Udang masak halia | antara menu yang aku sediakan selain daripada midin tumis dan sambal buah embang untuk makan tengahari. Pagi tadi ay...

Udang Masak Halia

/
1 Comments

Udang masak halia | antara menu yang aku sediakan selain daripada midin tumis dan sambal buah embang untuk makan tengahari. Pagi tadi ayah ke pasar Spaoh... Balik bawak udang kecik. RM10 sepinggan. Di tempat kami udang berkulit hitam belang... Dipanggil 'Payak Bukuk'. So, jangan nanti ada yang kata... Sangat murah pulak yer. Jadi... Gambar berikut adalah menunjukkan udang yang aku maksudkan.

Sumber gambar daripada google image

Kalau udang galah, kat tempat kami mahal. Boleh mencecah RM40 sepinggan. Pernah beli masa pregnant Ain. Dalam sepinggan ada 15 ekor udang, dijual dengan harga RM40. Tu pun bukannya bersaiz besar sangat. Mengidam punya pasal... Kenalah beli.

Tanya kat ayah... Nak masak macam mana udang yang dia beli. Tetiba pulak dia kata... Masak simple je. Guna halia dan bawang putih. Hurmmm... Tau dah selera dia. Apalagi chef tak pro seperti aku terus menunjukkan skill di dapur sekitar 11 pagi. Masa Ain tidur... Kenalah masak awal.

CARA MEMBUAT UDANG MASAK HALIA DENGAN MUDAH


Cuci udang. Hiriskan 3 inci halia lebih kurang... Dan jugak bawang putih sebanyak 6 biji. Then, panaskan minyak, tumiskan halia dan bawang sehingga naik bau. Masukkan udang. Tambahkan air, masukkan sedikit garam dan gula. Then... Tunggu sehingga masak. Petua nak tau... Udang dah masak ke belum... Senang je. Bila dah bertukar warna tu. Masaklah udang. Kemain suka Alia makan.

Alhamdulillah... Rezeki untuk harini sungguh mengenyangkan.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. mesti sedap ni kan...rasa bawang putih dan halia pas tu campur manis udang

    ReplyDelete