Dengar radio sambil masak | ni kisah tengahari semalam. Sambil masak ayam masak kicap, sambil tu jugak dengar ceramah motivasi di slot ...

Dengar Radio Sambil Masak?

/
0 Comments

Dengar radio sambil masak | ni kisah tengahari semalam. Sambil masak ayam masak kicap, sambil tu jugak dengar ceramah motivasi di slot dekat di hati... Channel Sarawak FM.

Sumber gambar daripada google image

Semalam punya tajuk adalah berkaitan dengan 'kuasa kemaafan'... Terutamanya dalam sebuah institusi kekeluargaan... Lebih-lebih lagi di antara suami isteri. Di Malaysia khususnya, bilangan penceraian semakin meningkat saban hari... Yang mana kekadang penceraiannya adalah disebabkan hal remeh temeh dan tak masuk akal.

Bila hati dah tak suka. Semua yang dilihat pada pasangan semuanya membosankan. Sudahnya 24 jam asyik bergaduh. Aku bersetuju dengan motivator tersebut... Di mana komunikasi amat... Amatlah penting dalam hubungan suami isteri. Pada aku, cakap je kalau tak puas hati... Jangan dipendam, nanti rosak hati. Haha...

Lagi satu... Dalam rumahtangga mana mungkin tak bergaduh... Sedangkan lidah lagi tergigit dengan gigi... Inikan pulak suami isteri right. Tapi... Bila bergaduh tu... Janganlah terlalu ego dan egois. Tak kira siapa salah... Tundukkan ego dan egois memasing... Mintak maaf dengan pasangan. Dengan kuasa kemaafan... Pasti hubungan dapat diperbaiki. Kata-kata motivator yang sangat bagus untuk diikuti.

Walaubagaimana pun, semuanya terletak pada kita bagaimana nak mencorak rumahtangga masing-masing. Nak bahagia ada banyak cara. Nak derita, senang sahaja. Ceraikan ada. Tapi... Itu bukan jalan penyelesaiannya.

Pada aku... If kita saling melengkapi dan menerima kekurangan pasangan seadanya... Di tambah lagi... Ada empathy dalam diri, insya Allah kebahagiaan pasti akan menjadi hak hakiki buat kita. Wallahu'alam. Haha... Semangat wei, masak sambil dengar ceramah motivasi.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: