Back to Top

07 November 2015

Best Ke Polis Evo?



Best ke Polis Evo? Tertanya jugak bila ramai yang bercerita mengenainya... Malah filem itu juga dikatakan berjaya mencecah jutaan ringgit.

Disebabkan hujan, tak tahu nak buat apa. Apalagi... Seharian duduk depan tv... Filem pertama yang kami tengok... Semestinya Polis Evo. Huhu... Sound effect dan lakonan para pelakonnya sangat mengujakan... Terutamanya watak inspektor Sani dan Khai. Kalau tengok di pawagam... Aku rasa... Memang sah-sah mulut ternganga luas... Mata tak berkelip kot tengok aksi dorang. Haha... Tapi sayang, disebabkan ada anak kecik... Tak boleh lagi nak tengok wayang. Tengok di tv jelah... Haha.


SINOPSIS FILEM POLIS EVO
Actually... Filem Polis Evo mengisahkan tentang dunia kepolisan dan jenayah... Kisahnya bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu.

Meskipun kes tersebut mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.

Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani akhirnya sedar bahawa mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Akhirnya mereka mampu menumpaskan penjenayah.

Pada akhir cerita... Khai berkumpul kembali dengan ibunya yang tinggal di rumah orang tua... Begitu juga Sani... Keluarga Sani semuanya terselamat.

Huhu... Memang bestla ceritanya. Lepas tengok Polis Evo... Layan pulak siaran ulangan gegar vaganza... Tak tengok last weeks. Huhu...

1 comment:

  1. gila best citer,,kalau tak mne tak sale sampai 13juta...dasyat gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    http://anisa-mylife.blogspot.my/2015/11/pendekar-gelendangan-menakluk-kuala.html

    ReplyDelete