Best ke membeli belah secara online? Tetiba soalan tu muncul di mulut jiran kami masa majlis tahlil maulidur rasul haritu... Bila mana...

Best Ke Membeli Belah Secara Online?

/
1 Comments


Best ke membeli belah secara online? Tetiba soalan tu muncul di mulut jiran kami masa majlis tahlil maulidur rasul haritu... Bila mana kami sedang berbual mengenai jual beli barang melalui facebook. Hurmmm... Amat subjektif untuk diperkatakan dan terpulang kepada setiap individu sebenarnya.

Kalau tanya aku best ke tidak shopping online... Mestilah best. Hehe... Tapi... Pada aku... Setiap perkhidmatan, sudah pastinya mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Alang-alang dah bercakap pasal shopping secara online... Di sini aku nak share jugaklah pendapat aku mengenai kelebihan dan kelemahan membeli belah secara atas talian... Atau dalam bahasa omputihnya online shopping :)

First things, jika dilihat dari sudut positif... Kebaikan yang pertama membeli belah secara online ialah mudah dan cepat. Why? Kalau membeli secara online... Kita tak perlu dah berkejar masa, jammed lagi... Queue untuk membayar di kaunter... Cari tempat parking bagai... Ambik masa berejam-rejam kot bila kita membeli sendiri di shopping mall. Tapi... Bila kita beli secara atas talian... Tak sampai 5 minit... Just pilih barang... bayar guna online banking... Then, tunggu duatigaempat hari... Dah barang sampai ke rumah... Tanpa perlu bersusah payah... Bukan mudah dan cepat je... Malah menjimatkan beratus minit masa kita yang ada. Tenaga pun dapat jugak dijimatkan di situ...


Teringat pulak masa ziarah mertua dua minggu lepas... Shopping di Giant Batu 10, Kuching... Tak ramai staff yang jaga barang. Belilah seluar jean untuk Ain. Takde tanda harga. Ingatkan masa kat kaunter dorang dah ada senarai harga. Lepas tu boleh pulak cashier tu suruh ambik seluar lain yang ada tanda harga untuk scan. Terpaksalah hubby pergi geledah balik seluar jean yang melambak tersusun tu semata-mata nak carik harga. Salah kami jugak... Ambik yang takde tanda harga. Hurmmm... 20 minit jugak aku berdiri di kaunter bawak Ain sambil jaga troli. Tu antara lain situasi yang kita kena hadap bila shopping sendiri di mall.

Belum lagi pasal karenah manusia. Beli online tiada jurujual yang kita kena hadap. Just... View items dan pilih. Kalau kat mall... Tau jelah kaum perempuan... Part membeli memang cerewet... Jumpa pulak karenah jurujual yang semacam je tengok customers. Pegang itu tak boleh... Pegang ini tak boleh... Sudahnya, satu pun tak terbeli. Tapi... Kalau dapat beli pun puas hati... Sebab barang dihajati di depan mata... Confirm terbaik punya pilihan yang dibuat.

Berlainan dengan membeli secara online... Walaupun kita boleh view dan pilih mengikut berapa lama kita mahu... Risiko barang tidak menepati kehendak tu pasti ada. Pernah satu masa dulu... Kawan aku beli baju kurung... Kemain cantik lagi dalam gambar. Tapi... Bila dah sampai... Indah khabar dari rupa. Yang tu satu hal... Satu hal pulak dia pernah beli tudung dekat someone ni kat fb. Sekali dah bayar... Barang tak sampai-sampai... Bila di call, mesej... Semua tak jawab. Hurmmm... Tu jugak antara lain kelemahan membeli secara online. Peniaga tipu customers.

Banyak lagi kot buruk baik membeli belah secara online. Tapi... Walaupun sebegitu... Sebagai pengguna, kita kena bijak memilih... Jangan rambang mata... Sudahnya, faktor lain lansung tak dipedulikan.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. lada sy bestlah on9 shopping ni..sebab sy ni memang takde byk masa nak berlama kt mall..lg pulak klu nk membeli nk kena ada en suami sekali.dh nak cuti pun susah.lg baik usha2 online klu berkenan terus beli..jimat masa tenaga tup2 sehari dua dh smp barang..so far sepanjang sy shopping on9 ni tak pernah lg la kena tipu..kita pun kena pandai la pilih seller kan..cuma kelemahan tu macam fiza kata kadang brg tak menepati citarasa kita..sbb tak boleh tgok secara live n pegang materialnya sendiri kan

    ReplyDelete