Back to Top

24 November 2016

Kehidupan Di Rumah Flat

8:30:00 AM 3 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Kehidupan di rumah flat | satu isu yang mungkin boleh kita fikirkan. Dulu, masa adik kerja part time... Tinggal di flat. Suatu hari, masa aku bertandang di rumah sewanya... Dengan mata sendiri, aku tengok salah sorang penghuni flat sebelah rumah adik... Baling sampah dari atas. Kalau masuk tong sampah, takpelah jugak. Tapi, sampai bawah... Gedebupppp... Habis semua berterabur. Siapa yang nak tolong kutipkan?

Masalah Sampah Di Rumah Flat
Sumber gambar DI SINI

Tulah dia sikap kita. Bila persekitaran flat berbau busuk... Mulalah, main tuduh-menuduh... Kata... Pihak ni tak kerjalah... Pihak tu tak ambik pedulilah. Cuba kita fikirkan balik sikap kita. Jangan pandai cari salah orang je. Salah sendiri kita tak tahu. Apa salahnya... Hantar sampah ke tong sampah dengan kaedah yang betul dan bukannya main baling-baling dari atas. Kerja tukang angkat sampah pun menjadi mudah. Aku percaya, bila kita memudahkan urusan orang lain... In Shaa Allah, Allah pasti memudahkan jugak urusan kita. Kawasan flat pun takdelah berbau sangat.

Kemudian, pihak berwajib pun kenalah bertanggungjawab. Ikutlah rule... Schedule pengutipan sampah. So, takdelah pekasam sampah membusuk sampai ulat beranak-pinak. Uweekkk... Loya pulak tekak aku, bila terbayangkan sampah berulat. Huhu...

Alehhh... Cakap senanglah. Cuba duduk di flat. Larat ke nak bawak sampah ke bawah. Mesti ada yang kata begitukan. Yes! Confirm... Ada yang kata gitu. Tapi, before PILIH nak tinggal di rumah flat dulu... Ada tak fikirkan tentang baikburuknya. Bertanggungjawablah terhadap PILIHAN yang kita buat. Jangan dek kerana sikap kita... Rosak pulak pemandangan tempat tinggal... Dengan sampah sarap yang bertimbun... Bersepah sana sini. Tak malu ke? Sama-samalah kita beringat yer :) 

Bukankah bersih itu yang kita dambakan.

#masalahdirumahflat


22 November 2016

Kasut Loafers Kait Untuk Baby Boy

10:00:00 AM 6 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Kasut Loafers Kait untuk baby boy | umur 9 hingga 12 bulan... Stail terbaru kasut kait yang ada dalam koleksi tempahanku. Alhamdulillah... Siapa yang berminat dengan kasut kait stail loafers boleh email aku untuk tempahan. Aku jual dengan harga RM35 sepasang TIDAK TERMASUK POSTAGE. Tempahan boleh siap dalam masa 4 hari dan tempahan jugak boleh mengikut warna kesukaan. 

kasut kait untuk bayi lelaki

Haritu, ada kawan adik tempah... Siap bagi pattern Loafers lagi. Ada jugak try cari tutorial bagaimana nak jahit loafers kait. Terjumpa cara jahit kasut kait loafers orang dewasa. Ummmpph... Apalagi, sama je... Teruslah try and error. In Shaa Allah, boleh je kita kait... Yang penting, bak kata mak... Kita kena mahir asas jahitan mengait... Confirm! Semuanya boleh. Kasut baby kawan lupa nak ambik gambar. Nasib baik yang ni ingat... Tu yang laju-laju update bila dah siap ^___<. Boleh nanti buat koleksi... Ye tak? Hehe...

#kasutkaitbaby

Bila Menantu Dan Mertua Tak Sebulu

7:00:00 AM 3 Comments

Bila menantu dan mertua tak sebulu | tetiba isu itu muncul di benak fikiranku apabila selesai menonton episod 9 #7HariMencintaiku semalam... Sungguh dingin hubungan Mia dengan mertuanya Mak Leha. Ada-ada sahaja yang tak kena antara dorang. Masing-masing egois... Lansung tak boleh bersua muka... Sampaikan aku naik rimas. Haha... Maknanya lakonan dorang menjadilah tu, kan?

7 Hari Mencintaiku
Sumber gambar adalah dari fb Drama/Filem Adaptasi Novel

Begitulah realiti kehidupan, bukan setakat dalam drama je... Dalam kehidupan seharian kita pun... Situasi sedemikian wujud dalam masyarakat. Tapi... Bab-bab tak sebulu ni... Biasanya melibatkan kaum hawa. Jaranglah atau memang takde lansung kot isu menantu lelaki dan mertua lelaki dingin. Rata-rata... Mesti dikaitkan dengan orang pompuan. Kan? Biasalah... Pompuan kan suka pop pet...

Tapi... Pada aku, bila dah mertua dan menantu tak sebulu. Banyak keburukan sebenarnya... Malah, lansung takde kebaikan... Silap-silap, boleh cerai berai dibuatnya. Na'uzubillah... Nak-nak kalau jumpa yang masing-masing keras kepala... Confirm! Hari-hari gaduh. That why, kalau boleh bila dah kawin kenalah cari rumah sendiri dan berdikari. Parah kalau hidup sebumbung, boleh makan hati si suami dibuatnya... Yelah! Tersepit di antara si isteri dan mak. Tapi kan... Sebagai seorang suami, sebenarnya atau sebetulnya kenalah jadi pendengar yang baik dan bukannya TAKUT ISTERI atau ANAK MAK. 

Takut isteri mean... Asyik dengar kata isteri je, sampaikan si isteri sewenang-wenangnya memburukkan mertua... Tak mustahil tau, dek kerana takut isteri... Mak sendiri ditolak tepi. Begitu jugak ada jenis suami yang ANAK MAK... Lansung tak beri peluang si isteri untuk bercakap... Suami jenis ni kalau jumpa isteri tak penyabar, sebulan lepas kawin... Sah-sah kena tinggal. Hahaaha. Kan? Mana tak nya... Asyik dengar kata mak dia je... Salah menantu je yang dia tahu... Siapa tak sakit hati kan. 

Dalam situasi sebegini, pada aku... Suami kena pandai memainkan peranan. Kena banyak bersabar dan jugak kena pandai meredakan keadaan. Nasihatlah si isteri dengan cara berhemah. Sekeras-keras kerak nasi, kalau kena air... Lembut jugak. Tengoklah macam mana Khuzairi melayan Mia... Even, dia tahu Mia tak suka Mak Leha... Tapi dia tetap sabar melayan karenah Mia... Right! Siap bawak bubur masuk bilik untuk Mia tau... Kalau mak mertua jenis cerewet, sah-sah kena bebel... Tengok suami layan isteri gitu tau... Macam Mak Leha. Haha...

Antara plot episod 9 #7HariMencintaiku yang seharusnya menjadi ikhtibar buat kita.

Wallahu'alam...

#7HariMencintaiku


21 November 2016

512GB OTG USB 2.0 Pen Drive External Storage

10:00:00 AM 2 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
512GB OTG USB 2.0 Pen Drive External Storage | Barang ketiga aku shopping dari Lazada selepas one set peralatan menggait last month. Sekarang Lazada tengah sale. Apalagi, tangan dok gatal nak shopping online... Alhamdulillah, Jumaat last week barang dah sampai rumah. 



Actually, Flash drive OTG atau On To Go sangat fleksibel digunakan... Ada dwi kegunaan, boleh digunakan pada smartphone dan juga laptop atau desktop. Harga asal RM140, after less... RM48 je. Sangat murah kan? Yang pasti membeli di Lazada sangat memuaskan hati dan barang sampai ke rumah pun dalam masa seminggudua... If tempat akulah di Sarawak. Lagipun, Lazada akan bagi tracking number selepas duatiga hari kita membeli... Malah, siap hantar email lagi... Mengenai progress penghantaran barang. Tak perlu nak risau barang tak sampai ok.



Dah try guna dah... So far so good. Kondisi flash drive yang dorang hantar dalam keadaan yang baik. Space pun besar... 512gb... Dua kali ganda daripada space hardisk laptop Acer aku. Huhu... Right now, aku dah guna 11gb untuk simpan video dan contoh-contoh crochet. Alhamdulillah, ok je. 

Tujuan aku beli bukan apa, senang bila nak download worksheet untuk anak, resepi, video mengait dan sebagainya... Download guna handphone terus simpan dalam usb. Banyak mana pun tak kisah. Tak perlu dah nak transfer dari smartphone ke laptop guna wayar usb.

Tapi, before nak beli USB OTG... Kena periksa dulu samada smartphone yang kita guna sesuai ke tidak guna flash drive... Sebab ada jenis handphone yang tak support USB OTG tau. Kalau aku, before beli haritu... Try USB OTG kepunyaan adik dengan handphone samsung dan mediapad huawei T1 0.7... Tengok boleh support USB OTG, apalagi... Nak jugak memiliki. Hehe...

Walaubagaimana pun, ada jugak search info tentang USB OTG. Nak jugak tahu... Handphone jenis apa boleh sokong penggunaan USB OTG? Seperti biasa, google memang tak pernah menghampakan kita... Walaupun info yang berkaitan, datang dalam pelbagai versi bahasa. Tapi, secara keseluruhannya, rata-rata mengatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui sebelum membeli USB OTG... Dan antaranya... Pertama, kena check dulu handphone sesuai guna USB OTG ke tidak. Bagaimana nak check samaada handphone kita menyokong USB OTG... First things first, download aplikasi USB OTG Checker pada Google Play. Then, tekan butang check dan ia akan memberitahu samada smartphone yang kita guna menyokong USB OTG atau tidak. 

Selain tu, paling selamat... Boleh check di kedai handphone berdekatan. Tanya tauke, handphone yang kita guna boleh tak sokong USB OTG. Lagi mudah... Hati pun tak was-was. Nak beli pun tak payah fikir beratus kali, kan...

Bila nak beli sesuatu barang bila melibatkan harga RM50++... Sekarang ni, aku lebih suka buat sedikit research di internet. Tengok reviews daripada pengguna yang dah guna... Atleast, takdelah ragu bila nak membeli... Dalam keadaan harga barang tak menentu sekarang ni... Aku lebih memilih dan berhati-hati dalam setiap pembelian. Al-maklumlah, sekarang ni encik suami sorang je yang bekerja. So, kenalah berhemah dalam berbelanja.

Sedikit perkongsian dari aku mengenai USB OTG. Wallahu'alam...


Cara mudah dapatkan worksheet untuk latih tubi anak mengikut peringkat umur

8:13:00 AM 0 Comments

Assalamu'alaikum hai...
Cara mudah dapatkan worksheet untuk latih tubi anak mengikut peringkat umur | hanya dengan install aplikasi pinterest, semuanya ada... Just mulakan carian dengan kata kunci yang sesuai. Then, save... Tak pun cetak terus. Sangat mudah. Alhamdulillah, bukan tu je... Pelbagai contoh idea DIY untuk homeschool anak-anak pun ada. Tak perlu dah nak search satu per satu guna browser.... Yang penting, kenalah rajin.


#pinterest


Minggu Ke-6 Gegar Vaganza Musim 3, 2016

2:49:00 AM 0 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Minggu Ke-6 Gegar Vaganza Musim 3, 2016 | bertemakan rockdut dan dimulai dengan persembahan dari Jihan dan Nabil dengan lagu berjudul Pencuri Hati, Eyda Jebat.


Rata-rata persembahan dorang menyengat. Tapi, terkejut jugakla bila part Nora tetiba tukar lagu dari dangdut pergi rock. Tak kesampaian la nak tengok dia bawak lagu dangdut. Namun, hebat jugak dia bawak lagu rock. Siap dapat anugerah rockdut paling menyengat lagi. Hurmm... Apa-apa jelah, yang penting dia masuk separuh akhir next week. Tahniah buat Nora... Dan berikut adalah senarai lagu dan artis yang mara ke separuh akhir gegar vaganza musim ke-3:-

Ameng dengan lagu Kepadamu kekasih berduet dengan Aris Ariwatan dan lagu kedua secara solo, berjudul keasingan dalam duka (pilihan media)

Nora akan mempersembahkan Lagu untukmu, di mana akan berduet dengan Aizat Amdan dan untuk lagu solo,  Nora akan menyanyikan lagunya sendiri berjudul Sandiwara 

G-Mie yang mulanya tersingkir bersama Zur Eda, tapi dengan kuasa imuniti Dato Sri Vida, dia mara ke separuh akhir dengan lagu pilihan media andai dapat ku undurkan masa... Untuk lagu berduet, tak pastila lagu apa yang bakal dia bawak. Biasalah Astro, perubahan boleh berlaku bila-bila kan.

Then, Azharina pulak akan bawak lagu berjudul Fantasia Bulan Madu bersama Black untuk berduet dan lagu  I wanna dance with somebody untuk lagu solo iaitu lagu pilihan media

Zarul pulak akan berduet denga Marsha Milan dengan lagu berjudul Salahkah, dan untuk lagu solo pilihan media, Zarul akan menyanyikan lagu berjudul hanya kau yang mampu

Intan Sarafina akan bawak lagu Pulanglah berduet dengan Izad Lazim dan lagu solo berjudul siapa sangka siapa menduga

Terakhir sekali, Siti Sarah akan menyanyikan lagu Bunga-bunga cinta bersama Misha Omar, dan lagu solo pilihan media berjudul di bawah pohon asmara 

So, yang tersingkir untuk minggu ke - 6 GV musim 3 adalah Zur Eda. Then, untuk separuh akhir nanti... Nabil dan Jihan pun ada lagu... Lagu dorang berjudul itik gembo-gembo dari kumpulan A to Z. Huhu... lama tak dengar lagu tu yer.

Apa-apa pun, tahniah buat mereka yang mara ke separuh akhir gegar vaganza musim ke-3, 2016. Untuk minggu separuh akhir gegar vaganza musim ke-3, yang tersingkir dalam jangkaan aku adalah intan Sarafina. Korang? Namun, itu sekadar andaian aku saja ok ^__<.

#Gegarvaganzaseparuhakhir

18 November 2016

Belajar Di Pra-Sekolah

12:00:00 PM 2 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Belajar di Pra-sekolah | adalah keputusan sepakat aku dan encik suami untuk Alia... Walaupun, sebelum ni pada dasarnya nak hantar Alia di tadika berdekatan. Namun, bila mengambilkira beberapa faktor... Akhirnya, kami sebulat suara untuk hantar Alia ke pra-sekolah je... Iaitu di sekolah tempat encik suami mengajar.


Sehala... Then, senang jugak encik suami nak pantau perkembangan pelajaran dia. Lagipun, takdelah nak risau tentang keselamatan Alia. Al-maklumlah, kes budak hilang sekarang ni menjadi-jadi... Naik risau dibuatnya. Cuma satu jelah, Alia terpaksa balik lewat... Kena tunggu encik suami habis kelas, barulah balik.

Hurmmm... Bagaimanalah nanti bila Alia dah masuk sekolah tahun depan. Nak-nak first day sekolah... Sekarang ni aku dok fikir je... Boleh ke nanti Alia berdikari, berani tak dia nak bergaul dengan budak-budak lain... Boleh ke dia belajar, bila aku takde di sisi... Huhu, risaunya aku.

Bak kata encik suami. Hati kena kering... Kena rela berjauhan dengan anak-anak... Demi pelajaran dorang. Hurmmm... Nak atau tidak, kenalah hadapi kan...

Ada jugak search maklumat berkaitan pra-sekolah...  Dan banyak sebenarnya kelebihan pra-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Malah, ramai jugak para blogger yang turut berkongsi pengalaman dorang menghantar anak ke pra-sekolah. 

Pada aku, ni mana kita bersekolah itu tak penting. Apa yang penting adalah kerajinan dan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Semoga Nur Qalesya Alia sentiasa beroleh kejayaan dalam menuntut ilmu hendaknya. 

Tak terasa... Next year Alia dah mula sekolah. Huhu...


Sinopsis Zer & Fiya

8:30:00 AM 1 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis Zer & Fiya | Sebuah novel yang mengisahkan tentang AAFIYA. Seorang gadis yang tidak memerlukan seorang ‘lelaki’ yang bergelar suami dalam hidupnya. Bukan dia anti dengan lelaki. Cuma bagi dia, perkahwinan itu adalah perkara yang sangat serius dan dia pula masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Oleh itu, dia sedaya upaya ‘melarikan diri’ apabila daddynya cuba mencari jodoh untuknya. 

Sehinggalah munculnya QaizerLelaki yang buat hidup dia tunggang-langgang! QAIZER. Sebelum ini tidak pernah terlintas pun dalam kepalanya mengenai sebuah perkahwinan sehinggalah dia bertemu dengan Aafiya. Gadis yang menggugat ketenangannya. Yang bisa menggetarkan hati lelakinya. Ada ‘rahsia’ yang buat dia nekad dan pasti Aafiya adalah jodohnya. Untuk memastikan impiannya tercapai… dia terpaksa menjadi Qaizer yang bermulut manis, Qaizer yang tak tahu malu dan yang pasti Qaizer yang penyabar!

Berjayakah misi Qaizer nak pikat hati Aafiya? Dan apakah ‘rahsia’ yang disembunyikan oleh Qaizer?
“Pabila mamat sweet talker berjumpa dengan minah ‘kayu’… haru!”


Sumber : KakiNovel

************************



Jika novel Zer & Fiya diadaptasikan ke dalam dramakan, rasa-rasa... Siapakah pelakon yang sesuai untuk memegang watak Aafiya dan Qaizer. Just pendapat ok. Hehe... Kalau watak minah kayu... Rasa-rasa Janna Nick macam sesuai... Tengok tak dia dalam drama Kau, aku dan Kita dulu... Nampak seperti tak perlukan lelaki dalam hidupnya... Namun, bila bertemu lelaki bermulut manis... Confirm! cair... Sekeras-keras kerak nasi, bila disimbah dengan air... Lembut jugak. Untuk lelaki seperti Qaizer, aku rasa... Syarul Ridzwan sesuai. Haha... Tetiba pulak teringat dengan lakonan dorang dalam drama kau, aku dan kita. Bagaimana Firdaus memikat Iman. 

Namun, itu hanya sekadar pendapat orang seperti aku yang hanya suka berkhayal bila membaca novel. Hehe...


#NovelZer&Fiya
#ZerdanFiya

14 November 2016

Senarai Artis Dan Lagu Untuk Minggu Ke-6 GV Musim 3, 2016

10:06:00 AM 3 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Senarai artis dan lagu untuk minggu ke-6 gegar vaganza | pada 20 November 2016 nanti adalah seperti berikut:-

Ameng dengan lagu Gali Lubang Tutup Lubang (Roma Irama)
Azharina dengan lagu Kejoraku Bersatu (Search)
G-Mie (Screen) dengan lagu Titian Perjalanan (XPDC)
Intan Sharafina dengan lagu Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)
Nora dengan lagu Rindu (Amelina)
Siti Sarah dengan lagu Senggol Sengolan Cubit Cubitan(Siti Sarah)
Zarul dengan lagu Fantasia Musim Cinta (Iwan)
Zur Eda dengan lagu Ah Rindu Lagi (Amelina)

Nabil dan Jihan seperti kebiasaan akan nyanyi jugak pada pembukaan program dan lagu yang akan dorang nyanyikan pada #GV6 nanti adalah Pencuri Hati oleh Ayda Jebat. 



Kemudian, untuk persembahan pentas paling menyengat minggu ke-5 pulak disandang oleh Azharina. Best2 kan lagu dorang semalam. Tapi sayang Shidi dengan lagu ratuku semalam... Akhirnya tersingkir pada minggu ke-5. Entahlah! Just pendapat aku yer... Ingatkan Zur Eda tersingkir. Tengok tak nyanyian Zur Eda semalam... Macam tak jelas sangat sebutan dia. Ke aku je berperasaan demikian. Haha... Apa-apa jelah. Apa-apa pun tak sabar nak tengok persembahan minggu ke-6 GV nanti yang bertemakan rockdut. Tak pernah lagi tengok Nora berdangdut. Huhu... Mesti dia rasa janggal right?.


13 November 2016

Permainan Tenggelam Timbul

11:21:00 PM 0 Comments

Assalamu'alaikum, hai...

Permainan tenggelam timbul | Semalam hujan lebat belah petang dan disertai kilat sabung-menyabung... Di selang-seli pula dengan bunyi guruh berdentam-dentum... Membuatkan Alia dan Ain tak nak berenggang dari aku. Ke hulu, ke hilir... Asyik bersama, seperti anak ayam mengikut ibunya pulak dah.


Tetiba terfikir pulak nak buat satu aktiviti berfaedah untuk anak-anak. Aktiviti bermain sambil belajar... Yang mana aku namakan permainan tenggelam timbul. Bahan yang digunakan untuk aktiviti tersebut jugak hanyalah menggunakan bahan yang terdapat di rumah seperti bekas berisi air, lima ke 10 benda seperti alat mainan, getah rambut, paku, sudu dan sebagainya. Permainannya cukup ringkas selain daripada aktiviti padan dan sesuaikan bentuk...  Sesuai untuk kanak-kanak umur empatlima tahun.

Apa yang perlu dalam permainan tersebut ialah... Pertama, masukkan benda dalam bekas berisi air... Contohnya, masukkan sebiji bongkak dan seterusnya satu persatu benda lain... Then, Tugas Alia hanyalah mengenalpasti benda yang mana satu tenggelam dan yang mana satu timbul. Tak sangka... Alia dah tahu bezakan maksud tenggelam dan timbul. 10 barang yang aku masukkan... Semuanya dia berjaya klasifikasikan. Alhamdulillah...

Tapi Ain yang still blur dengan maksud permainan yang dimainkan oleh kakaknya... Tetap nak ikut main sama. Walaupun masih tak tahu nak klasifikasikan yang mana tenggelam dan yang mana timbul... Aku perkenalkan saja nama benda yang dimasukkan ke dalam bekas pada Ain... Sambil tu, boleh kenalkan warna jugak pada dia. So, takdelah Ain rasa tersisih.

Kemain seronok dorang main... Sampaikan tak nak berenti. Siap si kakak suruh buat permainan lain lagi. Dah ada dah idea nak buat Magnetic Sensory Bottle... Tapi, tengoklah nanti bila nak buat. Bila tengok anak-anak happy dengan aktiviti homeschool yang aku sediakan... Aku menjadi bersemangat nak cari idea untuk homeschool dorang. Semoga semangat itu tak luntur di tengah jalan.


08 November 2016

Padan Dan Sesuaikan Bentuk?

4:52:00 PM 7 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Padan dan sesuaikan bentuk | Satu lagi bentuk pembelajaran yang cuba aku dedahkan kepada Alia dan Ain. Dah lama tak update mengenai homeschool dorang. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, In Shaa Allah... Akan ada masa aku luangkan untuk dorang. Untuk BBM homeschool kali ni, aku still kitar semula barangan yang ada di sekeliling... Dan bahan yang diperlukan hanyalah kotak, marker, baki kertas warna encik suami, gunting dan pembaris. Just bentukkan kertas mengikut berapa bilangan bentuk yang ingin diperkenalkan. Then, lukiskan bentuk di atas kertas... That it, Mudah dan jimat. Rasanya, tak sampai setengah jam kot untuk DIY padan dan sesuaikan bentuk.



Actually, Alia dah kenal dah beberapa bentuk. Cuma Ain jelah... Baru nak start mengenali bentuk. Untuk Alia, ia satu ulangkaji bagi mengasahkan lagi ketajaman otak untuk mengingati. So, no hal lah nak join si adik sesekali. 

Pada aku, skop pelajaran dan pembelajaran itu luas. Tidak terhad pada buku je. Apa yang penting, kita kenalah kreatif agar proses pembelajaran anak-anak menjadi menarik... Tau jelah budak... Kalau kita hadapkan buku depan dia... Tak sampai duapuluh minat... Bye... Bye lah pada buku. Huhu... Sekarang senang. Maklumat di hujung jari... Setiap hari ada sahaja rakan alam maya share contoh aktiviti homeschool... Siap boleh print lagi. Cuma rajin atau tak jelah. 


07 November 2016

Senarai Artis Dan Lagu Minggu Ke-5 Gegar Vaganza Musim 3, 2016

11:05:00 AM 3 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Tengok tak #GV3 untuk minggu ke-4 malam tadi?. Baru pagi semalam aku update dengan ramalan Elly Mazlien bakal muncul sebagai juara, alih-alih tersingkir pulak pada minggu ke-4. Tak sangka pulak yer. Apakan daya, adat pertandingan pastinya ada kalah dan menang. Tapi kan... Juri pasti pening kepala jugak nak pilih siapa yang tersingkir... Sebab persembahan para artis malam tadi memang meletoppp!!! Tapi, bila baca beberapa ulasan dari laman lain... Ada isu mengatakan Elly Mazlien bukan tersingkir, tapi sebaliknya tarik diri. Hurmmm... Apa pun isu, itu hak dorang... Kita tak tahu hal sebenarnya... Tak perlulah nak ulas panjang-panjang. Kang berita tak sahih...Kita pulak buat cerita. Betul tak?


Walaubagaimana pun, tahniah buat artis yang masih bertahan dan... Berikut adalah senarai peserta artis dan lagu yang akan mereka persembahan untuk minggu ke-5 nanti.   

Ameng dengan lagu berjudul Tiara kris   
Manakala Azharina dengan lagu Berhenti Berharap   
Kemudian, G-mie pulak dengan lagu sentuhan kecundang ekamatra   
Intan Sarafina pulak dengan lagu jika kau rasa getarnya   
Then, Nora dengan lagu kasih   
Shidi dengan lagu berjudul ratuku   
Siti Sarah dengan lagu purnama merindu   Seterusnya Zarul dengan lagu ku rela dibenci   Terakhir sekali, Zur Eda dengan lagu I will survive  

Selain tu, seperti minggu sebelumnya... Jihan dan Nabil pun akan menyanyi pada pembukaan dan untuk minggu ke-5 GV, dorang akan nyanyi sebuah lagu Teman tapi mesra. Then, untuk pasangan paling menyengat diberi kepada Ayai Ilusi. Begitulah, antara kesimpulan kisah GV minggu ke-4 semalam. Huhu... Baru semalam aku berkesempatan tengok GV3 secara full. Selalu... Ada saja iklan. Biasalah ada anak kecik memang banyak ragam. Jangan feeling amanlah nak tengok tv. Haha...


06 November 2016

Gegar Vaganza Minggu Ke-4

6:49:00 AM 1 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Gegar Vaganza minggu ke-4 | rasa-rasa siapa yang akan tersingkir yer?. Last week, pada minggu ke-3... REM telah tersingkir. Dah agak dah. Haha... Tapi, dalam gegar vaganza musim ke-3 2016 ni, aku meletakkan Elly Mazlien sebagai juara. Walaubagaimana pun, itu sekadar tekaan aku je... Yang menghakimi mereka adalah juri.


Lupakan pasal juara dulu... Malam ni punya persembahan, para artis akan berduet dengan artis lain yang telah ditetapkan dan berikut adalah senarai artis dan lagu untuk persembahan mereka pada malam ni.

Ameng akan berduet dengan Siti Nordiana dengan lagu mereka berjudul Nilai Cinta, yang mana pernah didendangkan oleh Saloma dan Ahmad Daud.

Manakala Azharina pula... Akan berduet dengan Haleeda dan akan membawa lagu berjudul Doa buat kekasih nyanyian Khatijah Ibrahim dan Ramli Sarip. Huhu... My favourate song.

Elly Mazlien pulak akan berduet dengan Acong dan akan membawa lagu dendangan Safura dan Oney yang berjudul Jangan menangis sayang.

Kemudian, G-mie pulak akan berduet dengan Nizam, dan akan mendendangkan lagu berjudul Pada Syurga Di Wajahmu yang mana pernah dinyanyikan oleh Lefthanded.

Intan Sarafina pulak akan nyanyi bersama Fazli Zainal dengan lagu dari Judika berjudul Aku Yang Tersakiti.

Then, Nora dan Ayai akan mendendangkan lagu berjudul Terlanjur Cinta nyanyian Rossa dan Pasha. 

Shidi dan Ezlynn pulak akan menyanyikan lagu Lamunan Terhanti nyanyian Aris Ariwatan.

Diikuti Siti Sarah dan Rahmad dengan lagu nyanyian oleh Terrarossa berjudul Bunga Angkasa.

Seterusnya Zarul pulak akan berduet bersama Faradhiya dengan lagu berjudul Lelaki Ini nyanyian Anuar Zain.

Terakhir sekali, Zur Eda dan Mamat akan menyanyikan lagu berjudul Rindu Bayangan dari Carefree.

Hebat-hebatkan artis kali ni, Agak-agaklah... Siapa yang akan tersingkir pada malam ni? Paling tak sabar nak tengok ... Azharina dan Haleeda, di mana lagu yang bakal dorang nyanyikan adalah lagu yang pernah didendangkan sendiri oleh juri tetap Khadijah Ibrahim. Huhu... Mesti banyak komen dari dia nanti. Tapi... Itu sekadar jangkaan je. Siapa tahu... Azharina mampu bawak lagu Doa buat kekasih lebih hebat kan.


05 November 2016

Tempahan Untuk Kasut Kait Bayi

6:01:00 PM 1 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Tempahan untuk kasut kait bayi | Entri terbaru dari aku untuk bulan November. Alhamdulillah, hasil kerja kerasku belajar dari Youtube cara bagaimana mengait untuk orang tangan kidal... Akhirnya, aku dah start ambik tempahan. Setakat ni, dah 3 pasang kasut kait terjual. Alhamdulillah... Dan kombinasi hijau cream, satu lagi tempahan untuk bayi berumur setahun.



Aku takdelah jual mahal sangat. RM35 Sepasang TIDAK TERMASUK POSTAGE. If ada yang nak tempah ikut warna kesukaan... Boleh je buat tempahan melalui email. In Shaa Allah, siap dalam masa 4 hari... Tu julat paling lama, dan paling cepat dua hari.

If, ada yang berminat... Drop email ke fizalinolie@gmail.com . Nyatakan jantina bayi, warna pilihan, saiz kaki... Dan sekiranya ada pattern kasut sendiri... Pun boleh disertakan.

Tak sangka, dari minat... Boleh pulak jana income, walaupun sikit.

Alhamdulillah...


03 November 2016

Mr. Donut Karamel?

1:42:00 AM 2 Comments

Assalamu'alaikum, hai...

Mr. Donut Karamel? Tetiba persoalan itu muncul bila tengok tajuk drama terbaru di slot lestary yang dahpun ditayangkan semalam. Macam-macam pulak tajuk drama sekarang ni kan... Mentang-mentanglah adaptasi novel... Huhu. Tengok tajuk... Aku jadi malas nak tengok. Tapi, dalam hati terdetik nak tahu jalan ceritanya. Apalagi... Cubalah mencari sinopsis dan novel onlinenya di google.


SINOPSIS DRAMA MR. DONUT KARAMEL
Daripada sinopsis yang aku baca dari beberapa buah laman, drama Mr. Donut Karamel mengisahkan tentang seorang novelis yang bernama Anggun Qairah yang sangat gemar donut karamel dan suka menghabiskan masa di sebuah kafe tatkala dia mencari ilham untuk menulis.

Seperti biasa kemalangan berlaku, menemukan novelis yang bernama Anggun Qairah dengan seorang jejaka bernama Faiq Faiqal. Cermin mata Anggun dan komputer ribanya habis digilis kereta. Malang sekali, Anggun tidak melihat wajah jejaka itu lantaran rabun yang dihadapinya.

Sejak dari itu, Faiq mula gila bayang, daripada CEO menjadi seorang pelayan cafe semata-mata mahu jumpa dengan si jantung hati idaman. Siap lagi menyamar sebagai Rafiqi yang kononnya peminat setia novelis cantik itu.

Namun perasaan kecewa muncul apabila Anggun mengetahui kebenaran. Dari situ Faiq cuba pelbagai cara memikat si pujangga hatinya. Bahagiakah mereka? 

********************
Confirm! Bahagia...

Plot drama melayu... Pastinya happy ending. Cuma membuatkan penonton nak tengok... Pada akulah, sebenarnya nak tengok pelakon yang membawa watak dalam drama tersebut. Adakah gandingan hero dan heroinnya mampu mencantikkan jalan ceritanya. Tu je... Kan? Betul tak?


02 November 2016

Citra Body Lotion

10:09:00 AM 3 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Citra Body Lotion. Satu produk kecantikan kulit yang pernah aku guna ketika bergelar anak dara muda remaja dulu. Tapi, kini... Bergelar ibu, aku memilih untuk guna lotion baby gohnson's je... Sekali dengan Alia dan Ain. Senang!


Walaupun begitu, tak sangka pulak... Untuk first November dapat cpuv citra body lotion dari Nuffnang. Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki berblog tak putus-putus. Semoga dengan adanya cpuv tersebut... Ia mampu memotivasikan aku untuk terus berkongsikan cerita di sini. Entri ini sekadar catatan dan bukannya untuk menunjuk... Tak terlintas pun di hati.

Terima kasih team Nuffnang :)


30 October 2016

Cara Membuat Scroll Pada Widget Archive Blog Paling Senang Dan Mudah

7:22:00 AM 2 Comments

Assalamu'alaikum, hai...

First things first, happy weekend untuk semua yer. Aktiviti hujung minggu aku seawal jam 4 pagi... Selepas selesai menyusukan Nur Ain, aku teruskan kerja-kerja ubahsuai blog dengan next step iaitu membuat scroll pada widget Archive blog dengan cara paling mudah. Sementara sindrom rajin datang, kenalah layankan dulu. Hehe...

Dah add widget archive blog pada layout.

Teruskan dengan edit html.
Pertama, cari coding ]]></b:skin>
Then, copy and paste coding berikut di atas ]]></b:skin>

#BlogArchive1.widget-content{height:300px;width:auto;overflow:auto;}

Last sekali, save.
Done!

Sangat simple dan mudah tutorialnya bukan. Tak sampai 5 minit dah siap. Pada aku, coding CSS paling mudah untuk diletakkan di dalam html.


29 October 2016

Harga Screen Protector Mediapad Huawei T1 7.0

3:06:00 PM 0 Comments
Assalamu'alaikum, hai...

Alhamdulillah, rezeki di mana dua bulan yang lepas... Encik suami dapat tab percuma dari sekolah. Tak silap, harga kalau di pasaran empatlimaenam ratus jugak. So, sayanglah kalau tak dijaga dengan elok. 



Pendek kata semalam, lepas hantar makbapak ke rumah adik... Encik suami kata nak singgah di kedai handpone. Katanya nak topup njoi, nak tengok gegar vaganza minggu ketiga malam lusa. Alang-alang dah pergi. Aku terus suarakan pasal nak beli screen protector. Harga asal RM40. Tapi biasalah encik suami, jaguh membuat tawaran dan akhirnya owner kedai setuju dengan harga RM30 untuk screen protector glasses. 


Apa Aku Dapat Bersempena Ulangtahun Astro Ke-20

9:30:00 AM 0 Comments

Apa aku dapat bersempena ulangtahun Astro Ke-20 | Apakah ganjaran yang pelanggan Astro perolehi bersempena dengan ulangtahunnya yang kedua puluh?

Berdasarkan info yang aku petik dari laman The Skop, berikut adalah intipati atau agenda ulangtahun ke-20 Astro:-

Tahukah anda, pelopor saluran televisyen satelit di Malaysia, Astro kini dah berusia 20 tahun. Selepas 20 tahun, Astro kini telah memiliki 4.7 juta pelanggan di rumah, meliputi hampir 66% isi rumah di Malaysia.
Melangkaui TV Satelit, Astro kini menawarkan 183 saluran TV tempatan dan antarabangsa termasuk 53 saluran HD, menerusi TV Satelit, IPTV (TV Internet) dan platform OTT. Untuk meraikan sambutan ulangtahun ke-20 ini, pelanggan Astro akan mendapat akses percuma ke saluran Astro Fiesta (Saluran 996/HD 998) bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2016.
Astro Fiesta menampilkan konsert antarabangsa dan tempatan terulung seperti Katy Perry – The Prismatic World, Konsert Mega Gegar Vaganza, I AM – SMTOWN Live World Tour di Madison Square Garden, MTV World Stage dan banyak lagi.
Pelanggan dengan kotak sambungan talian internet boleh menikmati OD Fiesta, saluran khas yang menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia seperti siri popular Amerika Syarikat, rancangan bersiri Korea, siri TV Kantonis dan Hokkien, rancangan Tamil terbaik serta rancangan kegemaran tempatan, segalanya on demand, bila-bila masa secara percuma. Sehingga 31 Disember 2016.
Selain itu, semua rakyat Malaysia tidak mengira pelanggan Astro atau tidak, boleh menonton Astro Awani, Astro Arena, Go Shop 1, Go Shop 2 dan Saluran eGG bersama beberapa kandungan On Demand terpilih secara percuma, dengan memuat turun aplikasi Astro on the Go (AOTG). AOTG membolehkan pengguna menonton kandungan Astro di mana sahaja, bila-bila masa menerusi peranti pintar mudahalih.
Sambutan ulangtahun ke-20 Astro diserikan dengan kehadiran pelakon popular Korea, Kim Rae Won. Beliau disertai oleh pelbagai artis dan selebriti dari Malaysia seperti Zizan, Johan, Nabil, Datuk Aznil Nawawi, Harith Iskander, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Hafiz, Adira, Nicole, Geraldine, Adam C, Adi, Radin, Jentzen Lim, Jay dan Yaashini, bersama-sama pelbagai watak kesayangan kanak-kanak seperti Mickey Mouse, The Minions, Homer Simpson, Power Puff Girls, Spongebob Squarepants & Patrick Star, Didi & Friends dan banyak lagi.
Astro juga menambah kemeriahan sambutan kali ini dengan mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah yang sangat menakjubkan. Astro telah menyediakan 20 acara yang bertempat di pelbagai lokasi di seluruh dunia, yang memberi peluang untuk peserta memenangi sekaligus pergi menyertai acara tersebut untuk pengalaman yang pastinya sukar dilupakan.
Antara acara yang boleh dimenangi adalah menonton pesembahan magik Disney di New York, menonton pertandingan bolasepak El Classico di Sepanyol, berlagak seperti pengarah di Studio Fox di Los Angeles, menjadi penonton sukan gusti Wrestlemania di Amerika Syarikat, berjalan di tapak lokasi penggambaran Game Of Thrones di Ireland Utara, makan malam dengan artis di Hong Kong, menyaksikan majlis anugerah di Korea Selatan dan banyak lagi.
Untuk memenangi hadiah di atas, apa yang perlu anda lakukan adalah melayari laman web www.astro.com.my/celebrating-you dan ikuti langkah yang dinyatakan pada acara pilihan anda.
Akhir sekali, Astro turut menjemput semua pelanggan keKarnival Astro Fest, yang akan diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad, 20 November 2016. Ia menawarkan hari gembira penuh aktiviti menarik daripada Fox, Discovery, Food Network, Disney dan Astro Ceria, konsert LIVE, kehadiran selebriti terkenal serta peluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/celebrating-you untuk cara mendapatkan empat tiket bagi satu akaun Astro bagi menghadiri Karnival Astro Fest ini.
Sumber : The Skop
***********************************

Alhamdulillah, dua hari lepas... Pun dapat jugak cpuv ulangtahun ke-20 Astro dari pihak Nuffnang. Terima kasih buat team Nuffnang.

Ubahsuai Blog

6:06:00 AM 1 Comments

Ubahsuai blog | rasanya duatiga kali jugak dah aku tukar template dan kalini, header pun turut berubah. Entahlah! Aku cepat sangat rambang mata bila tengok template mesra seo. Try and error, itulah kerja aku... Bila Alia dan Ain dah tidur... Mulalah projek aku merekacipta header. Untuk makluman, cheyyy... Serius bangat. Padahal, aku guna aplikasi di handphone je pun buat header. Aku guna aplikasi photo studio dan phonto. Malas nak guna adobe photoshop. Lagipun, aku just nak header yang simple je pun.


Part header dah settle

Kini blog still under construction... Dengan bahagian tab menunya yang masih statik. Lagi nak buat bloglist di bahagian page dan di link kan ke tab menu. Dah try google dan ikut tutorial yang ada. Tapi, still error. Huhu... Tak siap yang tu, ada perancangan pulak nak edit html template. Dah lama tak bermain dengan coding html... Dek kerana blog, right now... Sanggup bangun pukul duatiga pagi demi melunasi kehendak. Rasanya ambik seminggudua jugak kot nak siapkan. So, if ada kesulitan ketika melayari blog ni... Terlebih dahulu aku ingin memohon ampun dan maaf yer... 

And... One more things, before ada yang tanya. Template yang aku guna ni jenis FRESH BLOG by Sora Templates


27 October 2016

Bihun Putih Paling Simple

11:54:00 AM 1 Comments

Bihun putih paling simple | menu sarapan pagi untuk kami sefamili. Buntu memikirkan nak masak apa, nak-nak stok barang dapur dah nak habis, yang hanya ada bihun dan tepung. Nak buat cekodok... Lambat nak siap. Apalagi, terus fikir nak masak bihun putih. Bihun paling simple dengan kaedah campakbaling.


Bahan pun sekadar bihun, telur, serbuk lada, cili, bawang putih, meggie secukup rasa dan daun saderi. Kaedah membuatnya... First step... Panaskan minyak, gorengkan bawang putih sehingga naik bau, masukkan telur, bihun dan seterusnya bahan-bahan yang lain. Then, Gaulkan sehingga masak. Sangat mudahkan kan? That why aku kata menu simple untuk tajuk. Hehe...

Walaupun simple, licin jugak pingganmangkuk. Haha.

Alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada... Janji perut berisi dan kenyang sebelum memulakan kerja harian. Korang pulak breakfast apa pagi tadi?

#Menusarapanpagi


Anak Kedua Peramah, Betul Ke?

8:30:00 AM 1 Comments

Anak kedua peramah, betul ke? | Wallahu'alam. Berdasarkan pengamatan dari lahir sehinggalah umur Nur Ain menjangkau setahun 10 bulan. Seriously, takde apa yang perlu dikhuatiri. Dia sangat peka terhadap persekitaran. Sangat suka bersantai di halaman rumah. Pantang tengok sesiapa lalu... Lelaki atau perempuan, muda atau tua... Kenal atau tidak... Pasti disapanya.


Kekadang tu... Malu jugak tengok dia terjerit-jerit memanggil. Bagi yang kenal, takpelah jugak. Layankan je panggilan dia. Malah geram tengok gelagat dia... Sampai ada yang singgah ke rumah. 

Bangun je dari tidur, lepas tengok ayah dia pergi kerja... Kena psiko sikit, barulah nak masuk dalam rumah... Kalau boleh, sepanjang hari nak duduk luar... Tengok orang lalu lalang. Sabar jelah... Dengan keramahan dia. Haha...

#sifatanakkedua


26 October 2016

Klinik Hati

5:50:00 AM 2 Comments

Klinik Hati | Novel terbaru di kakinovel selain daripada Hate You Mr. K, hasil karya Iman Nizrina. Berdasarkan info di kakinovel... Klinik hati mengisahkan tentang Emir. Kerana inginkan anak daripada benihnya sendiri, tetapi tidak mahukan seorang isteri… Emir sanggup mengupah Khyla untuk mengandungkan anaknya. Tetapi, Khyla mungkir janji pada saat-saat akhir dan menyebabkan Afia terpaksa menggantikan tempatnya. Afia yang tidak tahu apa-apa itu tiba-tiba mendapati dirinya hamil.


Atas rasa tanggungjawab, mereka berdua bernikah. Namun, bahagia yang dirasakan hanya sebentar. Nyata pernikahan yang tidak disertai dengan kata- kata cinta itu menduga kesabaran dan ketabahan mereka. Pelbagai dugaan yang datang menguji kepercayaan antara mereka. Kisah lama pula sering mengganggu ketenteraman mereka.

Bertahankah hubungan mereka? Bolehkah mereka terus bersama tanpa ada kata-kata cinta? “Hubungan tanpa kata-kata cinta bagaikan mahkota tanpa permata…

Bisakah hubungan itu bertahan jika penuh rahsia?”

Sumber : Kakinovel

********************************************

Jika dibaca sinopsis klinik hati hingga ke noktah yang terakhir, konfliknya cukup merisaukan. Nak anak, tapi tak nak isteri? Huhu... Namun, cerita orang melayu... Confirm! Happy ending right. Cuma yang membuatkan kita nak tahu kisah selanjutnya... Adalah... Bagaimana garaban konflik tersebut digaul dan diadun. Menarik atau tidak? Betul tak?... Perihal itulah yang membuatkan pencinta novel terus membeli bila ada novel terbaru... Nak-nak bila dah terbaca sinopsis, mesti hati membuak-buak nak memiliki, sampai tak peduli mahal ke tidak kan...

Dulu aku cukup suka baca novel cinta... Sampai sanggup kumpul duit saku sekolah semata-mata nak beli novel. Tapi... Bila dah berumahtangga dan dah ada anak... Semuanya berubah, memang jarang nak baca buku... Kalau ada pun... Pilihan yang ada hanyalah novel online. Layan pun time anak-anak dah tidur. Haha... 

#novelterbaru #NovelKlinikHati

25 October 2016

Setahun 10 Bulan

4:28:00 PM 1 Comments

Setahun 10 bulan | umur Nur Ain tanggal 19 Oktober yang lalu. Dah lama tak bercerita tentang perkembangan Nur Ain right. Tetiba, terfikir nak berkongsi cerita tentang dia.

Alhamdulillah, misi aku melatih dia free dypers waktu siang dah pun berhasil. So, bulan ni tak payah belikan pampers untuk Ain... Bermakna, 2 bulan sekali jelah nak kena beli. Tapi... Yang merisaukan aku. Bagaimanalah Nur Ain nanti nak bercerai susu badan. Almaklumlah, Nur Ain direct breastfeeding. Makin usia nak masuk 2 tahun... Semakin kuat pulak menyusu... Huhu. 

Sekarang pun dah start perkenalkan dia dengan susu dumex dugro segelas sehari. Tapi... Ain seperti tidak menyukainya. Minum pun separuh je... Selebihnya, terbuang begitu sahaja... Yang dia tahu, nak mengempeng je. 

Bercakap pun semakin mahir. Mana taknya... Orang sekeliling semuanya dewasa. So, no wonder lah Ain cepat mahir bertutur. Saban hari... Ain belajar untuk berdikari... Lepas makan mesti nak letak pinggan sendiri di sinki. Untuk langkah keselamatan... Pinggan, sudu dan gelas Ain dan Alia aku bagi jenis plastik je. Ain suka tiru apa yang kak Alia buat. Nak mandi sendirilah... Nak pakaikan seluar sendirilah... Pengaruh kakak kuat sangat... Hinggakan Ain dah boleh pakaikan seluar sendiri sekarang ni. Melihatkan Ain dah reti berdikari... Sesekali encik suami berseloroh "Bila lagi nak bagi adik untuk Alia dan Ain". Hahaha...


Tengoklah... Nak sangat pakaikan tudung sendiri. Dah tak peduli... Betul ke tidak. Lepas tu... Suka sangat panjat kerusi. That why, kerana takut cucunya jatuh... Habis semua kerusi di ruang tamu... Mak simpan... Dah macam padang bola dah rumah. Haha... Bukan tu je. Selagi tak tidur siang... ke hulu ke hilir main kejar-kejar dengan si kakak. Lansung tak reti nak duduk diam. 

Macam manalah nanti... Bila kak Alia dah start sekolah tahun depan, mesti Ain sunyi :(

#Perkembangananak22bulan


Lagu Elly Mazlien Minggu Ketiga Gegar Vaganza 3, 2016

7:52:00 AM 3 Comments

Lagu Elly Mazlien minggu ketiga gegar vaganza 3, 2016 | berjudul perawan atau janda. Berdasarkan info daripada beberapa laman, tema minggu ketiga nanti adalah ada bran. First week aku lansung tak berpeluang tengok. Second week... Sempat tengok separuh je... The rest, tv tengok aku. Huhu... Actually, aku suka tengok raut wajah Elly. Baby face... That why, tajuk lagu dia yang aku cari dulu. Hehe 

Sumber gambar adalah daripada google image

Before layan minggu ketiga gegar vaganza 30 Oktober nanti, apa kata kita tengok dulu lirik lagu perawan atau janda yang bakal didendangkan Elly Mazlien nanti.

Lirik Lagu Cita Citata - Perawan Atau Janda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang menawan, janda lebih menggoda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang cantik, janda lebih menarik

Kalau abang pilih perawan 
Masih muda masih segelan
Belum disentuh orang
belum berpengalaman

Kalau abang pilih janda
Sudah pasti lebih dewasa
Sudah bermain cinta
Banyak pengalamannya

Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang bohai, janda lebih aduhai

Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang menawan, janda lebih menggoda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang cantik, janda lebih menarik

Kalau abang pilih perawan 
Masih muda masih segelan
Belum disentuh orang
belum berpengalaman

Kalau abang pilih janda
Sudah pasti lebih dewasa
Sudah bermain cinta
Banyak pengalamannya

Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang bohai, janda lebih aduhai
Sumber : Lirikcinta

Dangdut tu... Seingat aku, aku tak pernah lagi tengok Elly Mazlien bawak lagu dangdut. Hurmmm... Bagaimanalah persembahan dangdut Elly Mazlien nanti yer :)

#Mingguketigagegarvaganzamusim32016