Drama terbaru Sha & Shah akan menggantikan drama tersuka tanpa sengaja yang akan berlabuh malam ni dengan episod yang terakhir. Me...



Drama terbaru Sha & Shah akan menggantikan drama tersuka tanpa sengaja yang akan berlabuh malam ni dengan episod yang terakhir. Mean... Next week 4 Januari 2016, dah start dah drama Sha & Shah... Tengok promo di tv... Tu yang tau tu. Hehe...

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS DRAMA SHA & SHAH YANG MENGGANTIKAN DRAMA TERSUKA TANPA SENGAJA
Bila dah tahu drama apa yang akan menggantikan drama tersuka tanpa sengaja. Seperti biasa... Kena baca sinopsis dulu before tonton. Apalagi... Try google. Berdasarkan sumber, drama Sha & Shah merupakan adaptasi novel yang mengisahkan tentang kisah persahabatan dan perkahwinan. Kononnya... Sha ( Syatilla Malvin ) berkawan baiklah dari kecik dengan Shah ( Kamal Adli ).

Bila dah dewasa... Seperti biasa, tipikal drama melayu... Confirm ada kisah jodoh menjodoh. Nak atau tidak... Biasalah kena kawin right... Tapi, jalan cerita melayu... Mesti happy ending. Cuma best ke tidak sesuatu drama tu terpulang kepada pengolahan jalan ceritanya dan keserasian watak yang dibawak oleh para pelakon.

Nak tau drama ni, kenalah tonton sendiri. Hehe... Aku kalau jam 10 malam onward tu... Kekadang dah tidur. Layan movie pun macam chipmore je. Kejap ada, kejap tidak.

Best ke membeli belah secara online? Tetiba soalan tu muncul di mulut jiran kami masa majlis tahlil maulidur rasul haritu... Bila mana...



Best ke membeli belah secara online? Tetiba soalan tu muncul di mulut jiran kami masa majlis tahlil maulidur rasul haritu... Bila mana kami sedang berbual mengenai jual beli barang melalui facebook. Hurmmm... Amat subjektif untuk diperkatakan dan terpulang kepada setiap individu sebenarnya.

Kalau tanya aku best ke tidak shopping online... Mestilah best. Hehe... Tapi... Pada aku... Setiap perkhidmatan, sudah pastinya mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Alang-alang dah bercakap pasal shopping secara online... Di sini aku nak share jugaklah pendapat aku mengenai kelebihan dan kelemahan membeli belah secara atas talian... Atau dalam bahasa omputihnya online shopping :)

First things, jika dilihat dari sudut positif... Kebaikan yang pertama membeli belah secara online ialah mudah dan cepat. Why? Kalau membeli secara online... Kita tak perlu dah berkejar masa, jammed lagi... Queue untuk membayar di kaunter... Cari tempat parking bagai... Ambik masa berejam-rejam kot bila kita membeli sendiri di shopping mall. Tapi... Bila kita beli secara atas talian... Tak sampai 5 minit... Just pilih barang... bayar guna online banking... Then, tunggu duatigaempat hari... Dah barang sampai ke rumah... Tanpa perlu bersusah payah... Bukan mudah dan cepat je... Malah menjimatkan beratus minit masa kita yang ada. Tenaga pun dapat jugak dijimatkan di situ...


Teringat pulak masa ziarah mertua dua minggu lepas... Shopping di Giant Batu 10, Kuching... Tak ramai staff yang jaga barang. Belilah seluar jean untuk Ain. Takde tanda harga. Ingatkan masa kat kaunter dorang dah ada senarai harga. Lepas tu boleh pulak cashier tu suruh ambik seluar lain yang ada tanda harga untuk scan. Terpaksalah hubby pergi geledah balik seluar jean yang melambak tersusun tu semata-mata nak carik harga. Salah kami jugak... Ambik yang takde tanda harga. Hurmmm... 20 minit jugak aku berdiri di kaunter bawak Ain sambil jaga troli. Tu antara lain situasi yang kita kena hadap bila shopping sendiri di mall.

Belum lagi pasal karenah manusia. Beli online tiada jurujual yang kita kena hadap. Just... View items dan pilih. Kalau kat mall... Tau jelah kaum perempuan... Part membeli memang cerewet... Jumpa pulak karenah jurujual yang semacam je tengok customers. Pegang itu tak boleh... Pegang ini tak boleh... Sudahnya, satu pun tak terbeli. Tapi... Kalau dapat beli pun puas hati... Sebab barang dihajati di depan mata... Confirm terbaik punya pilihan yang dibuat.

Berlainan dengan membeli secara online... Walaupun kita boleh view dan pilih mengikut berapa lama kita mahu... Risiko barang tidak menepati kehendak tu pasti ada. Pernah satu masa dulu... Kawan aku beli baju kurung... Kemain cantik lagi dalam gambar. Tapi... Bila dah sampai... Indah khabar dari rupa. Yang tu satu hal... Satu hal pulak dia pernah beli tudung dekat someone ni kat fb. Sekali dah bayar... Barang tak sampai-sampai... Bila di call, mesej... Semua tak jawab. Hurmmm... Tu jugak antara lain kelemahan membeli secara online. Peniaga tipu customers.

Banyak lagi kot buruk baik membeli belah secara online. Tapi... Walaupun sebegitu... Sebagai pengguna, kita kena bijak memilih... Jangan rambang mata... Sudahnya, faktor lain lansung tak dipedulikan.

Cekodok keladi parut ikan bilis . Menu minum petang kami sefamili harini. Alhamdulillah... Rezeki keladi pemberian bakal mak mertua ad...



Cekodok keladi parut ikan bilis. Menu minum petang kami sefamili harini. Alhamdulillah... Rezeki keladi pemberian bakal mak mertua adik. Kehabisan idea nak buat apa... Akhirnya terfikir nak parutkan keladi dan jadikan cekodok. Bolehlah Alia dan Ain tumpang sekaki... Semenjak dah tumbuh 8 batang gigi... Kemain demand Cik Ain nak makan itu dan ini... Lagak seperti orang dewasa. Sabar jelah.

CARA MEMBUAT CEKODOK KELADI PARUT IKAN BILIS YANG MUDAH
Nak buat cekodok keladi parut ikan bilis gaya aku... Amatlah mudah... Bahan yang diperlukan, hanyalah...

gambar resepi cekodok mudah, cekodok keladi terbaru,

Air + Tepung 500gram + 250gram keladi yang dah siap diparut + Segenggam ikan bilis + 5 ulas bawang merah + Daun saderi a.k.a daun sup kalau kat tempat aku ok... Then sedikit garam.

Kisar ikan bilis dan bawang. Campurkan kesemua bahan. Goreng sehingga masak... Settle... Sedap bila dicicah dengan sos cili adabi... Minum pulak dengan teh panas. Huhu... Sabar jelah yer dengan cerita orang kelaparan bila di luar hujan. Haha...

Gout, 8 makanan harus dielakkan . Entri terbaru dari aku untuk semua. Dalam family kami... Salah sorang penghidap gout adalah adik lel...



Gout, 8 makanan harus dielakkan. Entri terbaru dari aku untuk semua. Dalam family kami... Salah sorang penghidap gout adalah adik lelaki aku... Sekarang nun jauh di utara bersama isteri tercinta... Bekerja dan menetap di sana.

Bila dah tau ada gout... Now, adik terpaksa berhati-hati dalam memilih makanan. Tau jelah dia... Silap makan sikit.... Dah, seminggudua mesti jalan berjengkit-jengkit. Sian pulak tengok. Pernah tau... Masa mak saudara meninggal haritu... Kebetulan balik bercuti. Baru sehari berada di kampung... Mula gout menyerang... Sampaikan dia tak boleh berdiri dan berjalan... Disebabkan sakit sangat... Hubby dan adik-beradik lelaki yang lain... terpaksa angkat dia bawak pergi klinik swasta. Injection di punggung tau untuk kurangkan gout... Dengan bayaran sebanyak RM70. Then... Barulah sakitnya berkurang. Alhamdulillah...

Sumber gambar daripada google image

Bila dah kena begitu... Barulah dia rajin baca artikel tentang gout. Cakap pasal gout... Teringat pulak pasal 8 jenis makanan yang kena pesakit gout elak... Hubby pernah bagitau... tu pun dia terbaca dari flyers kesihatan... Di mana, berikut adalah antara makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout:-
Kekapis
Ayam belanda
Bir
Hati
Asparagus
Herring
Minuman manis
Daging merah
Kenapa hubby tau pasal makanan orang gout... Mana yang boleh, mana yang tidak... Huhu... Dia pun ada gout jugak sebenarnya. Namun dek kerana 'berpantang' bab-bab makanan. So, kuranglah gout menyerang. Sepanjang lebih kurang 6 tahun kami bersama... Tak silap pernah sekali dia kena serang gout... Taubat lepas tu... Berhati-hati sungguh dia menjaga makan.

Rasanya panjang jugak entri kali ni. Before bosan... Baik aku stop dulu cerita aku yer. Hehe....

Episod akhir akulah Balqis dan satay . Entri terbaru dari aku before tahun baru. Siannya... Lansung tak berkesempatan tengok episod ak...



Episod akhir akulah Balqis dan satay. Entri terbaru dari aku before tahun baru. Siannya... Lansung tak berkesempatan tengok episod akhir akulah Balqis... Semuanya gara-gara satay mentah yang dah siap diperap... Abang sulung bawak dari Sebuyau. Semua request nak satay untuk makan malam.


Actually, kak ipar jual satay di Sebuyau selain jual benda lain... Bak kata pak menteri... Kena buat duatiga kerja dalam satu masa... Kalau nak tampung kos hidup la ni... Huhu... Yolah... tu.


Memandangkan abang balik nak ambik kereta dia masuk bengkel... So, adalah kakak ipar kirimkan satay... Kalau beli... confirm puluhan ringgit jugak kaedahnya. Syukur rezeki harini... Start jam 6 petang sampailah 8 lebih... Adik tolong bakar... Haha. Bakarlah sangat... Padahal guna pemanggang ajaib je pun. Aku pulak... Masak lauk lain termasuklah sediakan sos pencicah satay.


Resepi Sos Pencicah Nasi Ayam
Ramai yang request sos pencicah nasi ayam... untuk cicah satay. Apalagi... Ambik halia, bawang putih dan cili... Terus tumbuh... Bubuh limau kasturi... Perasa pulak dengan garam dan ajinomoto... Siap satay... Akulah orang pertama merasa... Fuh! Puas hati... Air tangan sendiri. Tapi, lagi best kalau kesemua bahan tersebut dikisar menggunakan blander... Lagi halus.

Walaupun tak dapat tengok Akulah Balqis... Yang penting dinner malam ni... Memang berbaloi. Alhamdulillah... Tak silap esok dah start episod 1 Cinta Si wedding planner... Ada jugak tengok promo di tv3. Sahlah tu... Drama terbaru yang akan gantikan Akulah Balqis bermula 30 Disember 2015. Tak silap heroin dia Mira Filzah... Dan Hero dia pulak Adi Putra.

Pucuk 'kerubuk' banyakkan susu ... Entri terbaru dari aku. Bila menyusukan anak, semestinya sebagai emak, mom, ummi, mama dan ...



Pucuk 'kerubuk' banyakkan susu... Entri terbaru dari aku. Bila menyusukan anak, semestinya sebagai emak, mom, ummi, mama dan sebagainya akan tercari-cari info mengenai cara, makanan, kaedah, tips atau apa sahaja maklumat yang berkaitan untuk banyakkan susu badan.

Sebagai ibu yang menyusukan anak... Di sini aku ingin kongsikan makanan yang boleh banyakkan susu badan. Actually, ia sejenis sayur hutan... Di mana kalau di Sarawak terutamanya di Spaoh... Ia dikenali sebagai pucuk kerubuk. Mungkin kat tempat lain ia dikenali sebagai paku pakis kot.


Sehari selepas melahirkan baby... Mak pasti masakkan pucuk kerubuk ni... Sebab lepas makan pucuk ni... Insya Allah, sehari lepas tu... Susu akan start meriah... Alhamdulillah. Resepinya pulak amat mudah... Just campurkan halia, bawang putih dan ikan bilis... Tumis. Then... Masukkan pucuk kerubuk tersebut. Sedap! bila di makan dengan nasi yang panas. Sampai sekarang... Kalau ada dijual di market basah... Confirm beli... Walaupun sekarang agak mahal harganya. Yelah... Ramai yang minat makan... Buat sayur atau ulam... Macam midin jugak.

Kenapa ramai followers blog hilang atau unfollow serentak dalam satu masa? Hurmmm... Dalam minggu ni ramai jugak blogger yang update p...



Kenapa ramai followers blog hilang atau unfollow serentak dalam satu masa? Hurmmm... Dalam minggu ni ramai jugak blogger yang update pasal masalah followers unfollow terlalu ramai dalam masa yang sama. Perasan jugak sebenarnya... Tapi, ingatkan aku saja yang bermasalah sebegitu. Yelah... Kalau blog aku, no wonder ramai yang nak unfollow sebab jarang sangat tak update sejak akhir-akhir ni. Huhu... Daripada 854 followers... Now, tinggal 829.


Walaubagaimana pun, tak silap duatiga hari lepas terbaca di satu blog ni. Lupa pulak nak copy url... Di mana menurut blog tersebut... Kehilangan followers begitu ramai dalam satu masa tu sebenarnya ada sebab... Tak silap... Bermula next year google telah meletakkan syaratlah lebih kurang... Di mana setiap pembaca yang ingin follow sesuatu blog kenalah sign in guna google email sahaja... Selain daripada tu, tak dibenarkan... So, duatiga minggu sejak kebelakangan ni... pihak google telah mengemaskini... So... sesiapa yang sign in guna email lain untuk follow blog... Memang kena hide or remove... That why... Ramai followers blog kita yang nampak seperti unfollow.

Salam maulidur rasul buat semua. Sedikit lewat untuk mengucapkannya. Kebiasaannya... Sambutan maulidur rasul, apa aktiviti yang korang...



Salam maulidur rasul buat semua. Sedikit lewat untuk mengucapkannya. Kebiasaannya... Sambutan maulidur rasul, apa aktiviti yang korang buat?

Sumber gambar daripada google image

Hurmmm... Kalau di Spaoh, Sarawak... Bila menjelang maulidur rasul... Setiap masjid dan surau akan mengadakan majlis tahlil dan begitu jugak setiap rumah akan membuat majlis tahlil dan sedikit majlis makan sebagai tanda bersedekah.

Sepanjang bulan ni... Setiap surau akan mengadakan majlis tahlil dan makan bergilir-gilir. So, sepanjang bulan ni jugak akan ada undangan makan majlis tahlil. Huhu... Kalau yang rajin pergi tu... Confirm akan jarang memasak di rumah :)

Untuk kami... InsyaAllah weekend ni surau blok kawasan kami akan mengadakan majlis tahlil. Dengar-dengar pihak jawatankuasa surau sedekahkan kerbau. Tak silap seekor kerbau akan disembelihkan untuk dijadikan juadah majlis tahlil untuk blok kawasan rumah kami. Tu antara aktiviti maulidur rasul untuk tahun 2015 di kampung kami.

Teh tarik boh 3 in 1 punya cerita . Bukan nak promote atau apa. Sekadar ingin berkongsi pandangan setelah sendiri merasa. Beberap...



Teh tarik boh 3 in 1 punya cerita. Bukan nak promote atau apa. Sekadar ingin berkongsi pandangan setelah sendiri merasa.


Beberapa hari lepas... Tetiba anak tekak teringin nak minum teh tarik 3 in 1 jenama boh yang biasa aku beli. Memandangkan hubby ke pekan Spaoh... Ambik news. Sekalilah pesan kat dia untuk membeli apa yang dihajati. Entah! mungkin melihatkan packaging teh tarik hampir sama... Akhirnya hubby terbeli yang teh tarik halia.


Fuh! Bila dah bancuh... Sekali minum. Allah memang terasa halianya. Sungguh tak suka. Nasib baik tak beli banyak... Kalau tak memang rezeki tong sampahlah jawabnya.

Kek harijadi Nur Ain . Saja nak jawab pertanyaan Puan Kutu . Hehe... Masalah line punya hal... Bila dah fade up... Sudahnya gambar kek...



Kek harijadi Nur Ain. Saja nak jawab pertanyaan Puan Kutu. Hehe... Masalah line punya hal... Bila dah fade up... Sudahnya gambar kek tak tertayang.


Walaupun kecik... Alhamdulillah, Ain teruja nak jamah. Oh! ya... Harga kek tersebut RM15 je pun. Perisa vanila... Tak banyak dekorasi... Tapi patung kecik tu... Selesai je hubby tolong Ain tiupkan... Alia pulak yang kebaskan. Lepas tu... Boleh pulak tanya mana kek harijadi dia. Hubby kata boleh tuntut bulan dua nanti. Haha... Ok! itulah jawapan Alia tiap kali setiap persoalan yang dia lontarkan terjawab.


Nak belanja jugak gambar Ain masa tiup lilin... Padahal, ayah dia yang tiupkan. Siapa yang sambut birthday sebenarnya. Haha...

Checkup setahun Nur Ain dijadualkan semalam. Alhamdulillah... Seawal jam 2 petang kami 4 beranak bergerak. Hubby dan Alia semestinya a...



Checkup setahun Nur Ain dijadualkan semalam. Alhamdulillah... Seawal jam 2 petang kami 4 beranak bergerak. Hubby dan Alia semestinya akan menemani aku dan Ain ke klinik. Setakat ni... Hubby tak pernah lagi tak temankan aku. Dia sentiasa ada untuk aku dan anak-anak walaupun sesibuk mana pun. Alhamdulillah :)

Sampai di klinik... Aku orang kedua masuk checkup. Alhamdulillah... Dapat rezeki awal... That why aku suka pergi belah petang.Hehe... Seperti biasa.... Masuk je, Ain terus kena timbang dan ukur tinggi. Alhamdulillah... Berat Ain setahun 8.2kg dan tinggi pulak 72cm... Semuanya normal... Still pada garisan putih. Kata nurse... budak menyusu badan... Berat sentiasa maintain... InsyaAllah. Tapi yang tak menahan tu... Time timbang, Ain sempat jugak melalak... Tapi, masa injection mmr... Boleh pulak dia senyum nampak gigi. Allah... Sabar jelah. Maybe dia nampak kak Alia masuk temankan dia kot.


Before balik... Seperti kebiasaan Alia akan ajak tengok ikan di dalam kolam depan klinik. Dah puas... Kami pusing pasar Spaoh... Carik pisang goreng dan pau inti mentega untuk Alia. Alhamdulillah... Sampai rumah 2 biji pau Alia habiskan. Sudahnya... Dinner semalam lansung tak makan... Tapi boleh pulak layan burger telur murah masa tengok drama tersuka tanpa sengaja semalam. Hurmmm... Anak-anak... Sesekali kena layan jugak kehendak dorang nak makan burger.

Nur Ain Haziqah 12 bulan ... Entri terkini dari aku. Sekadar catatan untuk kenangan. Alhamdulillah... Kalau tiga hari lepas, umur si k...



Nur Ain Haziqah 12 bulan... Entri terkini dari aku. Sekadar catatan untuk kenangan. Alhamdulillah... Kalau tiga hari lepas, umur si kakak genap 3 tahun 10 bulan... sehari lepas tu pulak... Umur si adik Nur Ain genap setahun.


Semakin ligat berlatih melangkah sekalidua... Jatuh! then terus mengorak langkah. Kalau Alia dulu seminggudua berlatih melangkah... Sudahnya tak sampai dua minggu dah boleh berjalan. Alhamdulillah... Alia start boleh berjalan pada usia setahun sebulan. Adakah Ain pun begitu? Hurmmm... InsyaAllah... Akan aku update nantinya.


Dalam dok berlatih berjalan. Sesekali... Ain ada hati nak susun bongkah lego yang hubby borong seminggu yang lalu. Masa hubby beli haritu... Lansung Ain tak berminat nak susun. Entah... Tetiba semalam, kemain tekun menyusun. Bila dah tak berjaya... Kemain marah dia. Habis lego dibaling. Walaupun begitu... Bila kita kata tolong ambik... Tak cukup sekali pengulangan... Pasti Ain ambik. Setakat arahan mudah... InsyaAllah anak solehah Ain boleh dah faham... words pun dah banyak jugak dia boleh sebut.

Untuk first year umur Ain... Hubby belikan sebijik kek perisa vanila. Walaupun bersaiz kecik. Kemain suka Alia dan Ain makan. Semoga... Alia dan Ain terus membesar bagaikan juara buat mak dan Ayah. Amin....

Juara gegar vaganza musim kedua 2015 . Hurmmm... Siapalah ek. 2 minggu dah tak mengikuti... Starting mak saudara meninggal 27 November...



Juara gegar vaganza musim kedua 2015. Hurmmm... Siapalah ek. 2 minggu dah tak mengikuti... Starting mak saudara meninggal 27 November haritu. Now, 'berambeh' di rumah mak mertua... Memang tak boleh tengok. Why? Dorang tak langgan pun astro. Nak layan dengar Sinar FM macam tak syok jer. Huhu...

Sumber gambar daripada google image

Tengok status members up di facebook... Pelbagai tekaan dorang pasal siapa juara gegar vaganza kali ni. Berdasarkan apa yang aku baca daripada beberapa blog ada 6 orang finalist right... Acong, Aizat, Farahdiya, Nassier Wahab, Siti Nordiana dan Haiza. Hurmmm... Ramai yang teka Siti Nurdiana yang akan jadi juara gegar vaganza musim kedua. Tapi... Ramai jugak yang sokong Nassier Wahab jadi juara.

Kalau aku... Sudah pastinya Siti Nurdiana. Pada pendapat orang yang tak reti pasal muzik seperti aku... Setiap persembahan yang Siti Nurdiana buat... Pasti ada kelainan... Setiap lagu yang dia bawak... Memang sedap di dengar... Bukan kata yang lain tak best... Tapi penampilan Siti Nurdiana membawa setiap lagu... Biasa tapi menarik... Pada akulah ek. Aura dia membawa kelainan. Kelainan yang pastinya menarik minat. Tapi... Apa pun keputusan... Ia sekadar tontonan di malam minggu. Tak payah nak frust sangat... Kalau yang disokong tak menang... Kan. Haha...

Seminggu tanpa cerita ... Confirm takde yang merindui entri baru dari aku :( Banyak perkara yang berlaku seminggu yang lalu... Start...



Seminggu tanpa cerita... Confirm takde yang merindui entri baru dari aku :(

Banyak perkara yang berlaku seminggu yang lalu... Starting Jumaat, 27 November 2015... Mak saudara aku meninggal di rumah kami... Allah... Bagaikan tak percaya... Tanpa sakit, Allah lebih menyayanginya. Kami terima dengan redha... 7 hari sibuk dengan urusan kematian... Blog pun sunyi tanpa entri.

Selepas 7 hari... Seperti telah dirancang, 5 Disember kami 4 beranak ke Kuching untuk 'berambih' di rumah mak mertua aku. Sampai rumah belah malam... Ain demam... Baru hari ni Ain ok. Huhu... Tapi, semalam sempat jugak ikut hubby ke popular bookstore jalan BDC. Cari ABM untuk sekolah tahun 2016. Alia pun sempat grab 8 jenis gunting dengan harga RM19.90 selepas discount 25%. Amat berbaloi beli... Pelbagai bentuk boleh buat. Pada aku gunting ni amat sesuai untuk ajar anak menggunting. Plastik... Malah mata gunting pun jenis tak tajam sangat. Anak pun teruja nak guna. Haha...


Ingatkan tak nak beli... Guna je apa yang ada di rumah untuk aktiviti homeschool Alia... Tapi, tergugat jugak iman aku dan hubby bila tengok aksesori banyak sangat... Cute pulak tu. Huhu...