Dendam bukan pengakhiran keputusan | Tetiba perasaan aku berbaur kesian dan terkejut melihat tindakan Manisa (siti elizad) dalam cerekar...

Dendam Bukan Pengakhiran

/
0 Comments

Dendam bukan pengakhiran keputusan | Tetiba perasaan aku berbaur kesian dan terkejut melihat tindakan Manisa (siti elizad) dalam cerekarama dendam Manisa. Actually, cerekarama Dendam Manisa mengisahkan tentang seorang gadis yang dibesarkan oleh seorang nenek yang bekerja sebagai maid di rumah orang kaya. Tetapi sangat teruk layanan orang kaya tersebut terhadap Manisa. Namun, Manisa tetap bersabar demi untuk mencari duit untuk menyara hidup dia dan neneknya... Kehadiran Rosman (Fattah Amin) membuatkan Manisa jatuh cinta dan begitu juga Rosman. Mereka menjalinkan hubungan sehingga berkahwin di luar negara. Kemudian, Manisa mengandung. Namun, Rosman marah dan menghalau Manisa. Kononnya, dia saja mempermainkan Manisa. Menisa memberitahu neneknya. Disebabkan terkejut, neneknya meninggal dunia.

Sumber gambar dendam manisa daripada google image

Sejak itu, Manisa terkotang-kating seorang diri sehingga dia selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Nurul. Disebabkan termakan pujukan rumah kebajikan, Manisa setuju meninggalkan Nurul di rumah kebajikan. Then, suatu hari Manisa ingin berjumpa anaknya Nurul. Namun, Nurul telah diberikan kepada keluarga angkat yang dirahsiakan identitinya. Manisa tertekan tapi masih berusaha mencari kerja. Suatu hari di mula bekerja di pejabat Rosman. Entah bila mengetahui itu pejabat Rosman bila memandang gambar.Manisa terus ke rumah Rosman. Then berjumpa dengan ibu mertua dan kakak iparnya yang memohon maaf di atas perbuatan yang pernah mereka lakukan terhadapnya. Ingatkan Manisa ikhlas memaafkan dorang. Tapi sebaliknya meracuni mereka melalui bubur. Akhirnya, mereka meninggal dunia dan Manisa juga turut ditangkap oleh pihak yang berkuasa.

Huhu... Sampai ke tamat aku layan. Serius... Kesian tengok Manisa, watak yang dipegang oleh Siti Elizad. Sentiasa diduga dengan pelbagai permasalahan... Sehingga tanpa disedari, dia telah membenarkan anaknya Nurul untuk dijaga keluarga angkat. Mungkin dendam yang teramat membuatkan Manisa menjadi seorang yang pendendam... Sehingga sanggup membunuh. Banyak pengajaran dalam cerita ni sebenarnya. First things first... Bila dua pasangan dah berjanji berkahwin. Biarlah keluarga tahu... Berkahwinlah dengan cara yang betul. Kalau ya pun berkahwin di luar negara... Daftarkanlah semula di negara sendiri. Apa-apa hal kita boleh bertindak ok. Satu perkara lagi... Perihal mengisi dan menandatangani sesuatu borang atau surat perjanjian. Kenalah baca dan fahami dulu barulah tandatangan. Manalah tahu, kot-kot ada yang nak menipu dan ambik kesempatan right. Manusia... Rambut je hitam, hati lain-lain. So, kenalah sentiasa beringat.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: