Back to Top

29 February 2016

Keputusan Penuh AME2016

7:23:00 AM 0 Comments

Keputusan Penuh AME2016 | Enam belas kategori dipertandingkan dalam Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang meliputi dua kategori filem, lima kategori TV & Online, empat kategori selebriti, dua kategori radio dan tiga kategori muzik. AME2016 dilangsungkan dengan meriah di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)... Jam 9 malam semalam. Manakala barisan pengacara AME2016 pula terdiri daripada Dato AC Mizal, Jihan Muse, Neelofa dan Nabil Ahmad.

Sumber gambar Anugerah Meletop Era AME2016 adalah daripada google image

SENARAI CALON DAN PEMENANG AME2016
Based on maklumat yang aku catat sambil layan AME, berikut adalah senarai pemenang beberapa kategori dalam AME2016.

BINTANG ONLINE MELETOP
1. Zizan Razak
2. Emma Maembong
3. Datuk Siti Nurhaliza (Pemenang)
4. YB Khairy Jamaluddin
5. Shaheizy Sam

ARTIS BAHARU MELETOP
1. Azrel Ismail
2. Mira Filzah (Pemenang)
3. Syamel
4. Hafreez Adam
5. Zahirah Macwilson

COUPLE MELETOP
1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
2. Johan & Ozzlyn (Pemenang)
3. Nabil Ahmad & Zira
4. Lisa Surihani & Yusry
5. Yana Samsudin & Fadzil Zahari

DRAMA MELETOP
1. M.A.I.D (Pemenang)
2. Tuan Anas Mikael
3. Cik Bunga Encik Sombong
4. Isteri Separuh Masa
5. Isteriku Bukan Tukang Masak

ARTIS LAWAK MELETOP
1. Johan (Pemenang)
2. Jihan Muse
3. Jep Sepahtu
4. Emma Maembong
5. Mark Adam

HOS MELETOP
1. Nabil Ahmad
2. Jihan Muse
3. Zizan Razak
4. Datuk AC Mizal (Pemenang)
5. Fara Fauzana

PELAKON MELETOP
1. Ayda Jebat (Pemenang)
2. Zara Zya
3. Emma Maembong
4. Amyra Rosli
5. Amar Baharin

PROGRAM MELETOP
1. Gegar Vaganza 2015 (Pemenang)
2. Super Spontan All Stars Akhir
3. Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir
4. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015
5. Pencetus Ummah 2015

LAGU MELETOP
1. Ayda Jebat - Siapa Diriku (Pemenang)
2. Akim & The Majistret - Potret
3. Syamel AF - Hidup Dalam Mati
4. Datuk Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu
5. Hazama - Sampai Mati

PENYANYI MELETOP
1. Ayda Jebat (Pemenang)
2. Datuk Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim

GRUP/DUO MELETOP
1. Akim & The Majistret (Pemenang)
2. Cakra Khan feat Datuk Siti Nurhaliza
3. Caliph Buskers
4. De FAM
5. Elizabeth Tan ft Faizal Tahir

PENYAMPAI RADIO MELETOP
1. Johan (Pemenang)
2. Abby Fana
3. Haniff
4. Feeya
5. Ray

PROGRAM RADIO MELETOP
1. JoHaRa Pagi Era (Pemenang)
2. SATE
3. Top 40 ERA
4. Sembang Sinar
5. Ceria Pagi

FILEM MELETOP
1. Polis Evo (Pemenang)
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby

BINTANG FILEM MELETOP
1. Shaheizy Sam
2. Zizan Razak (Pemenang)
3. Sharnaaz Ahmad
4. Maya Karin
5. Aaron Aziz

FESYEN MELETOP
1. Neelofa
2. Shaheizy Sam
3. Datuk AC Mizal (Pemenang)
4. Fattah Amin
5. Nabil Ahmad

Anugerah Utama Meletop ERA 2016 (Lelaki dan Wanita)
Anugerah Top Top Meletop (Wanita): Ayda Jebat
Anugerah Top Top Meletop (Lelaki): Johan Raja Lawak

Tahniah diucapkan buat semua pemenang Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016) .

28 February 2016

Suami Beli Portable Steam Spa

10:00:00 AM 0 Comments

Suami Beli Portable Steam Spa | Alhamdulillah... Semalam apa yang encik suami order, penjualnya sendiri hantar ke rumah. Harga around RM4000++. Sekali sekali untuk kesihatan apa salahnya. Warranty barang pun sampai 5 tahun. Apa yang menarik portable steam spa tersebut... Banyak tumbuhan yang terdapat di sekeliling rumah kita sebenarnya bagus untuk digunakan sebagai bahan steam spa. Contohnya sirih.... Boleh membanyakkan susu. Even bunga kertas pun ada khasiatnya. So, lepas ni bolehlah buat spa sendiri selalu...



Alhamdulillah... Setakat ni tak bercadang lagi nak buat service spa. Just untuk kegunaan sendiri dan family saja tujuan sebenar nak membeli. Hehe...

Aiskrim Sumi/Jelly Menjadi Viral Di Media Sosial

8:00:00 AM 1 Comments

Aiskrim Sumi/Jelly menjadi viral di media sosial | terutamanya di facebook. Sampaikan adik aku pun terjebak untuk mencuba resepi aiskrim yang diviralkan tersebut. Siap post gambar lagi di group whatApp family bila dah siap. Begitulah besarnya pengaruh media sosial kepada kehidupan manusia zaman sekarang kan.

That why, kita kena hati-hati berkongsikan sesuatu maklumat. Biar fakta, jangan auta. Silap kongsi, buruk padahnya. Dulu, zaman sekolah rendah... Suka benau beli aiskrim buatan sendiri stail tu. Harga pun murah. Sebatang, 20 sen je. Tapi, sekarang susah jugak nak dapatkan aiskrim sebegitu. Jaranglah orang nak buat untuk dijualkan. Kalau ada pun, just untuk kegunaan sendiri.


RESEPI AISKRIM SUMI/JELLY DIVIRALKAN
Hot resepi menjadi trending sekarang, so nak tak nak... Nak jugak ambik resepi. Mana tau, sindrom rajin datang... Nanti boleh cuba. Betul tak?

3 paket sumi/jelly + 1 tin susu cair + 1 tin susu pekat + 4 tin air dan secubit garam.

Nampak macam sedap kan?

Sinopsis Drama Married Tapi Benci

5:26:00 AM 0 Comments

Sinopsis drama Married tapi benci | haruslah dicari. Why? Semalam tak menyempat nak tengok. Tapi, alhamdulillah, lepas subuh pagi tadi... tengok jugak online DI SINI episod 1 Married Tapi Benci. Based on episod 1, tak dapat nak komen sangat... Biasalah first episode... Memperkenalkan watak. Heroin dia pelakon baru iaitu Azira Shafinaz.

Sumber gambar Married Tapi Benci adalah daripada blog EDtv


SINOPSIS DRAMA MARRIED TAPI BENCI
Based on sinopsis yang aku baca di blog EDtv, married tapi benci mengisahkan tentang kamal (Syafiq Kyle) iaitu seorang pemuda kacak digilai ramai yang juga merupakan seorang pelumba sukan basikal ekstrim. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina (Azira Shafinaz) dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat. Tambahan lagi, Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Disebalik sikap Rina sebegitu, sebenarnya terselit satu rahsia. Kenapa Rina kasar dan benci kepada lelaki adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya. Rina pula semakin rapat dengan Daniel, musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel yang hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal berasa bersalah. Namun, takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital, Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah benar Rina yang membuat dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibubapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun dah berkahwin, Kamal dan Rina masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang di antara mereka. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan pelbagai tipu muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati. Berjayakah Daniel meruntuhkan rumahtangga Rina dan Kamal?

Saksikan Married tapi benci lakonan Syafiq Kyle sebagai hero dan Azira Shafinaz sebagai heroin dalam slot lestary, yang menggantikan drama cinta teruna kimchi di tv3, setiap Rabu sehingga Jumaat, jam 9 malam. Menurut info, drama married tapi benci bukanlah drama adaptasi novel. Selain itu, ia mempunyai 13 episod. Juga turut dibintangi oleh para pelakon lain seperti Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Badrul Muhayat, Nor Albaniah, Cat Farish dan ramai lagi. Lastly, drama tersebut juga boleh diikuti di www.tonton.com.my. Sekian.

Wassalam.

Sumber : Blog EDtv

Dendam Bukan Pengakhiran

12:50:00 AM 0 Comments

Dendam bukan pengakhiran keputusan | Tetiba perasaan aku berbaur kesian dan terkejut melihat tindakan Manisa (siti elizad) dalam cerekarama dendam Manisa. Actually, cerekarama Dendam Manisa mengisahkan tentang seorang gadis yang dibesarkan oleh seorang nenek yang bekerja sebagai maid di rumah orang kaya. Tetapi sangat teruk layanan orang kaya tersebut terhadap Manisa. Namun, Manisa tetap bersabar demi untuk mencari duit untuk menyara hidup dia dan neneknya... Kehadiran Rosman (Fattah Amin) membuatkan Manisa jatuh cinta dan begitu juga Rosman. Mereka menjalinkan hubungan sehingga berkahwin di luar negara. Kemudian, Manisa mengandung. Namun, Rosman marah dan menghalau Manisa. Kononnya, dia saja mempermainkan Manisa. Menisa memberitahu neneknya. Disebabkan terkejut, neneknya meninggal dunia.

Sumber gambar dendam manisa daripada google image

Sejak itu, Manisa terkotang-kating seorang diri sehingga dia selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Nurul. Disebabkan termakan pujukan rumah kebajikan, Manisa setuju meninggalkan Nurul di rumah kebajikan. Then, suatu hari Manisa ingin berjumpa anaknya Nurul. Namun, Nurul telah diberikan kepada keluarga angkat yang dirahsiakan identitinya. Manisa tertekan tapi masih berusaha mencari kerja. Suatu hari di mula bekerja di pejabat Rosman. Entah bila mengetahui itu pejabat Rosman bila memandang gambar.Manisa terus ke rumah Rosman. Then berjumpa dengan ibu mertua dan kakak iparnya yang memohon maaf di atas perbuatan yang pernah mereka lakukan terhadapnya. Ingatkan Manisa ikhlas memaafkan dorang. Tapi sebaliknya meracuni mereka melalui bubur. Akhirnya, mereka meninggal dunia dan Manisa juga turut ditangkap oleh pihak yang berkuasa.

Huhu... Sampai ke tamat aku layan. Serius... Kesian tengok Manisa, watak yang dipegang oleh Siti Elizad. Sentiasa diduga dengan pelbagai permasalahan... Sehingga tanpa disedari, dia telah membenarkan anaknya Nurul untuk dijaga keluarga angkat. Mungkin dendam yang teramat membuatkan Manisa menjadi seorang yang pendendam... Sehingga sanggup membunuh. Banyak pengajaran dalam cerita ni sebenarnya. First things first... Bila dua pasangan dah berjanji berkahwin. Biarlah keluarga tahu... Berkahwinlah dengan cara yang betul. Kalau ya pun berkahwin di luar negara... Daftarkanlah semula di negara sendiri. Apa-apa hal kita boleh bertindak ok. Satu perkara lagi... Perihal mengisi dan menandatangani sesuatu borang atau surat perjanjian. Kenalah baca dan fahami dulu barulah tandatangan. Manalah tahu, kot-kot ada yang nak menipu dan ambik kesempatan right. Manusia... Rambut je hitam, hati lain-lain. So, kenalah sentiasa beringat.

27 February 2016

Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016

1:24:00 AM 0 Comments

Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016 | Lansung aku tak tengok. Baring depan tv sambil tunggu MLM bersiaran kemain. Sekali, tv tengok aku terbongkang dengan si Ain. Hubby kata sian nak kejutkan. Tapi... Tamat siaran, dia kejutkan jugak aku suruh bawak Ain masuk bilik. Huhu...

Kata hubby, minggu yang kelima... Persembahan para peserta bertemakan peribahasa. Rugi tak tengok ejen Bocey buat persembahan katanya. Best giler. No wonder, Abam dapat 'Man of the Match' lagi. 2 minggu berturut-turut you... Dia rembat. Then, siapa yang terkeluar minggu ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016? Seperti biasa kata hubby... Bottom three pasti ada dan antara mereka yang tersenarai di bottom 3 adalah ejen Shake, SayWho dan Boss. Nasib tak menyebelahi... Akhirnya ejen Shake tersingkir pada minggu ke-5 MLM 2016.

Sumber gambar ejen Shake MLM 2016 adalah daripada google image

Siapa ahli ejen Shake ek! Seperti biasa... Aku akan google terlebih dahulu... Rupanya group si Amir, Bell Ngasri dan Mie. Hurmmm... Tak tau nak kata apa, tapi kalau Amir buat lawak... Aku memang kurang berminat nak tengok. Entah! Mungkin lawak dia bukan makanan jiwa aku kot... Jangan kecam statement aku ok. Lain orang, lain minat. Betul tak?

26 February 2016

Citra Filem Paku

8:28:00 PM 0 Comments

Citra Filem Paku | Last rancangan tv semalam, aku tengok selepas layan episod akhir cinta teruna kimchi dan episod akhir tunang versus isteri. Tu dia... Marathon habis, layan tv malam Khamis. Haha... Tak silap 29 Februari dah start drama terbaru berjudul married tapi benci, gantikan cinta teruna kimchi dan aku bukan bimbo yang akan gantikan isteri versus tunang.


Tapi, bukan itu yang ingin aku bebelkan... Tapi tentang filem paku lakonan Johan As'ari dan Aisyah. Actually, filem paku telah lama ditayangkan di pawagam... Tak silap 12 Disember 2013. Filem paku adalah sebuah cerita seram di mana kerana cinta,Fahmi ( Johan As’ari ) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aisyah) yang telah mati. Walaupun berjaya, namun isterinya terseksa kerana terpaksa hidup dalam dua alam. Pelbagai perkara berlaku... Tapi, akhirnya Fahmi terpaksa redha dengan pemergian isterinya bila pak long Fahmi mencabut paku di leher isterinya... Dek kerana tertekan... Fahmi menjadi gila.

Huhu... Kalau tengok sorang-sorang dalam rumah... Confirm tak boleh tidur malam. Tapi, bila tengok berjemaah depan tv... Lansung tak seram. Pada yang tak pernah tengok... Bolehlah layan. Berdasarkan kisah benar tau.

Sinopsis Drama Mama Sado

1:00:00 PM 0 Comments

Sinopsis Mama Sado | drama terbaru menerusi slot skrin di 9, TV9 yang akan bersiaran pada 29 Februari 2016, Isnin bermula jam 8.30 malam... Based on apa yang tertera di Berita Harian bertarikh 13 Februari 2016, dalam ruangan pilihan menarik tv.

Sumber gambar drama mama sado daripada google

Telefilem mama sado dikatakan bergenre komedi dan antara para pelakon yang membintanginya adalah seperti Didi Alias, Miera Leyana, Ben Amir, Isma Danial dan Enot.

SINOPSIS DRAMA MAMA SADO SKRIN TV9
Based on apa yang terdapat di dada akhbar BH, drama Mama Sado mengisahkan tentang Andra Raina malu mengaku wanita yang berperwatakan seorang lelaki adalah ibunya, Shamsiah. Sungguhpun Shamsiah gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia ialah seorang ibu yang baik dan penyayang.

Andra memperkenalkan Idris, teman lelakinya kepada Shamsiah dan mereka mempunyai keserasian apabila sering berbual mengenai motosikal berkuasa tinggi. Ibu Idris bagaimana pun, tidak gemar dengan perubahan yang berlaku kepada anak lelakinya itu.

Andra melarikan diri kerana tertekan dengan apa yang terjadi. Shamsiah mulai akur, tidak selamanya dia patut berterusan sebegitu. Dia mula berubah menjadi wanita feminin. Andra lega dengan perubahan ibunya, namun menyedari Shamsiah tidak lagi seceria dulu.

Menjelang hari perkahwinan Andra dan Idris, Shamsiah resah menunggu apabila Andra tak kunjung tiba. Dia dikejutkan dengan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Andra dan Idris disusuli paluan kompang untuk memeriahkan majlis mereka.

Huhu... Mesti Didie Alias yang melakonkan watak mama sado kan? Jalan cerita macam menarik. Based on sinopsis, ceritanya seperti takde komedi. Bagaimana dan apakah yang dikatakan lawak dalam drama mama sado. Kenalah saksikan sendiri di slot skrin tv9 pada 29 Februari nanti jam 8.30 malam.

ok :)

Kurang Tidur, Aktif Bermain

7:23:00 AM 1 Comments

Kurang Tidur, Aktif Bermain | Huhu... Bersabarlah aku dengan karenah Ain sekarang ni. Kekadang sampai duatigaempat kali jugak masuk buai tau siang hari... Mulut aku sampai berbuih-buih buat selawat shifa pun still tak jalan... Yang dia tau... Meronta-ronta sambil mulut tak habis-habis kata 'wa'... Mean, nak keluar dari buai.


Berakal sungguh... Lagak seperti budak duatigaempat tahun dah sekarang. Percakapan kita... Terutamanya arahan mudah, semuanya dia faham. Tapi, bila tengok kecomelan anak tidur... Rasa nak gomol je pipinya. Haha...

24 February 2016

Drama Terbaru Uda Dan Dara

12:51:00 AM 0 Comments

Drama terbaru Uda dan Dara | akan menggantikan drama Memori Cinta Suraya yang akan mula bersiaran pada 24 Februari 2016 semestinya di Astro Prima, jam 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Dengar cerita drama Uda dan Dara pun adaptasi novel dan sebanyak 65 episod. Adik kata kalau ikut novel, jalan cerita uda dan dara best. Best ke tidak kenalah tunggu dan lihat petang nanti right. Kalau Memori cinta suraya... Boring jugak tunggu episod akhir... Sampai berpuluh episod aku tak tengok. Sekali terlayan jugak episod akhir semalam. Huhu...

Sumber gambar uda dan dara daripada google image

PELAKON DRAMA TERBARU UDA DAN DARA
Berdasarkan info yang terdapat di laman infotaip, pelakon heronya adalah Zul Ariffin dan heroinnya pulak Siti Saleha. Selain itu, ia jugak turut dibintangi oleh Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-Idrus, Dynas Mokhtar, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis, Nazia Mustafar, Atiqa Farhana, Shahrul Nizam, Balkisyh Semundur Khan, Putri Damia, Dania Syafi, Firdaus Ghufran, Amai Kamarudin, Shakilla Khoriri dan Tash Yong.

SINOPSIS UDA DAN DARA DARI NOVEL
Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

22 February 2016

Telemovie Hilangnya Kasih Di 9 TV9

10:00:00 AM 0 Comments

Telemovie hilangnya kasih di 9 TV9 | akan ditayangkan pada Isnin, 8.30 malam... 22 Februari 2016. Pelakon utama untuk telemovie tersebut adalah Fezrul Khan dan Janna Nick. Then, antara pelakon lain yang membintangi telemovie ini ialah Normah Damanhuri, Balqish, Eqbal Said dan Hilal Azman.

Sumber gambar drama hilangnya kasih tv9 daripada google image

SINOPSIS HILANGNYA KASIH TV9
Daripada laman EDtv, drama hilangnya kasih mengisahkan tentang Qaisara merupakan anak tunggal kepada Pak Latiff (50an) dan Mak Dah (50an). Fuad pula adalah anak yatim piatu, dan dibesarkan di sebuah rumah anak-anak yatim di Selangor. Perkenalan mereka  di university sehingga membawa ke jinjang pelamin. Perkahwinan Qaisara dan Fuad mendapat restu kedua ibubapa Qaisara iaitu Pak Latiff dan Mak Dah, walaupun sebenarnya Mak Dah tidak berapa suka Qaisara berkahwin awal kerana sebelum ini Qaisara sudah berjanji untuk membantu keluarga selepas berkahwin. Kehidupan mereka bahagia.

Sehinggalah pada suatu malam apabila rumah yang diduduki Qaisara dan Fuad itu telah dimasuki pencuri. Fuad terpaksa bergelut dengan kedua-dua pencuri itu dan akibatnya Fuad dipukul di kepala  sehingga menyebabkan Fuad pengsan dan tidak sedarkan diri. Fuad mengalami kecederaan serius di kepala. Fuad menghidap penyakit skizofenia (penyakit mental) tahap permulaan yang turut sama melibatkan emosinya, namun dalam proses pengesahan oleh pihak hospital.

Qaisara menjaga Fuad, suaminya dengan penuh kasih sayang dan segala duit simpanan digunakan untuk keperluan Fuad. Fuad pula tidak lagi seceria dulu dan lebih banyak berdiam diri. Kadangkala Fuad bercakap seorang diri dan kadangkalanya memberontak kesan daripada kecederaan mentalnya itu sehingga membimbangkan Qaisara Sebulan berlalu, cuti Qaisara sampai ke penghujungnya. Qaisara semakin bingung kerana dia bimbang hendak tinggalkan Fuad keseorangan di rumah. Qaisara tidak mahu tinggalkan Fuad kepada penjaga atau orang gaji kerana dia tahu yang Fuad tidak suka. Qaisara juga baru menerima arahan daripada majikannya untuk bertugas di cawangan baru syarikat itu di Johor. Qaisara serba salah dan akhirnya Qaisara membuat keputusan untuk menumpangkan Fuad di rumah emak dan ayahnya di kampung. Pada mulanya Mak Dah keberatan menerima permintaan anaknya Qaisara itu, tetapi setelah dipujuk akhirnya Mak Dah terima juga. Fuad pula memberontak kerana tindakan Qaisara menghantarnya ke rumah mertuanya itu.

Apa yang terjadi kepada Fuad? Kenapakah Qaisara sanggup menghantar Fuad ke kampungnya untuk dijaga oleh Mak Dah? Bagaimana penerimaan Mak Dah dengan kehadiran Fuad di kampung? Qaisara mulai menemui cinta baru di pejabatnya? Semua persoalan itu bakal terjawab dalam telemovie Hilangnya Kasih.

20 February 2016

Drama Pak Zin D.I.Y Di TV1

11:30:00 AM 0 Comments

Drama Pak Zin D.I.Y di TV1 | Last week panggung Ahad, sempat jugak tengok drama viral cinta. Untuk weekend ni, siapa-siapa yang bercadang tak keluar rumah bolehlah tengok drama Pak Zin D.I.Y di tv1, pada Ahad... 21 Februari 2016, jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sumber gambar drama Pak Zin D.I.Y daripada google image

SINOPSIS DRAMA PAK ZIN D.I.Y DI TV 1
Berdasarkan info yang aku baca di laman umikasum, drama Pak Zin D.I.Y mengisahkan tentang Pak Zin seorang pesara yang gemar bertukang sehingga membuatkan dia tiada masa dengan isteri dan keluarganya. Minatnya telah menimbulkan konflik sehingga menyebabkan Pak Zin berhenti bertukang. Apakah yang terjadi sebenarnya? Saksikan segalanya dalam drama Pak Zin D.I.Y di kaca tv anda.

PELAKON DRAMA PAK ZIN D.I.Y TV1
Menurut sumber, antara para pelakon yang membintangi drama Pak Zin D.I.Y adalah seperti Mardiana Alwi, Zizan Nin, Elly Raja Lawak dan Zaefrul Nordin. Tu antara serba sedikit info mengenai drama Pak Zin D.I.Y yang akan menghiasi Panggung Ahad nanti, semestinya di tv1. Pada yang tak rancang nak ke mana-mana... Bolehlah layan drama Pak Zin D.I.Y nanti.

Minggu Ke-4 Maharaja Lawak Mega 2016

3:00:00 AM 0 Comments

Minggu ke-4 Maharaja Lawak Mega 2016 | bertemakan nilai-nilai moral bercirikan kebersihan. Minggu ke-3, Kevin dan Chilok terkeluar. So, hanya 12 ejen beraksi di pentas MLM minggu ke-4.

Minggu ke-3 MLM 2016 tak menyempat nak update. Almaklumlah, masa tu bercuti di rumah mertua... Pastu pulak Ain dan Alia berjemaah demam. So peluang nak tengok MLM 2016 minggu ke-3 memang takde. Tahu yang tersingkir pun... Encik suami yang bagitau.

Untuk minggu ke-4 ni... Alhamdulillah, boleh jugak layan dengan ditemani encik suami dan Alia. Ain pulak dah tidur... Apalagi. Peluang haruslah direbut. Hehe. Kami bertiga penyokong tegar Bocey. Diharap harapan nak tengok Bocey menjadi juara MLM 2016 tercapai. Aamiin...

Sumber gambar kumpulan Xola MLM2016 daripada google image

Then, untuk minggu ke-4 Maharaja Lawak Mega 2016, keputusan penuh menyaksikan ejen Xola tersingkir di pentas MLM 2016 berikutan persembahan mereka mendapat markah peratusan yang rendah daripada pihak juri dan undian sms para penonton.

Apa-apa pun, Bocey jugak yang best. Huhu... Sesekali tengok lawak... Gelak... Ada baiknya untuk badan. Apakah rahsia ketawa kepada manusia... Kenalah baca artikelnya DI SINI.

Genap 14 Bulan

1:57:00 AM 0 Comments

Genap 14 Bulan | Alhamdulillah... Harini punya cerita, si adik Ain dah pun setahun 2 bulan. Semalam pulak birthday si kakak yang ke-4 tahun. Cepat kan... Budak membesar. Bagaikan tak percaya Alia dah pun 4 tahun... Dan tahun depan dah start masuk Tadika.


Bila... Hubby bangun pergi kerja... Alia dan Ain pun bangun sama. Sementara aku sediakan bento encik suami. Alia dan Ain layan kartun di handphone. Tetiba bila aku suakan handphone kat Ain. Reaksi dia sungguh mengejutkan... Handphone diletakkan di telinga sambil mulut becok kata lo... lo... lo.... Siapalah yang ajar.


Tapi... Tak perlu nak terkejut sangat. Hehe... Sebab, Berdasarkan pengalaman lalu, bila usia anak dah menjangkau setahun... Dia dah bijak meniru perbuatan orang yang berada di sekelilingnya. So... Awas! Jangan tunjuk aksi ganas ataupun tak elok. Then, habit Ain jugak... Bila kita tanya mana hidung Ain. Mesti jawab 'dong' sambil korek lubang hidung. Macam-macam peel Ain sekarang ni. Banyak arahan mudah Ain mula fahami... Bercakap pun semakin luas gaya bahasanya... Walaupun sebutan still pada hujung perkataan.

Cepatnya masa berlalu. Top-top Ain dah boleh berjalan... Dan sekarang dalam fasa belajar bercakap. Alahai... Rindu pulak saat Ain masih bayi. Huhu... Di saat entri ni di paparkan... Usia Ain genap setahun 2 bulan iaitu pada 19 Februari 2016.

19 February 2016

Ragam Rakan Sepejabat

11:00:00 AM 0 Comments

Ragam rakan sepejabat | tetiba pepagi ni nak membebel pulak pasal situasi di pejabat yang kadangkala membuatkan seseorang individu bengang tahap dewa. Tau jelah... Manusia ada pelbagai spesis. Kalau dah pelbagai spesis... Maknanya banyak jugaklah ragam. Bayangkan... Satu pejabat ada sorang ketua, 2 timbalan dan 120 staff. Tak ke banyak tu ragam manusia yang hari-hari nak kena hadap.

Sumber gambar rakan sepejabat daripada google image

Banyak-banyak ragam manusia, paling aku tak suka. Manusia yang kaki kipas... Senang cerita kaki mengampu. Allah... Hari-hari ikut bontot ketua... Kerja hampeh. Dahtu pandai pulak take advantage bila bos takde. Huhu... Sebagai contoh mintak tolong kawan punch card. Sendiri tak datang office. Hurmmm... Sampai gitu sekali tindakan kau buat.

Then... Jenis yang suka mengarah, goyang kaki... Duduk pantri berejam-rejam... Gosip pulak pasal artis. Yang ni satu hal. Allah... Memang kesianla yang dapat member satu office gini. Tahu mengarah je kerja... Dia pulak satu benda tak buat.

Ada jugak yang jenis... Angguk je, tapi stress. Staff cenggini memang tabik spring. Sah-sah dapat title pekerja cemerlang. Tapi... Ada tapinya. Sah-sah, Hari-hari berkejar masa untuk siapkan kerja... Yang kadangkala kerja di luar bidang tugas. Mesti stress kan... Bila dah main angguk je. Sah-sah akan jadi makanan pada yang suka ambik kesempatan.

Paling gerun... Spesis yang talam dua muka. Kena hati-hati manusia sebegini. Silap cakap, boleh gaduh dibuatnya. Yelah... Nampak baik depan kita. Muka mulus je. Pijak semut pun tak mati. Tapi di belakang... Topeng syaitan kau pinjamkan.

Hurmmm... Tapi, ada jugak staff yang baik. Tak semua sebegitu. Pada aku... Biarlah berpada-pada. Buat kerja biarlah ikut bidang tugas yang telah ditetapkan... Jangan memandai nak ambik tugas orang lain tanpa arahan bos. Kang ada pulak orang kata kita berlagak pandai. Bercakap pulak... Biarlah ketika perlu... Bekerja ikut waktu. Bila ada masalah... Cepat-cepat bagitau bos... Aku percaya... Bos pasti memahami. Tu je kot yang aku nak bebel. Mesti korang pernah alami kan?

Checkup 4 Tahun

9:30:00 AM 1 Comments

Checkup 4 tahun | Cepatnya masa berlalu... Pejam celik, pejam celik. Semalam, umur Nur Qalesya Alia genap 4 tahun. So, pada hari yang sama Alia ada temujanji checkup 4 tahun di Klinik. As usual, ceritanya kenalah dikongsikan di sini. Hehe...


Seperti biasa, Ain pun ikut sama dengan ditemani encik suami. Balik dari mengajar kami terus ke klinik. Kena redah hujan yang lebat. Nasib baik ada kereta. Alhamdulillah... Around jam 3 petang, kami dah sampai di klinik. Takde orang lagi. So, kamilah orang pertama. That why, aku suka pergi belah petang. Takde orang sangat. Jadinya, tak sampai 10 minit duduk... Nama Alia pun kena panggil. Masa checkup dengan nurse.

First thing first, kena timbang berat dan ukur ketinggian dulu. Alhamdulillah, berat dan tinggi... Semuanya ideal. Selain tu jugak... Beberapa assesment Alia kena lalui... First, Alia kena tulis apa yang nurse tulis. Alhamdulillah... No problemo, Alia boleh buat. Mengenali bentuk pun... No hal. Cuma... Part bawah atas... Meja. Alia tak fokus... Bawah meja... Nurse tunjuk. Tapi Alia kata atas. Tak dapat nak fokus sangat masa tu... Alia asyik perati sorang baby ni asyik melalak. Huhu... Takpe lah nak... Yang penting nurse kata ok. Tak sekolah lagi, tapi tahu benda-benda asas... Kira oklah tu.

Settle assesment, kami terus balik rumah. Opsss! satu lagi, Alia turut dibekalkan nurse 2 biji pil ubat cacing. Kena makan belah malam. Motif? Jangan tanya aku. Tapi adik kata... Cacing aktif belah malam. So, patut dibunuh belah malam. Then... Menyebabkan ngantuk. Jadi memang sesuailah dimakan pada waktu malam. Akhir sekali... Next checkup 18 Jun 2016. Tak silap next checkup, Alia kena injection. Huhu... Bagaimanalah nanti reaksi dia yer :)

Aku Bukan Bimbo

1:01:00 AM 1 Comments

Aku Bukan Bimbo | Drama adaptasi novel terbaru yang akan menggantikan drama isteri vs tunang. Bila akan disiarkan? Berdasarkan iklan di tv. Drama aku bukan bimbo akan mula bersiaran pada 29 Februari 2016, setiap Isnin hingga Khamis... 10 malam, semestinya di Astro Ria. Antara barisan pelakon yang membintangi drama adaptasi daripada novel Bimbo karya Rin Ahmad... Adalah seperti Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Afifah Nasir, Bell Ngasri, Shakilla Khoriri, Ardella Aryana dan Falisha Crossley.

Then, mesti ada yang mencari maksud Bimbo right. Aku pun tak tahu sebenarnya... Apakah maksud Bimbo?... Sehinggalah aku dapatkan maksudnya di google. Berdasarkan info yang aku baca di mykamus.com, bimbo bermaksud seorang perempuan yang cantik, tapi kurang cerdik.

Sumber gambar drama Aku Bukan Bimbo daripada google image

SINOPSIS DRAMA AKU BUKAN BIMBO
Berdasarkan laman kepalabergetar2u, drama aku bukan Bimbo mengisahkan tentang dalam kehidupan Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Adakah Azad? Siapa Azad?

BACA NOVEL ONLINE BIMBO
Selain itu... Untuk memberi gambaran perjalanan cerita dalam novel Bimbo, aku jugak ingin kongsikan beberapa url bab dalam novel untuk dibaca... Mana tau... Lepas baca, ada yang berminat terus nak beli novel right... Sebab berdasarkan beberapa laman, terutamanya individu yang dah baca novel Bimbo... Mereka rata-rata mengatakan novel tersebut sangat menarik. Tapi... Kalau dah didramakan. Tak taulah best ke tidak? Ye tak. So, berikut adalah antara bab di dalam Aku bukan bimbo ataupun novel Bimbo :-


| Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 dan the rest bab kenalah beli novel Bimbo.

Selamat menonton drama terbaru Aku Bukan Bimbo yer di penghujung bulan Februari :)

18 February 2016

Pelakon Watak Harraz Naufal Tundukkan Playboy Itu

12:54:00 PM 0 Comments

Pelakon watak Harraz Naufal Tundukkan Playboy Itu | adalah Hafidz Roshdi. Sedikit info mengenai pelakon dalam drama slot akasia terbaru menggantikan cinta si wedding planner... Yang pun dah mula disiarkan pada petang semalam... 17 Februari 2016, semestinya di tv3... Jam 7 malam.


BIODATA RINGKAS HAFIDZ ROSHDI PELAKON UNTUK WATAK HARRAZ NAUFAL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Berdasarkan info yang aku baca daripada laman aswanazmy, nama sebenar Hafidz Roshdi ialah Muhammad Hafidz Bin Roshdi. Berumur 21 tahun dan berasal daripada Shah Alam. Pernah berlakon dalam beberapa buah drama lain seperti Kau Aku Kita, Baby Ana Milik Siapa dan Aku pilih kamu.

Hurmmm... Rupanya orangnya masih muda. Kalau tak kerana dia hero dalam drama tundukkan playboy itu. Susahla aku nak cari pasal profil Hafidz Roshdi. Haha... Sebabnya, pernah jugak tengok drama Aku Kau Kita. Tapi macam tak perasan sangat lakonan dia. Nak-nak masa tu dia bukan hero.

Dah adat... Bila pelakon jadi hero... Confirm ramai yang tercari-cari akan maklumat dorang... Paling tidak pun, biodata ringkas dorang. Betul tak? at least... Bila bergosip pasal artis di tempat kerja... Boleh jugak menyampuk. Haha.

Siapa yang minat akan lakonan Hafidz Roshdi, bolehlah mengikuti perkembangannya diInstagram :http://www.instagram.com/hafidz.roshdi/ataupun di facebook fanpage : http://www.facebook.com/hafidzroshdifanpage/


GAMBAR PELAKON HERO HARAZZ NAUFAL, TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Sumber gambar daripada google image

17 February 2016

Episod Akhir Cinta Si Wedding Planner

8:01:00 AM 0 Comments

Episod akhir cinta si wedding planner | Seperti biasa... Mesti happy ending right. Cuma nak tahu rahsia Shira dan Nadia je sebenarnya. Sian pulak kan... If ada individu yang ada masalah seperti Nadia. Hidup dalam dunia fantasi yang dia sendiri cipta.

Sumber gambar daripada google image

Kenapa aku rasa ending cinta si wedding planner agak mendatar yer? Tetiba pulak watak Syakirin, kawan satu universiti Zara muncul. Eh! macam pelik pulak tetiba muncul di saat akhir. Adakah itu hint sambungan cinta si wedding planner raya. Si Bazli pulak kawin dengan Syakirin. Haha... Apa-apa pun, cinta si wedding planner pun dah berakhir semalam. Puas hati tak?

16 February 2016

Bateri Note 1 Cepat Habis!

9:16:00 PM 1 Comments

Bateri Note 1 cepat habis | Itulah yang aku hadapi sekarang setelah 3 tahun tak bertukar. Bila 50% je baterinya, terus terpadam. That why, blog jarang ber'update minggu ni. Seperti pernah aku katakan sebelum ni. Semenjak memiliki note... Aku totally update blog menggunakan note. So, bila dah terbiasa... Terasa malas pulak nak update blog guna laptop. Tula padahnya.

Sumber gambar daripada google image

Ada jugak survey bateri note 1 di internet... Harga sekitar RM30 - RM50. Yang tak original lah... Yang original, aku tak survey lagi. Hubby kata, dapat gaji nanti baru nak survey bateri di Betong. If harga bateri yang ori ok. Next week kot baru tukar. Tu pun tak tau lagi. Huhu...

Buat sementara ni, aku update guna handphone samsung mini galaxy. So... Sangat-sangat lambat. Kena bertabahlah wahai hati. Nak on laptop... Sah-sah ada yang mengacau. Lagipun, sindrom malas banyak sangat. Huhu... Dah seminggu ni dah bateri note 1 aku buat hal. So, kena bersabarlah hendaknya...

15 February 2016

Tak Logik!

9:26:00 PM 2 Comments

Tak logik! | itulah adik aku kata... Bila tengok senang-senang je Shira masuk ICU time cubaan untuk membunuh Zara Batrisya. Haha... Drama je pun. Emo pulak adik aku tengok episod 27 cinta si wedding planner.

Sumber gambar daripada google image

Hurmmm... Esok dah episod akhir. Then, lusa dah start akasia terbaru iaitu Tundukkan Playboy Itu. Tapi serius... Benci tengok watak Shira dalam drama tersebut. Tak habis-habis buat hal semata-mata untuk meraih cinta Fariz. Malam esok last episod, mesti rahsia Shira terbongkar. Tak sabar nak tahu... Apakah yang berlaku dengan Shira dan Nadia sebenarnya.

Biasalah... Bila dah ramai yang updated pasal cinta si wedding planner. Sesekali nak jugak layan on time. Alhamdulillah... Area kami waktu Maghrib masuk awal before jam 7 malam. So, takde masalah sebenarnya nak layan. Cuma tula... Bila dah bergelar isteri dan ibu... Banyak sangat kekangan. Tapi... Untuk harini punya episod... Boleh pulak aku ada masa untuk layan. Huhu...

Rezeki Selepas Tahun Baru Cina

2:29:00 PM 0 Comments

Rezeki selepas tahun baru cina | entri sekadar catatan untuk melihat perkembangan Nuffnang sepanjang berblog. Last, dapat cpuv pada 2 Februari 2016... iaitu Cpuv ke-9 untuk tahun ni.  Iklan yang sama iaitu Huawei. Alhamdulillah... Semalam check Nuffnang, tengok-tengok ada satu lagi cpuv gandaan tiga yang pihak Nuffnang bagi untuk blog ni... Menjadikan ia kempen yang ke-10 untuk tahun ni.

Iklan Huawei Mate S & Watch

Insya Allah... Tahun ni punya earning... Ingat nak hold dulu sampai hujung tahun... Nak buat belanja cuti-cuti Malaysia ke... Makan-makan ke. Hehe... Apa-apa pun, thanks Nuffnang dan kawan-kawan kerana berterusan memberi sokongan kepada blog ni... Setakat ni takde lagi tengok iklan Huawei Mate S & Watch berlegar di blog ni. If ada yang ingin tahu lebih lanjut mengenainya... Bolehlah klik iklan yang terdapat di blog ni... Tu pun andai iklan tersebut dipaparkan.

Suami Yang Baik

7:59:00 AM 1 Comments

Suami yang baik | pada aku... Lain orang lain caranya untuk mengukur kebaikan si suami kepada isteri. Entah! Tetiba isu itu timbul di ruang kotak fikiran ku. Biasalah aku.Bila dah terbangun menyusukan Ain... Memang susah nak tidur balik. Sudahnya... Otak aku penuh dengan angan-angan dan banyak benda yang difikirkan. Bila bercakap pasal suami yang baik.

Sumber gambar daripada google image

Pada aku... Suami yang baik, Walaupun tak kaya... Yang penting kaya dengan ilmu agama. Sedap mata memandang... Yang penting penyayang... Sudah cukup sempurna buatku. Tak pernah merunggut dengan karenah isteri dan anak... Malah menerima kekurangan isteri seadanya... Membuatkan aku bahagia tak terhingga. Sentiasa menjadi hero... Bila si isteri ditimpa masalah... Itulah sifat suami yang aku dambakan. Apa guna kaya... Hensome. Tapi, hari-hari makan sepak terajang. Padahal... Kita kawin atas dasar sayang dan cinta... Right!

Syukurlah kalau ada suami yang baik. Jangan pulak ambik kesempatan atas kebaikan suami. Mintak beli itu dan ini... Padahal suami tak mampu nak beli. Biar hidup sederhana... Yang penting bahagia. Usah dengki akan kehidupan orang lain... Bersyukurlah dengan apa yang ada. Aku percaya... Setiap kali kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan... Tak mustahil Allah akan melipatgandakan rezeki seseorang manusia itu. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ke atas alam semesta. Apa saje boleh berlaku sekelip mata di atas kekuasaan Allah S.W.T. Itulah antara lain yang menjadi peringatan buat diriku.

14 February 2016

Updated Blog Tengah Malam!

1:24:00 AM 1 Comments

Updated blog tengah malam | antara aktiviti aku di rumah mak mertua sepanjang cuti, bersempena Chinese New Year. Takde aktiviti menarik pun kami nak buat. Asyik terperap je di rumah. Nak jalan-jalan memang taklah... Dahla Alia dan Ain demam. Kuching pulak hujan memanjang dan ada sesetengah tempat banjir. So, takut pulak nak ke mana-mana... Jammed satu hal... Kalau jalan-jalan pun leceh nak kena redah hujan bagai. Sudahnya... Sampai esok nak balik pun... Lansung tak ke mana-mana. Hurmmm... Redha jelah. Kena melepak memanjang di rumah. Huhu...

Sumber gambar daripada google image

Kat rumah mertua, jangan haraplah nak pegang handphone memanjang. Mak mertua takdelah marah... Cumanya segan pulak kan... Cuti pun bukannya lama. Cuma masa tu je bersama dorang. Walaupun updated blog suatu kemestian. Nak atau tidak... Masa updated kenalah adjust. Then, kuasa autopublish sangatlah berguna ketika suasana sebegitu... Kan?

Blogwalking pun... Mana yang menyempat je. Tu pun sekadar baca tanpa komen. So, no wonder blog ni sunyi tanpa komen kunjungan balas. Tapi takpelah kan... Tu je peluang bersama dorang. Nanti ada masa... Sampai lebam mata updated blog pun takpe. Betul tak?

11 February 2016

Cerekarama Sabtu Ni

3:00:00 PM 0 Comments

Cerekarama Sabtu ni | 13 Februari 2016, berjudul Reza, Arman & Bill... Semestinya di tv3. Berdasarkan sinopsis yang aku baca dari laman kepalabergetar2u... Cerekarama Reza, Arman & Bill mengisahkan tentang Reza, seorang yang fanatik terhadap bola sepak. Namun, minatnya hancur apabila kakinya dicederakan oleh musuhnya. Walaubagaimana pun, seorang pemain bola sepak menghadiahkan Reza sepasang kasut untuk mengembalikan semangatnya. Antara para pelakon yang membintangi cerekarama Reza, Arman & Bill ialah Shafie Naswip, Fimie Don dan Aedy Ashraf.

Sumber daripada google image

Jangan lupa saksikan cerekarama Reza, Arman & Bill pada 13 Februari nanti, di tv3 semestinya jam 9 malam. Selamat menonton yer... Terutamanya pada mereka yang fanatik akan bola sepak :)

Mr. Boss, Miss Stalker

2:27:00 AM 0 Comments

Mr. Boss Miss Stalker | Drama terbaru adaptasi daripada novel Mr. Boss Miss Stalker yang dikatakan bakal menghiasi slot dahlia tv3... Tu berdasarkan info yang aku baca dari blog EDtv. Then, ada jugak usha twitter Mia Ahmad. Tak sangka, dia pun ada jugak tweet "siapa pernah baca novel Mr. Boss, Miss Stalker?".

Sumber daripada twitter

Adakah Mia Ahmad akan memegang watak heroin dalam Mr. Boss Miss Stalker? Hurmmm... Kalau betul novel tersebut akan diadaptasi ke sebuah drama dan pelakon wanitanya adalah Mia Ahmad. Confirm drama tersebut menjadi trending seperti drama hati perempuan kan.

Actually, aku tak pernah baca novel Mr. Boss Miss Stalker. Tapi, berdasarkan komen pembaca yang dah baca novel tersebut. Ramai yang bagi komen positif... Kata yang novel tersebut kelakar dan mempunyai kelainan. Apakah kelainan dia... Kenalah tunggu dan lihat kalau betullah novel tersebut bakal diadaptasi.

GAMBAR NOVEL MR. BOSS MISS STALKER DARIPADA KAKINOVEL

SINOPSIS NOVEL MR. BOSS MISS STALKER
Ada jugak google pasal sinopsis novel tersebut. Ternyata tidak menghampakan. Berdasarkan apa yang aku baca dari laman kakinovel, novel Mr. Boss Miss Stalker mengisahkan tentang Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

“Antara nyata dan mimpi… Ada hati yang ingin kutawan… Tapi, dalam lain dimensi… Hatiku kau jadikan tawanan….”

Macam menarik kan... Hurmmm, alang-alang bercakap pasal novel MR. BOSS, MISS STALKER... Ada jugak usha harga novelnya di pasaran dan berdasarkan info yang terdapat di laman kakinovel, buku tersebut yang mempunyai jumlah muka surat 536... Di jual dengan HARGA SEMENANJUNG: RM21, AHLI KN: RM17 HARGA SABAH/SARAWAK: RM24, AHLI KN: RM20... Sangat murah kan?

08 February 2016

Konsert Akhir Seiras Seirama Musim Pertama

12:35:00 AM 0 Comments

Konsert Akhir Seiras Seirama musim pertama | telah pun melabuhkan tirainya dengan 7 finalis beserta ikon masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara... Dan Akhirnya, Azlyna Aziz dan ikonnya Ziana Zain telah berjaya bergelar juara seiras seirama 2016... Dengan membawa pulang wang berjumlah RM20,000 dan sebuah trofi sumbangan daripada pihak Astro.

Sumber gambar daripada google image

BIODATA RINGKAS AZLYNA AZIZ PESERTA DI BAWAH IKON ZIANA ZAIN
Azlyna Aziz atau senang dengan sapaan Elynn berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Selain itu, menurut info yang aku terbaca dari laman nurfuzie, Azlyna juga merupakan adik kepada penyanyi Azura Aziz yang popular dengan lagu Bukanku Tak Sayang Lagi pada tahun 90-an.

Tahniah buat Azlyna... Memang patut pun bergelar juara... Suara sebijik macam Ziana Zain... Tu baru seirama. Huhu... Walaupun macam chipsmore tengok. Akhirnya... Tahu jugak siapa juara kan...

07 February 2016

Telemovie Cinta Si Wedding Planner Raya

12:07:00 PM 0 Comments

Telemovie Cinta si wedding planner raya | Haritu masa tengok melodi tak silap dua minggu lepas... Adi Putra ada bagitau... Akan ada versi raya untuk cinta si wedding planner. Then, terbaru... Terbaca dari blog EDtv... Juga memperkatakan yang sama... Di mana akan ada cinta si wedding planner pada syawal 2016 nanti.

Sumber gambar daripada blog EDtv

Hurmmm... Semestinya trending di tv3. Bila hits tontonan sesuatu drama atau rancangan itu mencecah jutaan. Maka akan ada kesinambungan ceritanya. So, dua minggu akan datang merupakan minggu akhir untuk drama cinta si wedding planner. Nak tahu kesudahannya kenalah tengok episod akhir cinta si wedding planner nanti.

Tak dapat tengok on time... Tengok online pun jadilah. Huhu... Selalunya, bila cinta si wedding planner... Bersiaran... Jarang dapat tengok. Biasalah... Si ibu confirm sibuk ketang ketung di dapur. Nak buat macam mana... Dah jadi tanggungjawabkan. kenalah...Dahulukan keluarga daripada yang lain.

Manisan Kelapa Muda

12:24:00 AM 0 Comments

Manisan kelapa muda | Mengingatkan aku zaman sekolah dulu. Banyak food yang mak buat sendiri untuk kami. Memang sangat jarang untuk membeli. Lagipun... Dulu kami susah. Adik-beradik ramai. So, makan pun nak kena catu.

Huhu... Entah! tetiba semalam adik balik kerja terus mintak mak buatkan. Kebetulan ada jiran bagi dua biji kelapa muda yang isinya hampir keras. Apalagi... Bermulalah projek mengupas dan memotong kelapa muda emak di dapur.


Dah siap potong... Kelapa muda direbus sehingga lembut. Toskan. Then... 'arukkan' a.k.a kacaukan di dalam kuali dengan sedikit pewarna dan gula. Huhu... Sangat sedap. Tak sampai setengah jam... Dah habis kami makan. Allah... Nikmatnya lama tak makan. Nanti ada nyiur, nak jugak repeat buat.

Alhamdulillah... Setelah 20 tahun tak merasa. Sekali mak buat... Tetiba mengimbau kenangan lalu. Huhu... Menitis air mata dibuatnya...

06 February 2016

Minggu Kedua Maharaja Lawak Mega 2016

2:41:00 PM 0 Comments

Minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2016 | Semestinya di Astro warna. 15 Kumpulan akan bertanding merebut juara maharaja lawak Mega 2016 dengan membawa pulang wang sebanyak RM500,000. Seperti biasa... Hos still orang yang sama. Siapa lagi, kalau bukan Dato' AC Mizal right.

keputusan maharaja lawak mega 2016, MLM 2016,
Sumber gambar daripada google image

Actually, kami tak langgan Astro Warna. Tapi... Bila ada rancangan maharaja lawak mega. Seperti tahun sebelumnya, topup sampaila minggu akhir maharaja lawak mega. Dah tamat... Tahu siapa juara. Terminate balik >_<. Senang kan.

Malam semalam punya persembahan sangat hambar... Sampai aku tertido dibuatnya. Tapi, encik suami kata... Persembahan group bocey best. Nantilah nak tengok balik MLM 2016 secara online DI SINI. Tapi kan... Hubby asyik dok kata kumpulan Bocey yang bakal juara untuk Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016. Huhu... Awal betul hubby buat andaian. Tapi kan... Aku pun rasa benda yang sama. Harap-harap boceylah yang menang yer :)

05 February 2016

Dot To Dot Activity

9:27:00 AM 0 Comments

Dot to dot activity | Buku terbaru hubby beli untuk Alia. RM3.20 je pun. Walaupun murah, isi kandungannya amat berfaedah untuk mengasah kemahiran motor halus anak-anak untuk lebih mahir. Di area Betong... Nak beli buku latihan untuk budak umur 4-6 tahun... Boleh dapatkan di kedai Medan, Doremon dan jugak OneStop. Sangat murah ^_<.


Alhamdulillah... Semalam masa lapang Alia diisi dengan menyambung titik yang terdapat di dalam buku tersebut sehinggalah menghasilkan 1 objek.


First time sambung titik yang melibatkan objek. Alia sedikit keliru... Yelah, kalau dah melibatkan nombor yang besar after 20, Alia sambung pun main hentam je. Janji bersambung. Aku biarkan saje Alia membuat aktiviti sambung titik ikut keselesaan dia. Dah biasa dengan aktiviti dot to dot nanti... Barulah tekankan rule. Budak... Kalau berkeras memang dorang tak nak. Kena sabar layan karenah dorang. Lebih-lebih lagi budak baya Alia... Memang banyak tanya... Silap-silap, kita pun tak reti nak jawap.

Pada aku... Nak bagi input berbentuk ilmiah... Kenalah santai... Take time. Barulah budak enjoy. Kalau main paksa... Jangan haraplah dorang nak buat. Fobia lagi ada. Belajar ada banyak cara. Terpulang kepada kita untuk membuatnya... Kenalah kreatif. Google kan ada. DIY untuk homeschooling pun banyak jugak sekarang ni blogger kongsikan... Kan. Huhu... Dah banyak jugak aku download. Cuma sindrom malas banyak sangat.

04 February 2016

Cerekarama Terbaru Baba Nyonya

4:00:00 PM 1 Comments

Cerekarama terbaru baba nyonya | 6 Februari 2016, di tv3 dan bersiaran pada jam 9 malam. Tu antara info yang aku dapat daripada laman kepalabergetar2u. Hurmmm... Cerekarama bersempena dengan tahun baru cina nampaknya kan.

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS CEREKARAMA BABA NYONYA TV3
Berdasarkan sinopsis yang aku baca, Cerekarama Baba Nyonya mengisahkan tentang Mei Mei dan Wei Meng merupakan pasangan muda dari keturunan Baba Nyonya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Wai Meng seorang yang amat kedekut walaupun mempunyai pendapatan tinggi. Apakah yang berlaku dengan rumah tangga dorang, kenalah tunggu dan lihat weekend nanti.

Apa-apa pun, happy chinese new year buat rakan yang akan menyambutnya. Pada yang bercuti, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya bila balik kampung nanti, ok.

Aik Cheong White Coffee

2:00:00 PM 0 Comments

Aik Cheong White Coffee | produk terbaru encik suami beli semalam. Terbaru bagi kami... Entah! Berminat tengok mug sebagai free gift. Hubby terus beli. Sekotak dijual dengan harga RM15.80. Then, di dalamnya mengandungi 15 bungkus white coffee.


Hubby kata sedap... Sesedap white coffee yang dia beli sebelum ni. Actually, hubby gemar membeli botol air dan mug. Rasa-rasa boleh buat koleksi dah dia punya botol air dan mug. Huhu... Dia pergi mall mahupun kedai runcit... Wajib singgah di bahagian botol. Tengok botol pelik sikit mesti beli. Mug pun sama...

Bukan dia minum sangat pun 3 in 1. Time teringin je pun. Minat mug punya pasal sanggup beli. Haha... Bila tengok aku senyum, dia tahu dah... Confirm kena gelak. Namun... Aku tak pernah halang minat dia. Walaupun... Hakikatnya, bukan nak guna sangat pun botol atau mug yang dia beli. Alih-alih guna mana-mana botol atau mug depan mata je. Tapi kan... Seronok jugak ada suami suka beli botol air. Nanti bila anak-anak dah start bersekolah... Boleh guna. Siap... Boleh tukar-tukar stail lagi setiap hari. Mu ada... Haha.

Belajar Mewarna

10:50:00 AM 2 Comments

Belajar mewarna | antara lain aktiviti yang aku sediakan untuk Alia di rumah. Sepanjang minggu ni memang tak bagi Alia ke luar rumah. Hujan memanjang. Nyamuk pun banyak. Risau jugak dengan isu semasa sekarang ni mengenai virus zika. So, banyak masa kami bertiga di rumah saja... Sementara hubby kerja. Tapi, petang-petang hubby akan bawak kami meronda pusing kampung. So, takdelah bosan sangat.


Berbalik cerita belajar mewarna. Right now, Alia tengah berlatih mewarna dengan cermat. Cermat maksud aku... Bila mewarna... Takdelah nak keluar dari garisan. Even teknik arah mewarna Alia still lintang pukang. Yang tu tak kisahlah... Yang penting tak keluar dari garisan. Rule mewarna pertama yang aku tekankan kat Alia. But takdelah nak paksa-paksa Alia. Alia bukannya dah sekolah pun kan. Mewarna pun ambik masa sampai 2 hari untuk siapkan satu latihan.

Takpelah nak. Berlatih dan berlatih... Pasti boleh. Yang penting buat persiapan dulu, before masuk ke alam persekolahan tu kena ada... Walaupun sikit.

03 February 2016

Ikan Bulu Ayam Telur Hancur

3:18:00 PM 2 Comments

Ikan bulu ayam telur hancur | Menu simple lunch kami. Jemu makan daging dan ayam. Apa kata kita makan 'ikan masin gonjeng'... Permintaan atuk dan nenek Alia pepagi. Makan pulak dengan ulam pegaga sama itu sayur pucuk labu rebus. Huhu... Walaupun simple, menu kampung confirm menyelerakan. Actually, ikan masin gonjeng adalah nama untuk ikan bulu ayam di Sarawak.



Entah! haritu masa kontrak di politeknik. Masa tu makan nasi lemak berlaukkan ikan gonjeng. Tetiba staff asal semenanjung tegur bagitau yang ikan masin gonjeng kami makan dorang namakan dengan ikan bulu ayam. First time dengar terus ingat.

Kalau di Sarawak, ikan bulu ayam sememangnya famous makan dengan nasi lemak. Area Betong lagilah... Bila kawin je, mesti ada ikan masin gonjeng sebagai salah satu menu untuk disajikan kepada para tetamu.

Baru-baru ni... Mak kirimkan 5kg ikan gonjeng kat adik ipar di Perlis. Nak guna masa kawin adik dia nanti 10 Februari ni. Sayang kami tak dapat nak pergi... Sebab, pada tarikh yang sama adik aku nak kena bedah. Haritu tangan dia patah then tak boleh nak lurus sangat... Pastu pulak, tulang dia sedikit membesar. So, doktor sarankan dia supaya dibedah semula. Harap-harap cepatlah baik... Dahla tengah tunggu penempatan MA... Tak taula nanti bagaimana. Adakah nak kena tangguh register or bagaimana? Apa-apa pun, aku doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aamiin...

CPUV Ke-9 Huawei Mate S & Watch Campaign

11:30:00 AM 1 Comments

Cpuv ke-9 Huawei Mate S & Watch Campaign | merupakan buffered earning ke-9 untuk tahun 2016 dan yang pertama untuk bulan Februari selepas cpuv Rakuten Bloggers Project.


Alhamdulillah... Thanks Nuffnang kerana berterusan memberi buffered earning untuk blog ini. Terima kasih jugak buat mereka yang sudi berkunjung di sini. Tanpa korang, pasti blog ini sunyi. Wallahu'alam. Have a nice day :-)

Dengar Radio Sambil Masak?

7:35:00 AM 0 Comments

Dengar radio sambil masak | ni kisah tengahari semalam. Sambil masak ayam masak kicap, sambil tu jugak dengar ceramah motivasi di slot dekat di hati... Channel Sarawak FM.

Sumber gambar daripada google image

Semalam punya tajuk adalah berkaitan dengan 'kuasa kemaafan'... Terutamanya dalam sebuah institusi kekeluargaan... Lebih-lebih lagi di antara suami isteri. Di Malaysia khususnya, bilangan penceraian semakin meningkat saban hari... Yang mana kekadang penceraiannya adalah disebabkan hal remeh temeh dan tak masuk akal.

Bila hati dah tak suka. Semua yang dilihat pada pasangan semuanya membosankan. Sudahnya 24 jam asyik bergaduh. Aku bersetuju dengan motivator tersebut... Di mana komunikasi amat... Amatlah penting dalam hubungan suami isteri. Pada aku, cakap je kalau tak puas hati... Jangan dipendam, nanti rosak hati. Haha...

Lagi satu... Dalam rumahtangga mana mungkin tak bergaduh... Sedangkan lidah lagi tergigit dengan gigi... Inikan pulak suami isteri right. Tapi... Bila bergaduh tu... Janganlah terlalu ego dan egois. Tak kira siapa salah... Tundukkan ego dan egois memasing... Mintak maaf dengan pasangan. Dengan kuasa kemaafan... Pasti hubungan dapat diperbaiki. Kata-kata motivator yang sangat bagus untuk diikuti.

Walaubagaimana pun, semuanya terletak pada kita bagaimana nak mencorak rumahtangga masing-masing. Nak bahagia ada banyak cara. Nak derita, senang sahaja. Ceraikan ada. Tapi... Itu bukan jalan penyelesaiannya.

Pada aku... If kita saling melengkapi dan menerima kekurangan pasangan seadanya... Di tambah lagi... Ada empathy dalam diri, insya Allah kebahagiaan pasti akan menjadi hak hakiki buat kita. Wallahu'alam. Haha... Semangat wei, masak sambil dengar ceramah motivasi.

02 February 2016

Kisah Botol Dan Air Kotak

9:00:00 AM 1 Comments

Kisah botol dan air kotak | Biasalah Ain, mana mungkin boleh duduk diam bila tengok kakak ada botol baru. Begini ceritanya... Semalam hubby belikan botol air untuk Alia. Murah je pun... RM4.30 je.


Nak dijadikan cerita. Lepas cuci dan distrilkan... Si kakak mintak dibuatkan air milo... Milo pada dia... Susu bercoklat fernleaf sebenarnya. Dah tak mau dah minum susu dumex durgo. Bila minum... Mesti nak termuntah. Si Ain pulak... Bila tengok kakak minum, dia pun nak jugak... Maka, tercetuslah perebutan. Haha... Tapi, Alia pasti mengalah. Then... Dengan jayanya... Ain minum seperti lagak dia yang punya. Sabar jelah. Tu kisah botol air.


Kisah air kotak pulak... Dua hari lepas, adik beli dua pasang seluar jean di kedai Doremon, Betong. Biasalah chinese new year kan... Dapatlah discount... Beli air kotak teh bunga... Dengan hanya RM9.90 je, 24 kotak kecik. Apalagi Ain... Bila nampak je... Memanjang kata 'num... Num... Num'. Nak jugaklah tu. Sian punya pasal. Bagilah jugak satu kat dia. Allah... Berakal sungguh dah dia sekarang. Cepatnya masa berlalu. Tengok... Tengok, Ain dah setahun sebulan. Banyak ragam pulak tu. Huhu...

01 February 2016

Resepi Bingka Jagung

11:30:00 AM 0 Comments

Resepi bingka jagung | Haruslah di simpan di sini sebagai koleksi. Bila-bila masa nak buat... Just search it's di blog sendiri. Bila kerajinan datang untuk mem'baking. Apalagi... Semalam, malas nak tengok mentor millenia punya pasal... Layankan jelah kerajinan membuat bingka jagung. Hehe... Sukatan bahan... Sama seperti resepi bingka labu mahupun bingka kacang hijau.


Segelas jagung yang telah dihancur halus + Segelas tepung + Segelas santan + 1/2 gelas gula + 2 sudu marjerin dan sebiji telur.

Famili ramai dan ada yang nak bawak bekal pergi kerja. So, aku doublekan bahan.

Nak buat... Just pukul semua bahan dan bakar. Seperti biasa. Aku bakar guna cara lama. Bakar atas dapur je. Kuih paling senang di alam semesta. That why, semua main belasahbantai je cara membuatnya. Janji famili suka. Alhamdulillah...

Awas! Virus Zika Dan Ancamannya

8:30:00 AM 0 Comments

Awas! Virus zika dan ancamannya | Antara lain tajuk yang boleh diungkapkan apabila virus zika menjadi world trending right now.

Sumber gambar daripada google image

Apa itu Virus Zika?
Menurut beberapa buah laman termasuklah akhbar online... Virus Zika adalah merupakan virus bawaan daripada nyamuk Aedes. Mereka yang dijangkiti virus zika dan mengandung, mempunyai risiko melahirkan anak yang mempunyai saiz kepala abnormal dengan masalah kecacatan pada otak.

Tanda-Tanda Dijangkiti Virus Zika
Mereka yang dijangkiti virus zika dikatakan... Akan mengalami beberapa simptom seperti demam, ruam, sakit sendi, mata merah atau sakit mata, sakit otot dan sakit kepala.

Cara Elakkan Virus Zika
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Na'uzubillah, agama mengajar kita untuk menjaga kebersihan. Antara salah satu tujuannya adalah untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. So, untuk elakkan virus zika... Kita hendaklah hapuskan tempat pembiakan nyamuk, elakkan digigit nyamuk dan jauhi tempat-tempat yang berisiko mempunyai banyak nyamuk.

Senarai Negara yang diserang Virus Zika
Melalui astro awani, terdapat beberapa buah negera yang telah dijangkiti virus zika. Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Bila baca berita pasal virus zika. Seram sejuk dengar... Nak-nak melibatkan ibu mengandung. Memang kena berjaga-jaga. Ya Allah, jauhkanlah Malaysia daripada virus zika.