Manisan kelapa muda | Mengingatkan aku zaman sekolah dulu. Banyak food yang mak buat sendiri untuk kami. Memang sangat jarang untuk memb...

Manisan Kelapa Muda

/
0 Comments

Manisan kelapa muda | Mengingatkan aku zaman sekolah dulu. Banyak food yang mak buat sendiri untuk kami. Memang sangat jarang untuk membeli. Lagipun... Dulu kami susah. Adik-beradik ramai. So, makan pun nak kena catu.

Huhu... Entah! tetiba semalam adik balik kerja terus mintak mak buatkan. Kebetulan ada jiran bagi dua biji kelapa muda yang isinya hampir keras. Apalagi... Bermulalah projek mengupas dan memotong kelapa muda emak di dapur.


Dah siap potong... Kelapa muda direbus sehingga lembut. Toskan. Then... 'arukkan' a.k.a kacaukan di dalam kuali dengan sedikit pewarna dan gula. Huhu... Sangat sedap. Tak sampai setengah jam... Dah habis kami makan. Allah... Nikmatnya lama tak makan. Nanti ada nyiur, nak jugak repeat buat.

Alhamdulillah... Setelah 20 tahun tak merasa. Sekali mak buat... Tetiba mengimbau kenangan lalu. Huhu... Menitis air mata dibuatnya...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: