Citarasa berbeza | Kisahnya bermula bila my mom kata bosan. So, petang Rabu aku ajaklah encik suami bawak mak dan bapak jalan ke Debak ...

Citarasa Berbeza!

/
0 Comments

Citarasa berbeza | Kisahnya bermula bila my mom kata bosan. So, petang Rabu aku ajaklah encik suami bawak mak dan bapak jalan ke Debak ziarah bapak saudara aku.


Baliknya, kami singgah di Pasar Debak. Then, hubby kata nak belikan Alia KitKat sebab dah janji haritu. Entah! Dia bila tengok KitKat green tea... Terus beli. Padahal tak pernah lagi merasa. Kalau minuman green tea brand Yeo's tu adalah...

Punya excited Alia tau bila hubby belikan dia KitKat. Tapi... Sian, dengan sekali gigitan... Terus dia tak nak. Padahal beria nak makan KitKat. Biasalah budak... Mana boleh lari dari coklat kan. Sudahnya... Encik suami tolong habiskan.

Tu la... Citarasa manusia ni berbeza. Orang ni kata sedap, orang tu pulak kata tak sedap. Jangan salahkan pendapat orang lain. Sebaiknya, kita terima pendapat orang lain seadanya. Setiap individu pastinya punyai sudut pandangan yang berbeza. Dan... Bila pandangan berbeza, pilihan itu pasti ada. Tak suka green tea... Lepas ni beli je yang coklat. Ye tak? Tak payah nak kecam habis-habisan... Huhu.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: