Baca novel online Tundukkan Playboy Itu Bab 1 - Bab 25 | Terbaca di blog EDtv before ni... Bahawa novel tundukkan playboy itu akan dia...

Baca Novel Online Tundukkan Playboy Itu Bab 1-25

/
0 Comments


Baca novel online Tundukkan Playboy Itu Bab 1 - Bab 25 | Terbaca di blog EDtv before ni... Bahawa novel tundukkan playboy itu akan diadaptasi menjadi sebuah drama... Yang mana, pada mulanya bertajuk Tundukkan Harraz Naufal. Then, ada ura-ura mengatakan drama tersebut still mengekalkan tajuk novel yang berjudul 'tundukkan playboy itu'. Apa pun tajuk drama tersebut nanti... Di sini aku ingin kongsikan url dari bab ke bab untuk mengetahui kisah novel tundukkan playboy itu, hasil karya Anjell yang juga penulis kepada novel Eksperimen cinta. Mungkinkah drama tundukkan playboy itu akan menggantikan drama cinta si wedding planner dalam slot akasia. Apa-apa pun, kena jugak tahu sinopsis novelnya, before tengok right...

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tidak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

"I tak rasa boleh terima you kerja kat kompeni ni.. Tapi... kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja." -HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey.. Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

"Saya berdoa encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti." - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tidak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana penahan mata, jiwa buaya Harraz serius ditunduk. Gila! lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buat Nurin terlopong tiga ssat.

"Tundukkan Harraz, tundukkan playboy itu." - PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

KOLEKSI BAB 1 SEHINGGA BAB 25, NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
Nak tahu best ke tidak tundukkan playboy itu... Bolehlah baca novel onlinenya dari setiap bab... Seperti berikut :-

Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 |

Baca novel macam best. Tak taulah bila dah diadaptasi ke dalam drama. Kenalah tengok pelakon yang membawa watak nanti. Best ke tidak kan?. Satu lagi... Nak kena beli jugak novel, baru ada feel baca. Kekadang line internet buat hal... duatigaempat kali kena stop dulu baca... Baru boleh sambung balik.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: