First time tengok Sha & Shah malam semalam. Tak silap dah episod 3 dah. Tu pun bila dok tengok followers fb asyik up status pasal ...

First Time Tengok Sha & Shah

/
0 Comments


First time tengok Sha & Shah malam semalam. Tak silap dah episod 3 dah. Tu pun bila dok tengok followers fb asyik up status pasal drama Sha & Shah best. Apalagi... Tergoda pulaklah nak tengok. Sekali tengok dorang dah kawin dah pun... Tinggal serumah dah. 2 episod tertinggal... Mestilah dah kawin dorang. Tengok pun macam chipmore... Apa tak nya... Sekejap tengok tv, sekejap pulak pantau Ain yang ligat berjalan. Alhamdulillah... duatiga harini, dia dah boleh seimbangkan badan... Jatuh pun dah kurang. Hurmmm... Bila dah dapat kaki ni. Akan ada adegan selongkar almarilah gamaknya. Bertabahlah si emak ni nak mengemas nantinya.


Bila dah namanya first time tengok... So, tak dapatlah nak bagi komen best ke tidak drama Sha&Shah. Tengok pun macam chipmore... Tak logiklah nak bagi komen lebih- lebih. Ye tak? Tapi... Seriously, ok jugak lakonan Syatilla Malvin dan Kamal Adli bila digandingkan bersama. So sweet. Actually, aku lebih suka tengok Syatilla bawak watak baik-baik... Terutamanya bila watak bertudung. Sangat manis dan cantik... Tapi, bila dia bawak watak seksi dan jahat. Aduhai! Boleh tukar channel dibuatnya. Bak kata mak aku... Tu namanya lakonan pelakon tu menjadi. That why boleh buat kita tersuka tanpa sengaja... Meluat, benci dan sebagainya.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: