Cekodok keladi parut ikan bilis . Menu minum petang kami sefamili harini. Alhamdulillah... Rezeki keladi pemberian bakal mak mertua ad...

Cekodok Keladi Parut Ikan Bilis

/
1 Comments


Cekodok keladi parut ikan bilis. Menu minum petang kami sefamili harini. Alhamdulillah... Rezeki keladi pemberian bakal mak mertua adik. Kehabisan idea nak buat apa... Akhirnya terfikir nak parutkan keladi dan jadikan cekodok. Bolehlah Alia dan Ain tumpang sekaki... Semenjak dah tumbuh 8 batang gigi... Kemain demand Cik Ain nak makan itu dan ini... Lagak seperti orang dewasa. Sabar jelah.

CARA MEMBUAT CEKODOK KELADI PARUT IKAN BILIS YANG MUDAH
Nak buat cekodok keladi parut ikan bilis gaya aku... Amatlah mudah... Bahan yang diperlukan, hanyalah...

gambar resepi cekodok mudah, cekodok keladi terbaru,

Air + Tepung 500gram + 250gram keladi yang dah siap diparut + Segenggam ikan bilis + 5 ulas bawang merah + Daun saderi a.k.a daun sup kalau kat tempat aku ok... Then sedikit garam.

Kisar ikan bilis dan bawang. Campurkan kesemua bahan. Goreng sehingga masak... Settle... Sedap bila dicicah dengan sos cili adabi... Minum pulak dengan teh panas. Huhu... Sabar jelah yer dengan cerita orang kelaparan bila di luar hujan. Haha...



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. saya biasa buat cengkodok bilis je,, tak pernah lagi keladi sebab tak makan keladi,, bagi penggemar keladi ni satu menu yang best hehe,,

    ReplyDelete