Encik suami dan lemon | baru dua hari lepas aku berkongsi cerita tentang merawat jerawat dengan mudah menggunakan lemon . Harini pulak...

Encik Suami Dan Lemon

/
0 Comments

Encik suami dan lemon | baru dua hari lepas aku berkongsi cerita tentang merawat jerawat dengan mudah menggunakan lemon. Harini pulak... Still cerita berkisar tentang lemon.

Semalam aku selsema... Asyik bersin je kerja. Disebabkan busy dengan kerja dan anak... Aku biarkan tanpa ambik sebarang ubat. Walaupun before turun kerja... Hubby dah nasihatkan aku agar minum air lemon. Lagipun...Kat rumah memang sentiasa ada stok lemon untuk hubby buat air detox. Cumanya... Aku lupa nak buat. Biasalah... Kalau dah leka buat kerja dan layan anak. Mananye nak ingat. Huhu...


Dijadikan cerita... Balik kerja hubby tanya dah minum tak air lemon. Tanpa bercakap, aku geleng kepala. Apalagi dia... Terus ke dapur. Ingatkan dia nak kencing ke apa. Alih-alih dia buatkan air lemon untuk aku. Dahla mug untuk dia bubuh air lemon dipenuhi lukisan love. Terharunya aku... Haha. Disebabkan terharu punya pasal... Walaupun rasa air lemon tak berapa nak sedap. Aku cuba untuk habiskan.

Alhamdulillah... Dengan selawat dan bacaan surah al-fatihah before minum... Harini selsema aku dah hilang sepenuhnya dengan izin Allah. Alhamdulillah Ya Allah...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: