Kartun kesukaan ramai | Bila jadi surirumah sepenuh masa... Banyak masa dihabiskan bersama anak- anak bila ditinggalkan encik suami be...

Kartun Kesukaan Ramai

/
0 Comments


Kartun kesukaan ramai | Bila jadi surirumah sepenuh masa... Banyak masa dihabiskan bersama anak- anak bila ditinggalkan encik suami bekerja mencari rezeki.

Surirumah pun ada schedule sendiri. Bila part mengemas... Aku lebih membiarkan Alia dan Ain menonton astro ceria. Kartun yang dorang selalu tunggu ialah robocar poli. Ain... Walaupun tengah khusyuk susun bongkah... Dengar je lagu tema robocar poli... Confirm terus bergegas ke arah tv sambil 'nyanyi' versi sendiri. Haha..


Encik suami pulak... Bila tengok Alia dan Ain minat sangat akan kartun robocar poli. Siap beli kereta Amber dan Poli untuk dorang. Murah je pun. RM2.50 satu. Beli 2 je dulu... Nanti beli Roy dan Heli pulak. Bukan takde yang lebih mahal... Dan bukannya tak nak beli. Biar dorang belajar berjimat... Dan belajar, bukan semua yang dikehendaki boleh terus dapat. Lagipun... Budak kan... Suka sangat nak merosakkan mainan.


Pada aku... Tak perlu beli yang mahal-mahal... Yang penting dorang seronok main. Selain robocar poli... Didi and friends pun dorang layan. Sampaikan Alia boleh hafal lagu... Dan bagaimana nak eja BINGO dengan betul. Mana taknya... Kalau selalu tengok... Confirm hafal... Biasalah astro... Rancangan dia berulang-ulang. Tapi... Anak-anak tetap tak bosan. Suka lagi ada.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: