12 November 2015

Episod 2 Tuan Anas Mikael



Episod 2 Tuan Anas Mikael. Pergh! episod 1 punya badi... Aku terus melekat layan. Malam Selasa punya episod lagi best. Ibu Tuan Anas datang rumah untuk bagitau Anas yang dia akan ke London. Dalam masa yang sama jugak, Cik Su dan Ayu dah sampai ke rumah Tuan Anas... Mereka dibawa oleh tukang jaga ke bilik pembantu rumah.


Malam tu... Ayu lansung tak boleh tidur... Nak baca bidang tugas yang tuan anas bagi katanya. Gaji pun dah RM10 ribu... So, kerja pun mestilah banyak. Kena bangun seawal jam 4 oiii...

Sekali jam 4:30pagi... Ayu tak terbangun. Nasib baik ada ibunya Cik Su tolong kejutkan. Kerja pertama yang Ayu kena buat adalah kejutkan Tuan Anas Mikael. Macam cara Ayu gunakan untuk kejutkan dia. At last, terbangun jugak Tuan Anas Mikael bila Ayu switch on alarm rumah. Ambik kau... Haha.

Lepas menunaikan solat subuh, Ayu sediakan sarapan untuk Tuan Anas pulak... Menu pulak kena buat western food. Dengan confident'nya Ayu sediakan roti bakar dengan telur mata kerbau. Lansung Tuan Anas tak makan malah suruh Ayu belajar memasak.

Then, dia mintak Ayu hantarkan ke pejabat... Naik kereta. Namun, Ayu menolak dengan alasan takde lesen. Sudahnya dorang merempit. Ayu hantar naik motosikal. Sampai di office pulak... Ayu kena temankan pulak dia masuk meeting... Siap sewa office wears pulak tu untuk Cik Ayu. Haha... Kalau tak untuk dibuat isteri... Kenapa sampai gitu pulak kan.

Masa meeting kat luar pulak... Ayu tak nak ikut. So, kena tinggal di office... Dan, datanglah Cik Safra... Kononnya bakal tunang Tuan Anas Mikael. Huhu... Berlakulah pertengkaran kat situ... Tamat...

Tamat untuk episod 2 Tuan Anas. Next episod, InsyaAllah... Nanti aku share ok.

# Sumber gambar adalah daripada google image.

1 comment:

  1. ada kawan dok smbg kt group WA aritu oasal anas mikael ni..tak sempat lagi nak layan..katanya kelakar citer ni kan fiza

    ReplyDelete