19 November 2015

Telur Rebus Berkuah



Telur rebus berkuah. Menu simple dan biasa aku buat. Nak buat telur rebus berkuah... Amatlah mudah. Bahan pun sedikit. Just telur, sos cili, bawang besar, halia, kicap, bawang merah, bawang putih dan bawang goreng untuk ditaburkan pada bahagian atas hidangan nanti.

Telur rebus berkuah, resepi telur sedap, telur mudah,

Cara nak buat pulak... Tumiskan kesemua bahan termasuklah bawang-bawang dan cili yang telah dimayang halus. Agak-agak dah masak... Letakkan kuah di atas telur rebus, taburkan bawang goreng... Dah siap untuk di makan.

Kemain suka Alia makan. Tapi Alia sama macam ayahnya... Tak suka makan kuning telur. Bertabahlah tengok kuning telur jadi makanan tong sampah... Nak harapkan aku yang habiskan? Memang taklah... Aku, kalau dah lebih daripada sebiji makan kuning telur... Boleh nak termuntah dibuatnya tau. Huhu... Alhamdulillah antara menu kami semalam... Rezeki dinner kami anak-beranak. Simple tapi bermakna bila makan bersama -__-

1 comment:

  1. wahhh... senang nye! boleh cuba nih. selalu nye zura tuang kicap jer atas telur.
    anak2 zura suka gak makan telur. hehehe

    ReplyDelete