Bergedil ayam , salah satu menu yang aku sediakan untuk dinner semalam... Khas buat Alia dan Ain. Haritu buat bergedil daging... Tengo...

Bergedil Ayam

/
0 Comments


Bergedil ayam, salah satu menu yang aku sediakan untuk dinner semalam... Khas buat Alia dan Ain. Haritu buat bergedil daging... Tengok dorang macam berselera je makan. So, repeat balik buat... Tapi, kali ni punya resepi... bahan asas dia still sama. Cumanya carrot aku tukar guna bayam dilayang halus. Alhamdulillah... Lagi sedap daripada bergedil daging. Hehe...



Budak kecik sama jugak macam orang dewasa. Cepat jemu dengan sesuatu makanan. Nak atau tak... Kenalah rajin memvariasikan menu setiap hari... Yang penting gula dan garam kenalah kawal.

Ain... Kalau dah tak suka dengan sesuatu makanan tu... Mulalah buat perangai. Suap je makanan tu, confirm dikeluarkan balik. Haha... Tanda protest tak mau makan.Tapi, kalau suka... Semangkuk sup kecik dia boleh habiskan. Alia pun sama... Cuma yang peliknya... Telur goreng mata kerbau... Tak pulak dia jemu.

Oh! ya, pasal gula dan garam... Teringat pulak aku dengan rancangan wanita hari ini haritu yang membincangkan tentang pengawalan makanan anak-anak... Amat penting tau... Sebab kalau tak dikawal... Sekolah rendah lagi dah dapat penyakit seperti obesiti mahupun kencing manis.

Bercakap pasal diabetes... Teringat aku kat roomate aku masa study di UNIMAS dulu... Seawal darjah 5 tau dah kena diabetes. Sian! kena ulangalik ke hospital buat rawatan.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Namun, setiap perkara... Kita seharusnya bersikap besederhana. Terlampau menjaga makan pun tak boleh jugak... Sanggup ke tengok anak telan air liur tengok budak lain makan junkfood. Haha... Kalau aku tak sanggup. Cumanya... Kenalah berdisiplin dan diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Semuanya bermula daripada kita. Kita adalah cikgu terbaik di dunia buat anak. Kalau kita ajar anak berdisiplin dari seawal bayi lagi... InsyaAllah, anak akan berdisiplin. Dalam ketegasan biarlah disulami kelembutan. Jangan paksa mahupun menuruti kehendak dorang saja... Sudahnya, kita jugak yang tak terlayan karenah dorang.

Wallahu'alam.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: