Filem pelepas saka | antara filem terbaru melayu yang akan mula ditayangkan pada 4 Februari 2016. Antara barisan pelakon yang membintang...


Filem pelepas saka | antara filem terbaru melayu yang akan mula ditayangkan pada 4 Februari 2016. Antara barisan pelakon yang membintangi filem pelepas saka adalah seperti Hanif Safuan, Hafiz Bahari, Lydia Izati, Esma Daniel dan Fauzi Nawawi.

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS FILEM SERAM PELEPAS SAKA
Berdasarkan info yang terdapat di Utusan Sarawak, filem pelepas saka mengisahkan tentang Haider dan isterinya, Alisya pulang ke kampung Mestika untuk menghadari majlis doa selamat yang dilakukan oleh ibubapa Haider, Adnan dan Nora. Adik kembar Haider, Raden juga turut pulang ke kampung.

Dari kecil sehingga dewasa, Haider dan Raden sangat rapat. Namun, semuanya berubah selepas Haider berkahwin dengan Alisya yang merupakan bekas kekasih Raden.

Suatu malam, Asiah melakukan upacara melepaskan sakanya pada Haider. Haider yang tidak menyedari dirinya didampingi saka Asiah mula berubah perangai menjadi panas baran. Dia mula mengesyaki Raden dan Alisya menjalin hubungan. Apakah yang berlaku?

Kepada peminat filem seram, nantikan tayangannya pada 4 Februari 2016 nanti.

Drama Inikah Cinta menggantikan Anakku Diva | akan menghiasi slot dahlia tv3 bermula harini. Berdasarkan info yang aku baca daripada be...


Drama Inikah Cinta menggantikan Anakku Diva | akan menghiasi slot dahlia tv3 bermula harini. Berdasarkan info yang aku baca daripada beberapa buah laman, sinopsis inikah cinta mengisahkan seorang pemuda bernama Muammar (Niezam Zaidi) yang ingin bercinta dengan seorang gadis bernama Rose (Farah Nabila) tetapi diberikan syarat oleh gadis tersebut untuknya mencari 3,000 kuntum bunga. Dalam usahanya memenuhi permintaan Rose, Muammar menghadapi pelbagai kisah lucu dan romantik.

Sumber gambar daripada google image

GAMBAR DAN PELAKON DI DALAM INIKAH CINTA

Sumber gambar daripada google image

Hurmmm... Nak tau best ke tidak drama Inikah cinta... Kenalah tengok sendiri bermula petang ni... Setiap Sabtu dan Ahad, tv3... Jam 7 malam. Kepada peminat slot dahlia, selamat menonton yer :)

Drama Crush Next Door Di Astro Ria | mengisahkan pertemuan 3 kali tanpa sengaja membuatkan Hani jatuh cinta pada Zarif. Setiap kali berj...


Drama Crush Next Door Di Astro Ria | mengisahkan pertemuan 3 kali tanpa sengaja membuatkan Hani jatuh cinta pada Zarif. Setiap kali berjumpa, pasti ada insiden yang mana Zarif akan jadi penyelamat Hani. Tu sinopsis pendek untuk drama crush next door yang aku petik dari blog infotaip.

Sumber gambar daripada google image

Alhamdulillah... Tengok promo pagi semalam terus set day and time bila crush next door bersiaran. Apalagi, jam 9 malam dah terpacak dah depan tv semata-mata nak tengok Nelydia Senrose dan Aiman Hakim Redza berlakon di Astro Ria. Pada aku, ia merupakan gandingan hero dan heroin yang sepadan. Pasti menjadi lakonan dorang. Haha... Andaian semata-mata before menonton. Sila jangan percaya ok. Tapi serius, ceritanya memang best... Sampaikan Cerekarama Pondok Senja lansung tak tengok.

Tak silap drama tersebut adaptasi cerpen Crush Next Door. Siapa yang ketinggalan tengok drama di tv... Boleh jugak baca online cerpen Crush Next Door : DI SINI.

Tak pun, boleh tonton online Crush Next Door bila ada yang share videonya. Just google jer, confirm ada.

Apa-apa pun selamat berhujung minggu semua. Have a nice day :)

Isu temankan isteri ke klinik | Hurmmm... Tu pun nak diperdebatkan. Seperti pernah aku kata... KITA SENTIASA ADA PILIHAN. Dan... Setiap ...


Isu temankan isteri ke klinik | Hurmmm... Tu pun nak diperdebatkan. Seperti pernah aku kata... KITA SENTIASA ADA PILIHAN. Dan... Setiap pilihan yang kita buat, pastinya mendatangkan kesan positif mahupun negatif. Terpulang kepada kita untuk memilih bagaimana nak mencorakkan rumahtangga masing-masing agar kebahagiaan itu wujud.


Bila bercakap part temankan isteri ke klinik. Terpulanglah pada masing-masing. Masing-masing ada hak. If gembira bila takde orang temankan. Takpelah kan. Jangan pulak... Bila suami tak temankan. Takpelah i boleh pergi sendiri... Padahal dalam hati nak je suami temankan. Then, bila tengok orang lain bertemankan suami dan kita keseorangan... Mulalah rasa sedih. Tak pun berimaginasi sambil tunggu turn. Alangkah indahnya suami duduk sebelah temankan ke klinik.

Kepada kaum suami... Apa salahnya temankan isteri... Terutamanya, pada trimester pertama dan ketiga kehamilan. Pernah tau, masa mengandungkan Alia dulu... Sorang isteri ni takde teman. Aku rasa dia masa tu dalam trimester pertama. Ya Allah... Sedih tengok dia muntah sorang-sorang di luar klinik. Dah tu nampak sungguh muka dia macam tak bermaya. Sian pulak aku tengok. Kalaulah aku di tempat dia... Confirm nangis. Haha... Jangan kecam aku ok.

Respect lah pada suami yang boleh temankan isteri ke klinik. Actually, bosan tau sebenarnya tunggu isteri di klinik. Aku faham akan semua itu. Jangankan suami... Kita yang tunggu kena panggil pun bosan jugak. Asyik berkira-kira tengok nombor, bilalah kena panggil dengan doktor. Tu pun kalau ada peluang untuk temankan isteri. Jangan pulak... Ada peluang sebenarnya, tapi cuba elakkan. Yang tu... Tak munasabahlah jawabnya. Bukan selalu pun nak kena temankan isteri ke klinik. Bersyukurlah bila diberi Allah nikmat untuk memiliki zuriat. Tak ramai yang berpeluang tau.

Kata orang give and take. Tak salah temankan isteri ke klinik... Sesungguhnya suami adalah pelindung buat isteri. Kalau rasa ingin dihargai... Kita sepatutnya hargai orang lain terlebih dahulu. Jangan lakukan sesuatu perkara tu kerana terpaksa... Sebaiknya lakukan sesuatu perkara tu kerana sayang dan empathy.

Wallahu'alam.

Susah nak mandi berdua | Itulah hakikat yang kena aku hadap. Biasalah budak, suka bereksplorasi... Bila bawak Alia pergi mandi, si Ain p...


Susah nak mandi berdua | Itulah hakikat yang kena aku hadap. Biasalah budak, suka bereksplorasi... Bila bawak Alia pergi mandi, si Ain pulak sibuk nak masuk bilik air jugak. Yang Alia pulak... Tiap kali masuk bilik air... Mesti nak bawak mainan sama. Lepas tu suka main sabun, main air sambil masuk dalam besen.

Sekarang ni, semenjak dah boleh jalan... Ain pun suka keluar masuk besen. Kena extra care... Kalau ke dapur, port yang dia nak pegi mesti bilik air. Pun sama bila dia sebut 'rak', ,laju-laju dia akan ke toilet. Ya Allah... Suka benau ke toilet. Budak memang suka toilet ek?


Nasib baik kat rumah ramai penghuni. So, time aku sibuk mengemas rumah atau masak. Ada yang jaga. Macam mana nanti kalau di rumah sendiri. Huhu... Kena alert selalu. Itulah antara lain cabaran bila ada anak kecik kan. Kenalah bersabar dalam membesarkan dorang. Sementara aku masak atau mengemas. Aku biarkan dorang bermain dengan bongkah dengan ditemani adik bongsuku. Kemain khusyuk dorang kan?

Citarasa berbeza | Kisahnya bermula bila my mom kata bosan. So, petang Rabu aku ajaklah encik suami bawak mak dan bapak jalan ke Debak ...


Citarasa berbeza | Kisahnya bermula bila my mom kata bosan. So, petang Rabu aku ajaklah encik suami bawak mak dan bapak jalan ke Debak ziarah bapak saudara aku.


Baliknya, kami singgah di Pasar Debak. Then, hubby kata nak belikan Alia KitKat sebab dah janji haritu. Entah! Dia bila tengok KitKat green tea... Terus beli. Padahal tak pernah lagi merasa. Kalau minuman green tea brand Yeo's tu adalah...

Punya excited Alia tau bila hubby belikan dia KitKat. Tapi... Sian, dengan sekali gigitan... Terus dia tak nak. Padahal beria nak makan KitKat. Biasalah budak... Mana boleh lari dari coklat kan. Sudahnya... Encik suami tolong habiskan.

Tu la... Citarasa manusia ni berbeza. Orang ni kata sedap, orang tu pulak kata tak sedap. Jangan salahkan pendapat orang lain. Sebaiknya, kita terima pendapat orang lain seadanya. Setiap individu pastinya punyai sudut pandangan yang berbeza. Dan... Bila pandangan berbeza, pilihan itu pasti ada. Tak suka green tea... Lepas ni beli je yang coklat. Ye tak? Tak payah nak kecam habis-habisan... Huhu.

Demam hindi | melanda kami sefamili, kalau weekend lepas kami tengok Bajrangi Baijaan . Semalam, lepas sembahyang jumaat... Kami terus l...


Demam hindi | melanda kami sefamili, kalau weekend lepas kami tengok Bajrangi Baijaan. Semalam, lepas sembahyang jumaat... Kami terus layan Taare Zameen Par...

Ulang tayang ok. Pernah tengok suatu ketika dulu. Tapi kali ni atas permintaan adik. Actually, adik sekarang tengah bertugas sebagai guru ganti untuk kelas khas di sebuah sekolah... Then, ada cikgu yang bagi movie Taare Zameen Par kat adik... Suruh tengok untuk dijadikan inspirasi mengajar anak-anak istimewa kot. Lagipun adik kata tak pernah tengok lagi. So, kami pun temankan dia tengok sekali.

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS TAARE ZAMEEN PAR
Actually, filem Taare Zameen Par mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berumur 9 tahun yang bernama Ishaan Nandkishore Awasthi. Mempunyai masalah Disleksia iaitu masalah membaca dan menulis... Namun, tiada siapa yang ingin tahu mengenai permasalah tersebut termasuklah ibubapa Ishaan dan jugak guru kelasnya. Apa yang mereka tahu... Bila lshaan gagal dalam setiap ujian... Pastinya Ishaan kena marah.

Oleh yang demikian, parents Ishaan mengambil keputusan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama penuh. Di sekolah berasrama pun, Ishaan tetap juga dimarahi oleh guru-gurunya... Lagi parah, Ishaan semakin diam dan tidak suka untuk belajar.

Suatu hari, seorang guru sementara bernama Ram Shankar Nikumbh (Amir Khan) datang ke sekolah tersebut untuk mengajar subjek lukisan. Dan... Setiap kali Ram Shankar menyuruh pelajar melukis. Ishaan lansung tak melakukannya... Malah memilih untuk berdiam. Then... Ram Shankar akhirnya perasan akan tingkahlaku Ishaan dan cuba untuk mencari apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Ishaan. Dan... Akhirnya, kenapa Ishaan berperangai sedemikian terjawab.

Ram Shankar tanpa mengira waktu... Tetap membantu Ishaan sehinggalah akhirnya Ishaan mampu membaca dan menulis. Malah mulai menyukai aktiviti melukis dan belajar.

Even dah dua kali tengok... Still tak membosankan. Pada aku ceritanya amat bagus buat pendidik dan jugak parents. Jangan sesekali abaikan murid yang bermasalah... Sebaliknya carilah punca yang menyebabkan murid tersebut bermasalah. Then... PERHATIAN amatlah anak-anak perlukan dalam perkembangan tumbesaran mereka. Bukan hanya bagi makan, pakai dan sogokkan mereka dengan gajet semata-mata.

Wallahu'alam... Bersamalah kita beringat.

Cpuv ke-8 Rakuten bloggers project | iklan terbaru aku dapat pada 29 Januari 2016 selepas iklan Panadol ActiFast . Alhamdulillah, dapat ...


Cpuv ke-8 Rakuten bloggers project | iklan terbaru aku dapat pada 29 Januari 2016 selepas iklan Panadol ActiFast. Alhamdulillah, dapat satu lagi iklan gandaan 3 daripada Nuffnang. Thanks Nuffnang kerana berterusan mempercayai blog biasa seperti ini untuk terus beriklan.


Cerekarama 30 Januari 2016 | Sabtu... Berjudul Pondok Senja, bersiaran di tv3 pada jam 9 malam. Merupakan cerekarama terbaru selepas ce...


Cerekarama 30 Januari 2016 | Sabtu... Berjudul Pondok Senja, bersiaran di tv3 pada jam 9 malam. Merupakan cerekarama terbaru selepas cerekarama Serambi Mama. Antara para pelakon yang membintangi cerekarama pondok senja adalah seperti:-
Fauziah Nawi
Kamal Adli
Nazeerah Sardi
Syafie Naswip
Kamal Sumbu

Berdasarkan sinopsis yang aku baca dari laman kepalabergetar2u, cerekarama pondok senja mengisahkan tentang sebuah keluarga hartawan perkapalan yang mempunyai seorang anak tunggal bernama Zulfa, yang sedang belajar di universiti dan dilanda kejutan tentang pewarisan harta dan juga aset perniagaan.

gambar pondok senja, pelakon pondok senja,
Sumber gambar daripada google image

Insya Allah, jika berpeluang bolehlah layan. Suka jugak tengok lakonan Fauziah Nawi... Sangat menjadi... Lebih-lebih lagi bila dia bawak watak orang miskin yang berpegang teguh dengan agama. Boleh meleleh air mata dibuatnya. Huhu... Best ke tidak cerekarama pondok senja... Kenalah tunggu dan lihat sendiri. Barulah boleh review, right?

Wallahu'alam... Selamat malam :)

Pengakhiran cinta si wedding planner | Antara keyword yang terdapat di akaun Nuffnang aku. Hurmmm... Ramai jugak yang ingin tahu kesuda...


Pengakhiran cinta si wedding planner | Antara keyword yang terdapat di akaun Nuffnang aku. Hurmmm... Ramai jugak yang ingin tahu kesudahan episod akhir cinta si wedding planner yer.


Biasanya... Tipikal drama melayu pasti pengakhiran akan disudahi dengan kegembiraan. Namun, setiap kegembiraan itu diolah dalam belbagai gaya dan bentuk.

Berdasarkan reviews pembaca yang dah baca novel cinta si wedding planner DI SINI, apa yang berlaku akhirnya lebih kurang... Si Zara mengandung dan telah diculik oleh Nadia. Then... Diselamatkan oleh Fariz. Biasanya kalau dah selamat tu... Si penjahat jugak pasti kena tangkap. Akhirnya dorang sah-sah hidup bahagia tanpa gangguan dah kan. Lebih kurang samalah ceritanya dengan episod akhir Sha & Shah semalam kot. Tapi, Shah kena tikam dengan Atilia menyebabkan Shah masuk hospital. Dalam masa sama, Sha pun nak lahirkan baby.

Apa pun ceritanya, confirm drama melayu happy ending... Cuma... Mungkin diubah sedikit kot jalan ceritanya untuk timbulkan suspend. Tapi... Setakat ni, takde sangat unsur suspend dalam cerita melayu... Semua macam dah boleh agak je endingnya kan...

Nak tak nak... Tunggu dan lihat jelah nanti... Apa yang berlaku dalam episod akhir cinta si wedding planner... Adakah, Diubah atau totally ikut jalan cerita dalam novel?

Telur berempah | Entri resepi dari aku. Bila mood rajin nak update... Masak simple pun boleh jadi bahan perkongsian. Actually, resepi n...


Telur berempah | Entri resepi dari aku. Bila mood rajin nak update... Masak simple pun boleh jadi bahan perkongsian. Actually, resepi ni aku pinjam dari blog ZaiFa. Seriously, memang sedap even daun kari aku tolak tepi. Bukan apa... Ada adik aku yang tak gemar aroma daun kari dalam masakan. That why, aku tak letak.


CARA MEMBUAT TELUR BEREMPAH DENGAN MUDAH
Pada yang nak mencuba, jom tengok resepinya.

Bahan-bahan :
8 biji telur rebus | dikupas kulit 
1 paket Rempah Kari Ayam Adabi 
1/2 paket Rempah Kurma Adabi
1 Sup Bunjut Adabi   
2 paket Santan Segera Adabi (bancuh dengan 500 ml air suam)
3 sm halia  
5 biji bawang merah- dihiris 
4 ulas bawang putih -dihiris 
1 batang serai - dititik 
1 sudu besar kerisik  
2 sudu besar minyak 
1/2 sudu besar Asam Jawa Adabi
1 tangkai daun kari
Garam, gula dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya
3 sudu minyak masak

Cara Memasak : 
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan hirisan bersama sup bunjut dan daun kari.
3. Masukkan rempah kari dan kurma bersama sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak. 
4. Masukkan santan yang dibancuh dengan 2 cawan air suam.
5. Biarkan mendidih, masukkan serai, kerisik, asam jawa, garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah kuah pekat masukkan telur, biarkan seketika sehingga kuah pekat dan berminyak sebelum diangkat.

Mudahkan. Haritu masa kenduri arwah mak long... Ada saudara sebelah arwah suami dia sedekahkan telur berkuahkan rempah. Disebabkan first time makan... Aku mintaklah resepi... Tapi dia bagi macam nak tak nak je. Bagi resepi gitu-gitu je. Kata guna kari dan rempah kurma je. Allah... Disebabkan tak puas hati dan keinginan nak makan lagi... Apalagi, trylah mencari resepi. Alhamdulillah jumpa resepi sebijik rasanya seperti yang pernah aku makan. So, kenalah disimpan di sini resepinya sebagai rujukan. Alhamdulillah... Rezeki dinner semalam yang sangat memuaskan hati :)

Aktiviti Weekend lepas | haruslah dicatat. Lebih-lebih lagi, bila Alia dan Ain berjalan bersama atok dan nenek. Biasalah... Bila anak d...


Aktiviti Weekend lepas | haruslah dicatat. Lebih-lebih lagi, bila Alia dan Ain berjalan bersama atok dan nenek. Biasalah... Bila anak dah dapat gaji hujung bulan... Parents pun confirm dapat.

So, nak dijadikan cerita... Bapak dengan mak ajak shopping barang dapur ke Betong. Apalagi... Encik suami ajaklah kami bertiga sekali. Lepas asar... Kami terus gerak. Tapi sayang... Tak dapat nak shopping sangat... Tetiba hujan lebat melanda bumi Betong. Cuma satudua tempat je kami pergi.


Dalam kereta, Alia dan Ain kemain notty... lebih-lebih lagi si Ain. Dahla macam-macam gaya memek muka dia tunjukkan. Lepas tu... Keja dia asyik panggil si ayah di depan. Selagi tak menyahut, selagi tulah dia memanggil. Naik pening nenek dibuatnya... Nasib baik dari Spaoh ke Betong ambik masa lebih kurang 15 minit masa perjalanannya. Kalau berejam-rejam... Boleh mabuk dibuatnya.

Salah satu tempat yang kami singgah adalah supermarket Doremon, bersebelahan dengan kedai 1 Malaysia dan tak jauh dari Politeknik Metro Betong. Alhamdulillah... Sepanjang kat situ... Alia dan Ain sangat sopan... Lansung tak kacau barang... Dan seperti biasa Alia akan ke bahagian mainan... Tujuannya seperti biasa... Mestilah nak cuci mata.

Alhamdulillah... Berkat sabar mendidik dia dari kecik... Tak pernah lagi ada adegan menangis, menjerit dan sebagainya untuk mintak dibelikan mainan. Tapi... Setakat harini... If ada lebih wang perbelanjaan. Tak pernah lagi abaikan alat mainan dorang... Tak dapat yang mahal... Yang murah pun jadilah...

Balik dari shopping, after isya'... quality time with family katanya... Kami layan movie hindi berjudul "Bajrangi Baijaan". Allah... Sedihnya perjalanan plot ceritanya... Ramai yang update status di fb, kata Bajrangi Baijaan lagi best dari Dilwale. Tak silap tahun 2015 lagi dah Bajrangi Baijaan ditayangkan di pawagam... Huhu. Baru sekarang aku tahu akan kewujudannya. Tu pun kalau tak kerana ramai yang membandingkan dilwale dengan bajrangi baijaan... Confirm lansung tak tahu.



Dilwale aku tak tengok lagi. Tapi, untuk bajrangi baijaan... Seriously, memang bestla ceritanya. Garaban kesedihan, kesusahan dan kegembiraan semuanya ada. Pada aku, banyak mesej yang cuba disampaikan. Terutamanya tentang sikap. Even negara bersengketa... Kenapa perlu rakyatnya pun bersikap membenci... Part aku tak tahan sampai keluar air mata bila Munni a.k.a Shahida berjumpa kembali dengan ibunya. Sedih giler... Huhu. Siapa belum tengok... Trylah tengok.

Rahsia kuku pada manusia | entri terbaru dari aku untuk semua. Bila bosan mula melanda... Dan bila azam mula dinyata... 1 hari, 1 entri...


Rahsia kuku pada manusia | entri terbaru dari aku untuk semua. Bila bosan mula melanda... Dan bila azam mula dinyata... 1 hari, 1 entri... Kenalah cari bahan untuk dikongsi.

Sumber gambar daripada google image

Alhamdulillah, bila bersembang dengan mak pasaipa kuku dia nampak pucat petang semalam... Tetiba... Teringat pulak aku dengan 4 perkara yang mesti kita ketahui tentang kuku... Info yang aku dapat dari majalah iSIHAT sebenarnya. Di mana...

Kuku yang bewarna merah jambu / pink dan tebal, menandakan kesihatan seseorang itu dalam keadaan yang baik.

Manakala... Jika kuku bewarna kuning dan nipis pula menunjukkan seseorang itu mempunyai masalah pernafasan.

Jika garis melintang pada kuku pula dikatakan seseorang itu mungkin menghidap diabetes.

Terakhir sekali iaitu yang keempat... Kuku yang berbentuk seperti senduk menandakan seseorang itu mengalami kekurangan zat besi.

Kena take noted. Namun, sejauh mana kebenarannya. Wallahu'alam... Dan cukuplah ia sekadar menambah pengetahuan agar kita tahu dan lebih peka untuk menjaga kesihatan mahupun kebersihan. Bak kata mak masa kecik-kecik dulu. Kuku wajib dijaga... Bila panjang, wajiblah potong. Dia pantang tengok kuku yang kotor. Nak-nak time hadap makanan. Kalau dia tahu kuku kotor... confirm kena leter. Huhu... Sebab, kekadang ada jenis manusia... Suka tengok kuku, untuk menilai seseorang itu pembersih atau tak. Pernah tak jumpa orang sebegitu?

CPUV ke-7 Panadol ActiFast | Cpuv seterusnya selepas Brand's Essence Chicken . Alhamdulillah, semoga rezeki menulis blog semakin be...


CPUV ke-7 Panadol ActiFast | Cpuv seterusnya selepas Brand's Essence Chicken. Alhamdulillah, semoga rezeki menulis blog semakin bertambah hendaknya. Nak tahu rahsia bagaimana memperolehi BE/CPUV hampir setiap minggu... Tak silap, aku pernah kongsikan beberapa tips di antaranya dalam entri bertajuk "Tips untuk dapatkan Be/Cpuv dengan banyak" DI SINI.


Apa-apa pun... Thanks Nuffnang kerana berterusan memberikan Buffered Earning kepada blog aku :)

Drama terbaru Isteri VS Tunang di Astro Ria | Satu lagi drama adaptasi novel berjudul isteri vs tunang, yang akan menggantikan drama Sha...


Drama terbaru Isteri VS Tunang di Astro Ria | Satu lagi drama adaptasi novel berjudul isteri vs tunang, yang akan menggantikan drama Sha & Shah. Berdasarkan promo di tv, drama tersebut akan mula bersiaran pada 1 Februari 2016, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Sumber gambar daripada kakinovel

SINOPSIS DRAMA TERBARU ISTERI VS TUNANG
Berdasarkan info yang aku baca daripada beberapa buah blog, berikut adalah antara sinopsis yang terdapat pada novel isteri vs tunang... Yang mana mungkin dapat memberikan sedikit bayangan kepada peminat drama adaptasi... Bagaimana perjalanan cerita di sebalik drama berjudul isteri vs tunang.
    Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya.
    Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu. Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim. Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya.
    Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga. Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya. Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim?
    Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan? “Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”
BACA NOVEL ONLINE ISTERI VS TUNANG
Then, kepada yang suka baca novel online, sebelum berfikir nak membeli... Di sini aku juga ingin kongsikan link setiap bab... Iaitu dari bab 1 sehinggalah bab 10 untuk novel isteri vs tunang.

Bab 1 Isteri vs Tunang
Bab 2 Isteri vs Tunang
Bab 3 Isteri vs Tunang
Bab 4 Isteri vs Tunang
Bab 5 Isteri vs Tunang
Bab 6 Isteri vs Tunang
Bab 7 Isteri vs Tunang
Bab 8 Isteri vs Tunang
Bab 9 Isteri vs Tunang
Bab 10 Isteri vs Tunang


Biasanya tak feel sangat baca novel online. Nak kena jugak beli bukunya kan... Berdasarkan info yang aku baca dari laman kakinovel, novel isteri vs tunang yang mengandungi 448 halaman dijual dengan harga RM20 bagi semenanjung dan RM23 untuk di Sabah dan Sarawak. Sangat murah kan. Insya Allah... Chinese New year nanti nak jugak carik novel. Lama dah tak melayan novel. Dulu masa zaman anak dara... Kaki novel jugak tau. Hehe...

Cara mencuci pakaian putih dengan mudah | Nak jugak try and error, bila dah ramai rakan fb dan para blogger yang menviralkannya. Weekend...


Cara mencuci pakaian putih dengan mudah | Nak jugak try and error, bila dah ramai rakan fb dan para blogger yang menviralkannya.

Weekend lepas mintak tolong hubby belikan sabun wangi. So, dapatlah sabun wangi fruitale color kuning. Tapi... Baru semalam buat projek dan caranya adalah seperti berikut:-


Parutkan sabun fruitale.


Dan setelah diparut... Ia akan kelihatan seperti di atas. Then, rendamkan air panas. Masukkan baju putih. Aku rendam separuh hari dan hasilnya not badlah...

Mungkin mistake aku... Tak sental dulu before cuci dalam mesin basuh. Tapi bolehlah try... Terutamanya pada yang tak suka bau clorox... putihlah jugak baju walaupun tak seputih masa baru beli. Hahaha...

Magnet diri | cipta pengaruh luar biasa dan berjaya. Satu lagi koleksi buku hubby, yang aku juga suka baca. Mempunyai 281 mukasurat dan ...


Magnet diri | cipta pengaruh luar biasa dan berjaya. Satu lagi koleksi buku hubby, yang aku juga suka baca. Mempunyai 281 mukasurat dan dijual dengan harga RM19.90 di Sarawak... Amatlah murah dan sangat berpatutan dengan isi kandungannya.


Semua orang mahu menjadi individu berpengaruh. Sama ada pengaruh itu datang melalui jawatan, rupa paras mahupun kuasa, tidak ada yang dapat menafikan keinginan memiliki pengaruh. So, antara lain isi kandungan buku magnet diri adalah mengupas tentang rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada jawatan yang dimiliki. Selain itu, rahsia mengenal pasti kehebatan dan kekuatan diri, mencungkil kehebatan, kemudian merancang memperhebatkan kekuatan turut dikupas di dalam buku tersebut.

Baca Juga >> 7 Tabiat Orang Yang Berkesan

Pada aku, buku magnet diri amat bagus untuk di baca... Kerana ia mampu memberi aura positif kepada si pembaca untuk lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam mencipta pengaruh.

Bingka kacang hijau sukatan cawan | Projek mem'baking sambil tengok AJL 30   tau. Haha... Actually, ni menu terbaru dari aku untuk d...


Bingka kacang hijau sukatan cawan | Projek mem'baking sambil tengok AJL 30 tau. Haha... Actually, ni menu terbaru dari aku untuk dikongsikan di sini... Misinya cuma satu... Sekadar untuk menambah koleksi resepiku di sini. Hehe... Tapi, kalau ada yang nak try buat... Boleh je :)

RESEPI MUDAH BINGKA KACANG HIJAU
Antara bahan dan cara membuat bingka kacang hijau seperti yang aku maksudkan adalah seperti berikut:-


1 cawan tepung + 1 cawan pati santan + 1 cawan kacang hijau yang telah diredus dan dilenyekkan + 1/2 cawan gula + 1 biji telur + 2 sudu mentega.

Bland gula dan telur sehingga kembang. Masukkan mentega. Masukkan santan. Then, masukkan tepung. Last sekali keluatkan dan masukkan kacang hijau. Gaulkan sehingga sebati dan bakar.

Aku guna acuan bakar ibu stail lama. Bakar atas dapur je pun. Huhu... Dorang kata... Kerak kuih bakar atas dapur lagi sedap. Ada-ada je kan. Padahal sama je tu.

Apa-apa pun. Alhamdulillah, tu antara isi bento hubby harini untuk bekal ke sekolah selain nasi dan lauk yang lain.

Gembiranya dalam hati,
Dapat sedia bento untuk hubby.
Hahahaha...

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 30 | Huhu... Menyempat jugak tengok. Dan berikut adalah keputusan AJL Ke-30. Persembahan...


Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 30 | Huhu... Menyempat jugak tengok. Dan berikut adalah keputusan AJL Ke-30.


Persembahan terbaik, lagu potret nyanyian hakim & Majistret
Vokal terbaik disandang oleh dayang nurfaizah, dengan lagu berjudul tak pernah menyerah
Tempat ketiga dengan lagu hanya namamu, dimenangi buskers
Naib juara pulak dipegang oleh faizal tahir dengan lagu berjudul assalamualaikum Dan
Juara AJL 30 dimenangi oleh akim & Msjistret dengan lagu berjudul potret.

Tahniah buat semua.

CPUV Ke-6 : Brand's Essence Chicken | Latest kempen blog ni dapat after Huawei Mate S & Watch . Alhamdulillah... Semoga rezeki b...


CPUV Ke-6 : Brand's Essence Chicken | Latest kempen blog ni dapat after Huawei Mate S & Watch. Alhamdulillah... Semoga rezeki berblog terus bertambah hendaknya. Thanks Nuffnang.


Pada yang sentiasa sokong dan datang ke blog ni. Ribuan terima kasih aku ucapkan. Tanpa korang, sunyilah blog ni.

Sedap Tak Kacip fatimah perl choco? | Satu soalan yang pernah adik aku tanyakan bulan lepas padaku. Dah sebulan encik suami belikan unt...


Sedap Tak Kacip fatimah perl choco? | Satu soalan yang pernah adik aku tanyakan bulan lepas padaku. Dah sebulan encik suami belikan untuk aku. Tapi still berbaki 13 paket. Why?

Sumber gambar daripada google image

Before nak cerita pendapat aku tentang perl choco. First... Nak kena bagitau jugak harga 1 bungkus besar tu... Di dalamnya ada 15 paket kecik. Harga dijual di area Betong, Sarawak... RM14. Encik suami saja je belikan untuk aku. Bila teringin nak minum... Stok ada dah... Tau jelah... Dah ada anak, bajet kena betul.

Aku pulak... Kalau teringin, baru bancuh... Kalau tak nanti adik-adik akan tolong habiskan. Ni entah... Still banyak lagi... Dah nak masuk 2 bulan dah ni. Tak macam nescafe white coffee haritu... Tak sampai seminggu, dah habis.

Pendapat aku... Sama macam adik. Rasanya kurang sedap. Mungkin rasa choco yang kaww sangat kot. Pada aku lagi sedap kacip fatimah yang perl cafe tu. Itu just pendapat aku. Setiap orang, citarasanya berbeza. Mungkin bagi peminat choco... Ia sangat lazat. Mana tau... lepas ni marketing kacip fatimah cuba fikirkan produk baru... Campuran susu ke... Haha... Merepek tak sudah.

CPUV Ke-5 : Huawei Mate S & Watch Campaign | Alhamdulillah... Rezeki tak putus. Walaupun sikit, aku tetap menghargainya. Ni merupakan ...


CPUV Ke-5 : Huawei Mate S & Watch Campaign | Alhamdulillah... Rezeki tak putus. Walaupun sikit, aku tetap menghargainya. Ni merupakan Cpuv terbaru selepas iklan Titan Watch launch.


Terima kasih pihak Nuffnang, kerana berterusan mempercayai blog ini untuk beriklan. Dan juga... Terima kasih buat yang sudi singgah yer. Pada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai iklan tersebu. Silalah klik iklannya nanti if ada yang berkesempatan tengok iklan tersebut berlegar di sini yer :)

Setakat ni, tuan blog belum lagi berkesempatan tengok iklannya. Hehe...

Cerekarama Serambi mama | Menurut info dari laman kepalabergetar, Telemovie serambi mama mengisahkan tentang Laila, terpisah daripada ib...


Cerekarama Serambi mama | Menurut info dari laman kepalabergetar, Telemovie serambi mama mengisahkan tentang Laila, terpisah daripada ibu bapanya ketika bercuti di Acheh. Bermula daripada tsunami yang melanda, Laila diselamatkan oleh wanita Acheh. Yani, lalu mengambil Laila menjadi anak angkatnya.

Sumber gambar daripada google image

Untuk pengetahuan... Ia akan ditayangkan sabtu ni, 23 Januari 2016. Di tv3, jam 9 malam. Jika berpeluang, nak jugak tengok tsunami dalam drama. Tengok promo haritu. Macam best je ceritanya...

CPUV ke-4 TITAN watch launch  | merupakan iklan seterusnya selepas  Marigold UHT Milk blogger . Alhamdulillah, rezeki berblog. Siapa san...


CPUV ke-4 TITAN watch launch | merupakan iklan seterusnya selepas Marigold UHT Milk blogger. Alhamdulillah, rezeki berblog. Siapa sangkakan.... Yang penting usaha. Terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berterusan mempercayai blog ini untuk beriklan. Iklan aku dapat kali ni seperti produk jam. Tak berkesempatan pun lagi tengok iklannya. If rakan  ternampak dan teringin nak tahu lebih lanjut mengenainya... Silalah klik nanti yer :)


Pada rakan yang sudi singgah baca entri di sini, terima kasih ye. Tanpa korang... Sunyilah blog ini.

Udang masak halia | antara menu yang aku sediakan selain daripada midin tumis dan sambal buah embang untuk makan tengahari. Pagi tadi ay...


Udang masak halia | antara menu yang aku sediakan selain daripada midin tumis dan sambal buah embang untuk makan tengahari. Pagi tadi ayah ke pasar Spaoh... Balik bawak udang kecik. RM10 sepinggan. Di tempat kami udang berkulit hitam belang... Dipanggil 'Payak Bukuk'. So, jangan nanti ada yang kata... Sangat murah pulak yer. Jadi... Gambar berikut adalah menunjukkan udang yang aku maksudkan.

Sumber gambar daripada google image

Kalau udang galah, kat tempat kami mahal. Boleh mencecah RM40 sepinggan. Pernah beli masa pregnant Ain. Dalam sepinggan ada 15 ekor udang, dijual dengan harga RM40. Tu pun bukannya bersaiz besar sangat. Mengidam punya pasal... Kenalah beli.

Tanya kat ayah... Nak masak macam mana udang yang dia beli. Tetiba pulak dia kata... Masak simple je. Guna halia dan bawang putih. Hurmmm... Tau dah selera dia. Apalagi chef tak pro seperti aku terus menunjukkan skill di dapur sekitar 11 pagi. Masa Ain tidur... Kenalah masak awal.

CARA MEMBUAT UDANG MASAK HALIA DENGAN MUDAH


Cuci udang. Hiriskan 3 inci halia lebih kurang... Dan jugak bawang putih sebanyak 6 biji. Then, panaskan minyak, tumiskan halia dan bawang sehingga naik bau. Masukkan udang. Tambahkan air, masukkan sedikit garam dan gula. Then... Tunggu sehingga masak. Petua nak tau... Udang dah masak ke belum... Senang je. Bila dah bertukar warna tu. Masaklah udang. Kemain suka Alia makan.

Alhamdulillah... Rezeki untuk harini sungguh mengenyangkan.

Encik suami dan lemon | baru dua hari lepas aku berkongsi cerita tentang merawat jerawat dengan mudah menggunakan lemon . Harini pulak...


Encik suami dan lemon | baru dua hari lepas aku berkongsi cerita tentang merawat jerawat dengan mudah menggunakan lemon. Harini pulak... Still cerita berkisar tentang lemon.

Semalam aku selsema... Asyik bersin je kerja. Disebabkan busy dengan kerja dan anak... Aku biarkan tanpa ambik sebarang ubat. Walaupun before turun kerja... Hubby dah nasihatkan aku agar minum air lemon. Lagipun...Kat rumah memang sentiasa ada stok lemon untuk hubby buat air detox. Cumanya... Aku lupa nak buat. Biasalah... Kalau dah leka buat kerja dan layan anak. Mananye nak ingat. Huhu...


Dijadikan cerita... Balik kerja hubby tanya dah minum tak air lemon. Tanpa bercakap, aku geleng kepala. Apalagi dia... Terus ke dapur. Ingatkan dia nak kencing ke apa. Alih-alih dia buatkan air lemon untuk aku. Dahla mug untuk dia bubuh air lemon dipenuhi lukisan love. Terharunya aku... Haha. Disebabkan terharu punya pasal... Walaupun rasa air lemon tak berapa nak sedap. Aku cuba untuk habiskan.

Alhamdulillah... Dengan selawat dan bacaan surah al-fatihah before minum... Harini selsema aku dah hilang sepenuhnya dengan izin Allah. Alhamdulillah Ya Allah...

Origami mudah berbentuk binatang | merupakan first origami yang aku ajarkan kepada Alia. Untuk first time buat... Kami pilih origami berb...


Origami mudah berbentuk binatang | merupakan first origami yang aku ajarkan kepada Alia. Untuk first time buat... Kami pilih origami berbentuk muka seekor kucing. Mudah sangat.

CARA MEMBUAT ORIGAMI BERBENTUK KUCING
Berikut adalah langkah demi langkah cara untuk membuat origami berbentuk muka kucing.

origami paling mudah, origami bentuk binatang, origami berbentuk kucing,
Sumber gambar daripada google image

Alhamdulillah... Tak sampai setengah jam, Alia dah boleh menghasilkan origami seperti yang aku ajarkan. Tapi sayang... Dah siap, Ain pulak pergi ambik dan contengkan.


Nasib baik Alia baik... Dan sayangkan Ain. Dia biarkan Ain menconteng dan try buatkan yang baru. Seperti selalu aku pesan kat dia... Orang bijak, mesti tak marah.

Itu antara aktiviti semalam, yang kami bertiga beranak sempat buat.. Ya Allah, semoga aku diberi kekuatan dan semangat untuk berterusan menyediakan ABM untuk Alia dan Ain. Aamiin...

3 tahun 11 bulan, Setahun Sebulan | Semalam... Kak Alia genap 3 tahun 11 bulan. Harini pulak... Adik Ain genap setahun sebulan. Bila mer...


3 tahun 11 bulan, Setahun Sebulan | Semalam... Kak Alia genap 3 tahun 11 bulan. Harini pulak... Adik Ain genap setahun sebulan. Bila mereka bergabung... Boleh jadi tongkang pecah, rumah dorang buat.


Namun... Ada masa kak Alia cukup ringan tulang untuk tolong aku mengemas. Tapi... Sekarang sangat susah nak snap gambar dia. Mesti tutup muka.


Ain pulak... Dah boleh bercakap, even words yang dia sebut still di hujung... Tapi boleh difahami. Bila berak dah boleh bagitau... Kalau dia kata 'rak' tu... Cubalah check pampers dia... Confirm terberak. Cuma tula... Dah berak, baru nak bagitau... Takpelah nak... Baru setahun sebulan... Perlahan-lahan yer kita berlatih free drypers.

Jus Mangga King | Antara menu weekend yang my bonda sediakan. Actually, mangga pemberian jiran sebelah. Bila berbuah... Mesti ada jugak h...


Jus Mangga King | Antara menu weekend yang my bonda sediakan. Actually, mangga pemberian jiran sebelah. Bila berbuah... Mesti ada jugak habuan untuk kami. Buahnya cukup besar... Tapi tak sempat nak snap gambar buahnya.


Namun... Sangat manis. Bonda just campurkan susu pekat dan bland... Masuk peti sejuk. Fuh! Sangat sedap di minum time cuaca panas. Nak-nak layan drama Sha & Shah secara marathon dari episod 5 sampaila episod 8. Sangat puas hati. Thanks bonda...


Menariknya tentang buah Avokado | satu lagi entri tentang kelebihan buah-buahan ingin aku kongsikan di sini. Sumber gambar daripa...



Menariknya tentang buah Avokado | satu lagi entri tentang kelebihan buah-buahan ingin aku kongsikan di sini.

kelebihan avocado, kebaikan avokado
Sumber gambar daripada google image

KELEBIHAN BUAH AVOKADO
Berdasarkan apa yang aku baca daripada majalah iSIHAT, avokado merupakan lemak sihat dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam diet harian kita... Ia dikatakan kaya dengan lemak tidak tepu dan secara lansung dapat mengurangkan kadar kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolestrol baik HDL... Dalam kata lain... Avokado mampu elak kardiovaskular.

Siapa minat buah avokado... Itu adalah berita baik buat mereka. Percaya tak... Aku tak pernah makan buah avokado tau... Entahlah... Selalu jumpa di pasaraya... Tapi, lansung tak berkeinginan nak beli... Kalau beli buah pun... Buah epal, lai, pisang atau anggur saje jadi pilihan... Huhu... Lain kalilah nak try avokado.

Gelagat dua beradik hujung minggu | Entri aktiviti weekend Alia dan Ain. Nak pergi jalan-jalan... Kat luar rumah hujan satu hari. Aku ...



Gelagat dua beradik hujung minggu | Entri aktiviti weekend Alia dan Ain. Nak pergi jalan-jalan... Kat luar rumah hujan satu hari. Aku pulak selsema. Untuk elak selsema bertambah teruk. Baik berehat di rumah sementara encik suami bercuti.


Ni kisah petang semalam lepas waktu zuhur. Aku mintak adik tolong tengokkan budak dua orang tu main di ruang tamu. Sementara... Aku nak tidur sekejap... Tak tahan...Kepala berdenyut-denyut. Sekali... Alia naik kerusi pakai helmet. Konon berlakon naik moto. Ain pulak... Asyik turunnaik kerusi. Sempat pulak adik ambik gambar dorang yer... Buat bahan untuk update blog katanya. Rupanya... Ada jugak adik baca blog aku. Huhu...

Bagaimana rawat jerawat dengan jus lemon | Next entri selepas entri Kebaikan lada hitam dalam diet pemakanan. Sambil tunggu lauk masa...



Bagaimana rawat jerawat dengan jus lemon | Next entri selepas entri Kebaikan lada hitam dalam diet pemakanan. Sambil tunggu lauk masak. Ain still tidur. Alia pulak sedang buat aktiviti 'mewarna'. Apalagi... Capai majalah iSIHAT untuk ditelaah buat duatigaempat minit.

kebaikan lemon, rawat jerawat dengan mudah,
Sumber info daripada google image

Simple info... Tapi bermakna. Tak salah mencuba... Infonya berkaitan salah satu kegunaan atau kelebihan lemon. Menurut info dari majalah iSIHAT, lemon dikatakan sebagai agen pemutih semulajadi yang mampu membersihkan muka.

Bagaimana? Caranya sangat mudah... Cuma perah air lemon dan oles pada wajah untuk mengurangi bekas jerawat dan mengecilkan jerawat.

Dah tahu... Lepas ni bolehlah aku try... Lagipun, kat rumah memang sentiasa ada lemon untuk hubby buat air detox. Mana tahu boleh putih. Hehe...

Baca novel online Tundukkan Playboy Itu Bab 1 - Bab 25 | Terbaca di blog EDtv before ni... Bahawa novel tundukkan playboy itu akan dia...



Baca novel online Tundukkan Playboy Itu Bab 1 - Bab 25 | Terbaca di blog EDtv before ni... Bahawa novel tundukkan playboy itu akan diadaptasi menjadi sebuah drama... Yang mana, pada mulanya bertajuk Tundukkan Harraz Naufal. Then, ada ura-ura mengatakan drama tersebut still mengekalkan tajuk novel yang berjudul 'tundukkan playboy itu'. Apa pun tajuk drama tersebut nanti... Di sini aku ingin kongsikan url dari bab ke bab untuk mengetahui kisah novel tundukkan playboy itu, hasil karya Anjell yang juga penulis kepada novel Eksperimen cinta. Mungkinkah drama tundukkan playboy itu akan menggantikan drama cinta si wedding planner dalam slot akasia. Apa-apa pun, kena jugak tahu sinopsis novelnya, before tengok right...

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tidak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

"I tak rasa boleh terima you kerja kat kompeni ni.. Tapi... kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja." -HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey.. Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

"Saya berdoa encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti." - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tidak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana penahan mata, jiwa buaya Harraz serius ditunduk. Gila! lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buat Nurin terlopong tiga ssat.

"Tundukkan Harraz, tundukkan playboy itu." - PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

KOLEKSI BAB 1 SEHINGGA BAB 25, NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
Nak tahu best ke tidak tundukkan playboy itu... Bolehlah baca novel onlinenya dari setiap bab... Seperti berikut :-

Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 |

Baca novel macam best. Tak taulah bila dah diadaptasi ke dalam drama. Kenalah tengok pelakon yang membawa watak nanti. Best ke tidak kan?. Satu lagi... Nak kena beli jugak novel, baru ada feel baca. Kekadang line internet buat hal... duatigaempat kali kena stop dulu baca... Baru boleh sambung balik.

Nescafe White Coffee 2 Types Of Hazelnut Flavours | Sebungkus mengandungi 15 paket kecil... Dijual dengan harga RM13.99. Adik yang bel...



Nescafe White Coffee 2 Types Of Hazelnut Flavours | Sebungkus mengandungi 15 paket kecil... Dijual dengan harga RM13.99. Adik yang belikan masa dorang shopping barang dapur dengan mak semalam. Biasanya, tempat selalu dorang pegi... Supermarket Doremon, Betong. Kira murah sikitla barang kat situ.


SEDAP TAK NESCAFE WHITE COFFEE 2 TYPES OF HAZELNUT FLAVOURS?
Walaupun tak berapa gemar minum 3 in 1. Bila adik cakap sedap bubuh ais. Apalagi... Nafsu aku nak mencuba akhirnya tewas. Seriously, pendapat tak berbayar... Dan bukan niat untuk promote... Tapi sekadar meluahkan pendapat, bila sendiri merasai... Memang sedap. Aku lebih suka minum nescafe white coffee tersebut sejuk daripada panas. Yummy... Tak rugi beli.

Walaubagaimana pun, kena ingat. 3 in 1 tak elok untuk diamalkan. Tapi... Sekali-sekala, teringin punya hal... Tak salah rasanya untuk mencuba. Hehe... Kan?

Cuba nak potong kuku sendiri | Aksi meniru gaya orang sekeliling... Itulah kebolehan terbaru Nur Ain miliki... Kebiasaan pagi Jumaat....



Cuba nak potong kuku sendiri | Aksi meniru gaya orang sekeliling... Itulah kebolehan terbaru Nur Ain miliki... Kebiasaan pagi Jumaat. Before bagi Alia dan Nur Ain mandi... Kuku wajib potong dulu.


Kalau dah sebut potong kuku... Mata Ain mula menfokus ke arah box tempat kami selalu letak pemotong kuku. Selagi kita tak ambik... Selagi tulah dia membebel sebut 'ku...ku...ku' memanjang.Bila kita start potong kuku si kakak... Mulalah dia nak buat jugak... So, kenalah bagi pemotong kuku yang lain. Layankan jelah aksi budak setahun yang nak cuba potong kuku sendiri kononnya...

Abaikan baju Ain yang kotor tu ye. Pagi tadi... Kakak dia breakfast susu campur koko krunch... Apalagi, dia asyik sebut ' kan... kan... kan... Tak... tak... tak'. Nak tak nak... Kena jugak bagi. Ya Allah... Semakin panjang akal dia dah.

Pantang pakai selipar | feel Ain bila dah pandai berjalan sekarang. Pakai selipar je... Terus sebut 'alan'. Tak peduli dah.....



Pantang pakai selipar | feel Ain bila dah pandai berjalan sekarang. Pakai selipar je... Terus sebut 'alan'. Tak peduli dah... Pakai seluar tanpa baju pun. Nak jugak tarik tangan kita... Kononnya bawak dia jalan-jalan. Sabar jelah. Haha...


Biasalah dia dan Alia... Jam 5 petang. Aku sibuk masak di dapur... Hubby bawak dorang jalan-jalan di laman rumah. Tu yang 'irik' tu. Selagi tak puas, selagi tula tak nak balik... Suka tengok ibu dan anak ayam main depan rumah. Kekadang... Geram punya pasal... Tak peduli orang punya... Alia pergi baling ayam-ayam yang ada dengan bola. Apalagi ayam-ayam tu bisinglah memekak.

Ketahui penawar demam semulajadi | Entri seterusnya tentang kesihatan aku kongsikan. Kekadang... Disebabkan tak nak makan ubat. Kita t...



Ketahui penawar demam semulajadi | Entri seterusnya tentang kesihatan aku kongsikan. Kekadang... Disebabkan tak nak makan ubat. Kita tercari-cari cara semulajadi untuk mengubati sesuatu penyakit termasuklah demam.

Sumber gambar daripada google image

Berdasarkan apa yang aku baca daripada majalah iSIHAT, terdapat 5 cara semulajadi untuk meredakan demam. Antaranya ialah seperti berikut:-

Asam Jawa - Ambil asam jawa yang dicampurkan sedikit air, ramas sehingga menjadi jus pekat. Sapukan pada bahagian ubun-ubun. Biarkan hingga kering.

Daun lidah buaya - Ambil daun lidah buaya, keluarkan lendirnya dan sapulah pada bahagian kulit kepala dan seluruh badan. Lakukan berulang kali.

Tembikai - Tembikai merupakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Ia mampu membantu tubuh melawan jangkitan dan sifatnya juga menyejukkan badan.

Kembang semangkuk - Rendam kembang semangkuk yang dicampurkan bersama halwa kundur di dalam air suam selama setengah jam dan minum airnya.

Pegaga - Ambil pegaga bersama akarnya dan kisar. Boleh juga campurkan dengan gula batu ataupun madu dan limau kasturi untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.

Tu antara 5 penawar semulajadi demam yang boleh dipraktikkan. Semoga info yang sedikit ini memberi manfaat buat semua. Wallahu'alam...

Ain dah boleh jalan sendiri | starting last week... So, Ain secara rasminya berjaya berjalan pada usia 12 bulan.Alhamdulillah... Seja...



Ain dah boleh jalan sendiri | starting last week... So, Ain secara rasminya berjaya berjalan pada usia 12 bulan.Alhamdulillah... Sejak dah boleh jalan sendiri... Kemain dia... Pelbagai perkara dia nak cuba buat sendiri... Termasuklah nak naik kerusi... Main bawah meja... Kepala jangan cakaplah... Dah berapa kali kena hantuk... Lansung tak nangis... Lasak sungguh.


Cuma tula... Starting dia dah boleh berjalan sekarang... Ain kurang makan dan menyusu. Huhu... Badan dia pun, aku tengok... Sedikit susut. Timbang berat haritu pun naik beratus gram je... Takpelah nak... Yang penting, normal :)

CPUV Ke-3, Marigold UHT Milk Blogger | Alhamdulillah... Kempen ketiga untuk tahun 2016. Rezeki menulis di blog. Sikit-sikit, lama-lama...



CPUV Ke-3, Marigold UHT Milk Blogger | Alhamdulillah... Kempen ketiga untuk tahun 2016. Rezeki menulis di blog. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Thanks kepada pihak Nuffnang kerana berterusan memberi kepercayaan kepada blog ini untuk terus beriklan.


Actually, iklan tersebut berkaitan minuman. MARIGOLD UHT Milk... Adalah minuman berkhasiat yang sesuai untuk semua peringkat umur. Diperkaya dengan kalsium, protein dan formula marigolds BonePlus unik. Ia tidak mempunyai bahan pengawet dan sesuai untuk diminum di mana saja kerana ia tersedia di pek dalam Tetra-pek. jadi boleh diminum bila-bila masa, di mana sahaja, sejuk atau sebaliknya.

Sumber gambar daripada google image

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai iklan tersebut... Jemputlah klik iklannya if ternampak ok. Apa-apa pun, buat rakan yang sudi singgah... Ribuan terima kasih aku ucapkan. Tanpa korang, sunyilah blog ini.

Alasan Tak Masuk Akal Untuk Bercerai | Antara Headline yang menjadi bahan berita di laman astro awani. Macam-macam kan penyakit masya...



Alasan Tak Masuk Akal Untuk Bercerai | Antara Headline yang menjadi bahan berita di laman astro awani. Macam-macam kan penyakit masyarakat sekarang. Mudah sangat nak bercerai. Alasan yang dibagi pulak... Totally tak masuk akal lansung. Bayangkan... Berebut rancangan tv, isteri basuh baju malam-malam pun jadi isu untuk bercerai.

Sumber daripada laman Astro Awani

Kalau takde anak lagi... Tak kisahla nak bercerai. Tapi... Kalau dah ada anak. Tak sian ke dengan anak-anak yang dahagakan kasih sayang. Kenapa perlu pilih jalan singkat. Kenapa tidak mencari jalan penyelesaian.

Eleh... Ko tak lalui memang senanglah cakap. Yes! aku akui... Apa yang berlaku tak semudah apa yang kita cakap. Takde manusia yang sempurna di dunia ni... Kenapa kita tak melihat kelebihan pasangan kita... Dan cuba melengkapi kekurangannya dengan kelebihan yang kita ada. Jangan pandai lihat kekurangan orang saja... Diri sendiri apa kurangnya...

Dalam rumah tangga, bersemuka... Dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian, itulah yang terbaik. Takde masalah yang tak boleh diselesaikan di dunia ni. Kita ADA PILIHAN untuk mencorak rumah tangga kita... Samaada pilih bahagia atau porak-peranda. Dan... Setiap pilihan yang kita buat... Ada kesannya. Kenalah bertanggungjawab.

Kenapa masa mula-mula kawin tak fikir... Kawin untuk apa sebenarnya. Adakah hanya ingin memuaskan nafsu semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab yang perlu digalas selepas kawin. Jangan ingat... Kawin seperti tukar baju. Esoklusa tak suka... Tukar... Dan cari yang lain. Tak semudah itu ok. Kalau perangai still sama... Even kawin dengan anak raja sekali pun... Tetap jugak bercerai. That why, ada yang bertukar pasangan sampai duatiga orang...

Ke... Dah jadi trend sekarang ni. Kawin cerai... Kawin cerai. Na'uzubillah. Ya Allah... Jauhkan aku dan suamiku daripada perkara sebegitu. Kuatkanlah cinta antara kami. Aamiin...

Jadilah insan disukai,
Dah tahu dah beristeri,
hargailah sampai mati,

Dah tahu diri bersuami,
Belajarlah untuk memahami,
Barulah cinta itu sejati.

Haha... Jangan ingat aku curi tagline Be like Bill atau Be like Rashid okeh!... Haha.

Kartun kesukaan ramai | Bila jadi surirumah sepenuh masa... Banyak masa dihabiskan bersama anak- anak bila ditinggalkan encik suami be...



Kartun kesukaan ramai | Bila jadi surirumah sepenuh masa... Banyak masa dihabiskan bersama anak- anak bila ditinggalkan encik suami bekerja mencari rezeki.

Surirumah pun ada schedule sendiri. Bila part mengemas... Aku lebih membiarkan Alia dan Ain menonton astro ceria. Kartun yang dorang selalu tunggu ialah robocar poli. Ain... Walaupun tengah khusyuk susun bongkah... Dengar je lagu tema robocar poli... Confirm terus bergegas ke arah tv sambil 'nyanyi' versi sendiri. Haha..


Encik suami pulak... Bila tengok Alia dan Ain minat sangat akan kartun robocar poli. Siap beli kereta Amber dan Poli untuk dorang. Murah je pun. RM2.50 satu. Beli 2 je dulu... Nanti beli Roy dan Heli pulak. Bukan takde yang lebih mahal... Dan bukannya tak nak beli. Biar dorang belajar berjimat... Dan belajar, bukan semua yang dikehendaki boleh terus dapat. Lagipun... Budak kan... Suka sangat nak merosakkan mainan.


Pada aku... Tak perlu beli yang mahal-mahal... Yang penting dorang seronok main. Selain robocar poli... Didi and friends pun dorang layan. Sampaikan Alia boleh hafal lagu... Dan bagaimana nak eja BINGO dengan betul. Mana taknya... Kalau selalu tengok... Confirm hafal... Biasalah astro... Rancangan dia berulang-ulang. Tapi... Anak-anak tetap tak bosan. Suka lagi ada.