7 tabiat orang yang amat berkesan . Salah satu judul buku dalam koleksi peribadi hubby. Dibeli dengan harga RM38.90. Murah dan sangat ...

7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan?

/
2 Comments


7 tabiat orang yang amat berkesan. Salah satu judul buku dalam koleksi peribadi hubby. Dibeli dengan harga RM38.90. Murah dan sangat bermutu isi kandungannya.


Walaupun sibuk dengan urusan anak-anak, suami dan sebagainya. InsyaAllah, akan aku cuba untuk baca buku 7 tabiat orang yang amat berkesan sampai helaian terakhir. Semangat kena ada... Ye tak? Sehari sehelai pun takpe...

Berdasarkan sinopsis pada kulit buku... Actually, buku 7 tabiat orang yang amat berkesan menerangkan tentang suatu kaedah yang menyeluruh dan bersepadu untuk menyelesaikan masalah peribadi mahupun profesional... Secara berperingkat untuk hidup dalam keadilan, integriti, kejujuran dan kemuliaan kemanusiaan agar seseorang individu itu mampu menyesuaikan diri kepada perubahan serta kebijaksanaan dan kuasa untuk mendapatkan manfaat dari peluang yang dilahirkan.

Berdasarkan dua bab yang telah aku baca, buku tersebut amat mudah untuk difahami... Dan setiap bait kata di dalamnya membuatkan kita bersemangat untuk meneruskan pembacaan. Hehe... Jangat ingat entri ni untuk tolong promosi ye... Tidak sama sekali... Sebaliknya entri ini sekadar untuk berkongsi info tentang buku yang sangat bagus untuk dijadikan santapan minda.



ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. bagusnyeee.. masih ade masa utk membaca.
    Zura membaca ngan anak2 jer. baca buku sekolah dorang. kekekeke

    ReplyDelete