31 January 2016

Isu Temankan Isteri Ke Klinik


Isu temankan isteri ke klinik | Hurmmm... Tu pun nak diperdebatkan. Seperti pernah aku kata... KITA SENTIASA ADA PILIHAN. Dan... Setiap pilihan yang kita buat, pastinya mendatangkan kesan positif mahupun negatif. Terpulang kepada kita untuk memilih bagaimana nak mencorakkan rumahtangga masing-masing agar kebahagiaan itu wujud.


Bila bercakap part temankan isteri ke klinik. Terpulanglah pada masing-masing. Masing-masing ada hak. If gembira bila takde orang temankan. Takpelah kan. Jangan pulak... Bila suami tak temankan. Takpelah i boleh pergi sendiri... Padahal dalam hati nak je suami temankan. Then, bila tengok orang lain bertemankan suami dan kita keseorangan... Mulalah rasa sedih. Tak pun berimaginasi sambil tunggu turn. Alangkah indahnya suami duduk sebelah temankan ke klinik.

Kepada kaum suami... Apa salahnya temankan isteri... Terutamanya, pada trimester pertama dan ketiga kehamilan. Pernah tau, masa mengandungkan Alia dulu... Sorang isteri ni takde teman. Aku rasa dia masa tu dalam trimester pertama. Ya Allah... Sedih tengok dia muntah sorang-sorang di luar klinik. Dah tu nampak sungguh muka dia macam tak bermaya. Sian pulak aku tengok. Kalaulah aku di tempat dia... Confirm nangis. Haha... Jangan kecam aku ok.

Respect lah pada suami yang boleh temankan isteri ke klinik. Actually, bosan tau sebenarnya tunggu isteri di klinik. Aku faham akan semua itu. Jangankan suami... Kita yang tunggu kena panggil pun bosan jugak. Asyik berkira-kira tengok nombor, bilalah kena panggil dengan doktor. Tu pun kalau ada peluang untuk temankan isteri. Jangan pulak... Ada peluang sebenarnya, tapi cuba elakkan. Yang tu... Tak munasabahlah jawabnya. Bukan selalu pun nak kena temankan isteri ke klinik. Bersyukurlah bila diberi Allah nikmat untuk memiliki zuriat. Tak ramai yang berpeluang tau.

Kata orang give and take. Tak salah temankan isteri ke klinik... Sesungguhnya suami adalah pelindung buat isteri. Kalau rasa ingin dihargai... Kita sepatutnya hargai orang lain terlebih dahulu. Jangan lakukan sesuatu perkara tu kerana terpaksa... Sebaiknya lakukan sesuatu perkara tu kerana sayang dan empathy.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment