Menariknya bongkah untuk anak-anak ... Second entri dari aku untuk tahun 2016. Aku bukanlah supermom yang punyai kehebatan, namun aku ...

Menariknya Bongkah Untuk Anak-Anak

/
0 Comments


Menariknya bongkah untuk anak-anak... Second entri dari aku untuk tahun 2016. Aku bukanlah supermom yang punyai kehebatan, namun aku ingin mengabadikan kenangan setiap perkembangan Alia dan Nur Ain di sini. Two weeks ago, Ain lansung tak pandang pun bongkah yang hubby beli. Tapi... Saban hari bila aku dan Alia main bersama sambung bongkah tersebut... Dia pun mulai menampakkan minat untuk menyusun bongkah bersama.


Bila dah rasa seronok kot... Kemain khusyuk menyusun... Sampaikan kekadang aku ambik gambar pun tak perasan. Apa yang aku perasan duatigaempat hari ni... Nur Ain, Pantang nampak bongkah mesti dia nak susun. Kemain fokus... Selagi tak berjaya sambungkan bongkah... Selagi tulah dia mencuba untuk menyusun.

Bila dah berjaya... Seperti biasa hadiah dari aku dan Alia pastinya tepukan tangan. Apalagi... Ain senyum sampai nampak semua gigi...

Actually, pada aku bongkah ni amatlah bagus untuk anak-anak... Banyak kelebihannya. Antaranya, Perasan tak... Bongkah tersebut dicipta dengan pelbagai warna, bentuk dan saiz. Ketika menyusun bongkah dengan anak-anak... Kita boleh jugak kenalkan warna, susunkan mengikut warna yang sama, kenalkan saiz dan bentuk bongkah kepada anak-anak. Secara tak sengaja, kita dah bawak anak-anak ke alam pembelajaran walaupun secara tak lansung.


Kreativiti dan imaginasi anak pun semakin berkembang dengan adanya bongkah tersebut. Di mana mereka akan berusaha untuk mencipta sesuatu. Contohnya si kakak... Walaupun ambik masa yang lama untuk membentuk robot. Tapi... Dengan sedikit bantuan hubby... Akhirnya terhasillah sebuah robot oleh Nur Qalesya Alia. Secara tak lansung... Ia boleh jugak membuatkan anak rasa dipercayai dan dihargai.

Untuk Ain pulak... At least, menyusun bongkah mengajar dia mengawal pergerakkan tangan dan mata sewaktu menyusun supaya... Apa yang disusun mengikut bentuk yang sama. Walaupun nampak sedikit kekok... If selalu practice... Pastinya satu masa nanti kemahiran menyusun itu dikuasai... InsyaAllah. Betapa hebatnya permainan bongkah kepada anak-anak.

Itu salah satu permainan yang punyai banyak kelebihan. Namun, perlu diingatkan... Saiz sesuatu bongkah jugak perlu diambilkira ketika membeli... Sebab ada jugak bongkah yang bersaiz kecik. Nanti, tak pasal-pasal... Anak tertelan bongkah. Nau'zubillah...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: