLM bersiaran kemain. Sekali, tv tengok aku...

Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016

/
0 Comments

Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016 | Lansung aku tak tengok. Baring depan tv sambil tunggu MLM bersiaran kemain. Sekali, tv tengok aku terbongkang dengan si Ain. Hubby kata sian nak kejutkan. Tapi... Tamat siaran, dia kejutkan jugak aku suruh bawak Ain masuk bilik. Huhu...

Kata hubby, minggu yang kelima... Persembahan para peserta bertemakan peribahasa. Rugi tak tengok ejen Bocey buat persembahan katanya. Best giler. No wonder, Abam dapat 'Man of the Match' lagi. 2 minggu berturut-turut you... Dia rembat. Then, siapa yang terkeluar minggu ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016? Seperti biasa kata hubby... Bottom three pasti ada dan antara mereka yang tersenarai di bottom 3 adalah ejen Shake, SayWho dan Boss. Nasib tak menyebelahi... Akhirnya ejen Shake tersingkir pada minggu ke-5 MLM 2016.

Sumber gambar ejen Shake MLM 2016 adalah daripada google image

Siapa ahli ejen Shake ek! Seperti biasa... Aku akan google terlebih dahulu... Rupanya group si Amir, Bell Ngasri dan Mie. Hurmmm... Tak tau nak kata apa, tapi kalau Amir buat lawak... Aku memang kurang berminat nak tengok. Entah! Mungkin lawak dia bukan makanan jiwa aku kot... Jangan kecam statement aku ok. Lain orang, lain minat. Betul tak?



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: