Rahsia kuku pada manusia | entri terbaru dari aku untuk semua. Bila bosan mula melanda... Dan bila azam mula dinyata... 1 hari, 1 entri...

Rahsia kuku pada manusia

/
1 Comments

Rahsia kuku pada manusia | entri terbaru dari aku untuk semua. Bila bosan mula melanda... Dan bila azam mula dinyata... 1 hari, 1 entri... Kenalah cari bahan untuk dikongsi.

Sumber gambar daripada google image

Alhamdulillah, bila bersembang dengan mak pasaipa kuku dia nampak pucat petang semalam... Tetiba... Teringat pulak aku dengan 4 perkara yang mesti kita ketahui tentang kuku... Info yang aku dapat dari majalah iSIHAT sebenarnya. Di mana...

Kuku yang bewarna merah jambu / pink dan tebal, menandakan kesihatan seseorang itu dalam keadaan yang baik.

Manakala... Jika kuku bewarna kuning dan nipis pula menunjukkan seseorang itu mempunyai masalah pernafasan.

Jika garis melintang pada kuku pula dikatakan seseorang itu mungkin menghidap diabetes.

Terakhir sekali iaitu yang keempat... Kuku yang berbentuk seperti senduk menandakan seseorang itu mengalami kekurangan zat besi.

Kena take noted. Namun, sejauh mana kebenarannya. Wallahu'alam... Dan cukuplah ia sekadar menambah pengetahuan agar kita tahu dan lebih peka untuk menjaga kesihatan mahupun kebersihan. Bak kata mak masa kecik-kecik dulu. Kuku wajib dijaga... Bila panjang, wajiblah potong. Dia pantang tengok kuku yang kotor. Nak-nak time hadap makanan. Kalau dia tahu kuku kotor... confirm kena leter. Huhu... Sebab, kekadang ada jenis manusia... Suka tengok kuku, untuk menilai seseorang itu pembersih atau tak. Pernah tak jumpa orang sebegitu?



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Kakak punya kuku yg jenis mudah terkoyak Fiza.
    Kalau banyak main/kerja dengan air mesti mudah terkoyak. Agaknya kurang kalsium kan - dah tua ni ambil supplement kalsium pun masih tak cukup tau:)

    ReplyDelete