Origami dan kebaikannya ... Tajuk entri terbaru dari aku. Alhamdulillah, membuat origami adalah salah satu aktiviti homeschool aku, Al...

Origami Dan Kebaikannya

/
0 Comments


Origami dan kebaikannya... Tajuk entri terbaru dari aku. Alhamdulillah, membuat origami adalah salah satu aktiviti homeschool aku, Alia dan Ain. Apa itu origami? Actually, origami adalah satu seni lipat yang berasal dari Jepun. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan origami adalah kertas atau kain berbentuk persegi.

Sumber daripada google image

Terdapat banyak contoh atau koleksi origami yang mudah untuk dibuat. InsyaAllah, andai ada ruang dan peluang... Akan aku kongsikan di sini sebagai ilmu kita bersama. Walaupun aktiviti membuat origami nampak seperti tidak menarik... Namun, andai kita kreatif... InsyaAllah, aktiviti membuat origami pastinya membawa banyak kebaikan.

Bercakap tentang kebaikan membuat origami, berikut adalah antara lain kelebihan aktiviti membuat origami yang patut kita ketahui.

Aktiviti membuat origami membuatkan kemahiran motorik halus anak semakin bagus dengan seni lipatan kertas yang mengikut perincian... Bila lipatan kertas mesti mengikut step... Ini secara tidak lansung... Akan membuatkan anak- anak lebih teliti untuk menghasilkan origami yang terbaik, menarik kebaboom...

Selain tu jugak... Origami secara tidak lansung mengajar anak tentang dunia matematik apabila lipatan melibatkan persegi seperti simetri dan sebagainya. Dan... Apabila aktiviti membuat origami dilakukan bersama anak-anak... Secara tidak lansung, ia membuatkan anak-anak berasa gembira... Dan dengan itu mereka leka untuk melipat kertas... Dalam masa yang sama... Ia membuatkan anak-anak lupa akan gajet.

Tu antara lain faedah aktiviti membuat origami. Hurmmm tak silap di internet terdapat contoh-contoh cara membuat origami. Daripada origami yang paling senang... Sampaikan origami yang paling susah pun ada... Setakat ni, aku pernah ajak Alia buat origami berbentuk kucing. Ada masa nanti... InsyaAllah, akan aku kongsikan di sini.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: