Citra Filem Paku | Last rancangan tv semalam, aku tengok selepas layan episod akhir cinta teruna kimchi dan episod akhir tunang versus isteri. Tu dia... Marathon habis, layan tv malam Khamis. Haha... Tak silap 29 Februari dah start drama terbaru berjudul married tapi benci, gantikan cinta teruna kimchi dan aku bukan bimbo yang akan gantikan isteri versus tunang.


Tapi, bukan itu yang ingin aku bebelkan... Tapi tentang filem paku lakonan Johan As'ari dan Aisyah. Actually, filem paku telah lama ditayangkan di pawagam... Tak silap 12 Disember 2013. Filem paku adalah sebuah cerita seram di mana kerana cinta,Fahmi ( Johan As’ari ) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aisyah) yang telah mati. Walaupun berjaya, namun isterinya terseksa kerana terpaksa hidup dalam dua alam. Pelbagai perkara berlaku... Tapi, akhirnya Fahmi terpaksa redha dengan pemergian isterinya bila pak long Fahmi mencabut paku di leher isterinya... Dek kerana tertekan... Fahmi menjadi gila.

Huhu... Kalau tengok sorang-sorang dalam rumah... Confirm tak boleh tidur malam. Tapi, bila tengok berjemaah depan tv... Lansung tak seram. Pada yang tak pernah tengok... Bolehlah layan. Berdasarkan kisah benar tau.