Telur berempah | Entri resepi dari aku. Bila mood rajin nak update... Masak simple pun boleh jadi bahan perkongsian. Actually, resepi n...

Telur Berempah

/
0 Comments

Telur berempah | Entri resepi dari aku. Bila mood rajin nak update... Masak simple pun boleh jadi bahan perkongsian. Actually, resepi ni aku pinjam dari blog ZaiFa. Seriously, memang sedap even daun kari aku tolak tepi. Bukan apa... Ada adik aku yang tak gemar aroma daun kari dalam masakan. That why, aku tak letak.


CARA MEMBUAT TELUR BEREMPAH DENGAN MUDAH
Pada yang nak mencuba, jom tengok resepinya.

Bahan-bahan :
8 biji telur rebus | dikupas kulit 
1 paket Rempah Kari Ayam Adabi 
1/2 paket Rempah Kurma Adabi
1 Sup Bunjut Adabi   
2 paket Santan Segera Adabi (bancuh dengan 500 ml air suam)
3 sm halia  
5 biji bawang merah- dihiris 
4 ulas bawang putih -dihiris 
1 batang serai - dititik 
1 sudu besar kerisik  
2 sudu besar minyak 
1/2 sudu besar Asam Jawa Adabi
1 tangkai daun kari
Garam, gula dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya
3 sudu minyak masak

Cara Memasak : 
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan hirisan bersama sup bunjut dan daun kari.
3. Masukkan rempah kari dan kurma bersama sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak. 
4. Masukkan santan yang dibancuh dengan 2 cawan air suam.
5. Biarkan mendidih, masukkan serai, kerisik, asam jawa, garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah kuah pekat masukkan telur, biarkan seketika sehingga kuah pekat dan berminyak sebelum diangkat.

Mudahkan. Haritu masa kenduri arwah mak long... Ada saudara sebelah arwah suami dia sedekahkan telur berkuahkan rempah. Disebabkan first time makan... Aku mintaklah resepi... Tapi dia bagi macam nak tak nak je. Bagi resepi gitu-gitu je. Kata guna kari dan rempah kurma je. Allah... Disebabkan tak puas hati dan keinginan nak makan lagi... Apalagi, trylah mencari resepi. Alhamdulillah jumpa resepi sebijik rasanya seperti yang pernah aku makan. So, kenalah disimpan di sini resepinya sebagai rujukan. Alhamdulillah... Rezeki dinner semalam yang sangat memuaskan hati :)



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: