Bergedil daging mudah nak buat antara menu tengahari yang aku siapkan untuk lunch. Merupakan antara menu yang aku sediakan untuk Ain sekarang ni... Alia, mak dan ayahnya pun boleh join makan sekali... Hehe.


CARA MEMBUAT RESEPI BERGEDIL DAGING UNTUK BAYI 11 BULAN

Resepi kali ni lebih untuk Alia dan Ain. So, resepinya pun aku ubahkan sikit... Dan berikut adalah bahan yang aku perlukan untuk membuat bergedil simple gaya aku.

Segenggam Daging cincang
Kentang sederhana besar 3 biji
Sebiji lobak merah
bawang goreng (bawang putih dan merah)
sebiji telur dan
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya pulak... First step kena rebuskan kentang. Kalau aku, selepas cuci terus rebus... Sebab kulit kentang lebih mudah dikupas bila direbus. Bila kentang dah masak... Kupas kulit... Lenyekkan bersama carrot yang telah dimayang halus... Masukkan daging cincang. Masukkan bawang dan gaul hingga rata. Then... Kepalkan... Salutkan dengan telur dan goreng sehingga kekuningan. Untuk Ain dan Alia... Aku tak letak perasa... Memadailah dengan rasa asli kentang dan carrot.

Alhamdulillah... Mereka cukup berselera makan bergedil daging hasil air tangan mak dorang... Walaupun teksturnya lansung tak menarik. Haha...