Aku Bukan Bimbo | Drama adaptasi novel terbaru yang akan menggantikan drama isteri vs tunang . Bila akan disiarkan? Berdasarkan iklan...

Aku Bukan Bimbo

/
1 Comments

Aku Bukan Bimbo | Drama adaptasi novel terbaru yang akan menggantikan drama isteri vs tunang. Bila akan disiarkan? Berdasarkan iklan di tv. Drama aku bukan bimbo akan mula bersiaran pada 29 Februari 2016, setiap Isnin hingga Khamis... 10 malam, semestinya di Astro Ria. Antara barisan pelakon yang membintangi drama adaptasi daripada novel Bimbo karya Rin Ahmad... Adalah seperti Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Afifah Nasir, Bell Ngasri, Shakilla Khoriri, Ardella Aryana dan Falisha Crossley.

Then, mesti ada yang mencari maksud Bimbo right. Aku pun tak tahu sebenarnya... Apakah maksud Bimbo?... Sehinggalah aku dapatkan maksudnya di google. Berdasarkan info yang aku baca di mykamus.com, bimbo bermaksud seorang perempuan yang cantik, tapi kurang cerdik.

Sumber gambar drama Aku Bukan Bimbo daripada google image

SINOPSIS DRAMA AKU BUKAN BIMBO
Berdasarkan laman kepalabergetar2u, drama aku bukan Bimbo mengisahkan tentang dalam kehidupan Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Adakah Azad? Siapa Azad?

BACA NOVEL ONLINE BIMBO
Selain itu... Untuk memberi gambaran perjalanan cerita dalam novel Bimbo, aku jugak ingin kongsikan beberapa url bab dalam novel untuk dibaca... Mana tau... Lepas baca, ada yang berminat terus nak beli novel right... Sebab berdasarkan beberapa laman, terutamanya individu yang dah baca novel Bimbo... Mereka rata-rata mengatakan novel tersebut sangat menarik. Tapi... Kalau dah didramakan. Tak taulah best ke tidak? Ye tak. So, berikut adalah antara bab di dalam Aku bukan bimbo ataupun novel Bimbo :-


| Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 dan the rest bab kenalah beli novel Bimbo.

Selamat menonton drama terbaru Aku Bukan Bimbo yer di penghujung bulan Februari :)



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Nampak menarik cerita ni. Pelakon pun menarik belaka :)

    ReplyDelete