Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin | Tak jelas berita di tv3 disebabkan banyak sangat gangguan dari Alia dan Ain... Aku cuba...

Perkahwinan Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

/
0 Comments


Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin | Tak jelas berita di tv3 disebabkan banyak sangat gangguan dari Alia dan Ain... Aku cuba mencari info mengenainya di atas talian... Dan berikut adalah sedikit info mengenai tarikh dan nilai tajaan perkahwinan Sam dan Syatilla.

perkahwinan Sam dan Syatilla Malvin, syatilla bertudung,
Sumber gambar daripada google image
    Pelakon Shaheizy Sam tampil mengumumkan tarikh pernikahannya dengan aktres Syatilla Melvin yang akan berlangsung pada 8 Februari ini. 
    Majlis perkahwinan pasangan ini telah menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta dan sekali gus dilabel sebagai ‘Wedding of the Year’. 
    "Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu. "Apapun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," katanya seperti yang dilapor Harian Metro. 
    Tambah Sam lagi, jumlah tersebut termasuk barang kemas bernilai RM20 juta dan selebihnya melibatkan persiapan majlis seperti pakaian, dekorasi, pelamin serta cenderahati. Pengumuman dibuat oleh Sam sendiri sewaktu sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara sebentar tadi. . 
    Majlis nikah pasangan tersebut akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan disusuli dengan majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang. Manakala majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur serta majlis meraikan peminat pada 20 Februari. Sumber - Astro Awani
Tahniah! buat hero filem Polis Evo dan heroin drama Sha & Shah yang tengah hot di astro ria sekarang ni. RM25 juta... Sangat-sangat banyak nilainya pada aku..Memang 'wedding of the year' lah tu nanti. Tak sabar nak tengok gambar perkahwinan Sam dan Syatilla... Mesti superb kan... Biasalah artis, kalau dah kawin. Mesti Meletop! Kan???



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: