Mimbar akhir pencetus ummah . Alhamdulillah... Berkesempatan jugak tengok. Selepas tengok drama kau, aku, kita episod 10... Terus mara...

Mimbar Akhir Pencetus Ummah

/
1 Comments


Mimbar akhir pencetus ummah. Alhamdulillah... Berkesempatan jugak tengok. Selepas tengok drama kau, aku, kita episod 10... Terus marathon tengok mimbar akhir pencetus ummah di astro Oasis... Start 9:30 malam.

Hebat-hebat persembahan para peserta pencetus ummah tau. Aku tertarik jugak dengan soalan Dato' Shahreza yang jadi guard dalam Tuan Anas Mikael tu... Hehe. Tanya pasal apakah hukum si anak menyuruh si ibu menjaga cucunya dengan memberi gaji. Hurmmm... Tak boleh sebenarnya... Melainkan si ibu rela dengan rasa yang gembira untuk menjaga cucunya sendiri. Dan si anak pulak memberi duit hanya untuk menghargai tugas yang dibuat si ibu dan bukannya memperlakukan si ibu seperti orang gaji. Wallahu'alam.

PU Syed, gambar PU Syed,
Sumber gambar daripada google image

KEPUTUSAN PENUH MIMBAR AKHIR PENCETUS UMMAH MUSIM KE-3
Alhamdulillah... Juara pencetus ummah kali ni dipegang oleh PU Syed dan juga merupakan PU pilihan sinar harian. Beliau menerima trofi dan wang sebanyak RM100, 000. Manakala naib juara pula disandang oleh PU Taha dengan membawa pulang trofi dan sejumlah wang. Begitu juga tempat ketiga dan keempat... Masing-masing disandang oleh PU Zaid dan PU Amin.

Berlabuh sudah program Mimbar akhir pencetus ummah bagi musim ketiga. Berkesempatan jugak tengok sampai habis. Alhamdulillah...



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Alhamdulillah berakhir sdh program yg memberi byk ilmu ni..tahniah pada semua pemenang..

    ReplyDelete