Ikan bulu ayam telur hancur | Menu simple lunch kami. Jemu makan daging dan ayam. Apa kata kita makan 'ikan masin gonjeng' ... P...

Ikan Bulu Ayam Telur Hancur

/
2 Comments

Ikan bulu ayam telur hancur | Menu simple lunch kami. Jemu makan daging dan ayam. Apa kata kita makan 'ikan masin gonjeng'... Permintaan atuk dan nenek Alia pepagi. Makan pulak dengan ulam pegaga sama itu sayur pucuk labu rebus. Huhu... Walaupun simple, menu kampung confirm menyelerakan. Actually, ikan masin gonjeng adalah nama untuk ikan bulu ayam di Sarawak.



Entah! haritu masa kontrak di politeknik. Masa tu makan nasi lemak berlaukkan ikan gonjeng. Tetiba staff asal semenanjung tegur bagitau yang ikan masin gonjeng kami makan dorang namakan dengan ikan bulu ayam. First time dengar terus ingat.

Kalau di Sarawak, ikan bulu ayam sememangnya famous makan dengan nasi lemak. Area Betong lagilah... Bila kawin je, mesti ada ikan masin gonjeng sebagai salah satu menu untuk disajikan kepada para tetamu.

Baru-baru ni... Mak kirimkan 5kg ikan gonjeng kat adik ipar di Perlis. Nak guna masa kawin adik dia nanti 10 Februari ni. Sayang kami tak dapat nak pergi... Sebab, pada tarikh yang sama adik aku nak kena bedah. Haritu tangan dia patah then tak boleh nak lurus sangat... Pastu pulak, tulang dia sedikit membesar. So, doktor sarankan dia supaya dibedah semula. Harap-harap cepatlah baik... Dahla tengah tunggu penempatan MA... Tak taula nanti bagaimana. Adakah nak kena tangguh register or bagaimana? Apa-apa pun, aku doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aamiin...



ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. SA pun suka je ikan masin bulu ayam ni...selera bertambah kalau makan...

    ReplyDelete
  2. aminnn...semoga dipermudakan semuanya

    ReplyDelete